Asalamualaikum ! Hai gaiss buat apa tu ? tengah plan nak bercuti ker ?

Haa ni sajalah aku nak kongsi sisi susah senang menjadi seorang tour leader. Ini bukanlah kerjaya yang aku nak pilih asalnya. Masa mula2 aku join Kembara Impian , aku cuma nak jana pendapatan dengan menjual pakej sahaja dan kalau ada rezeki aku nak ikut travel sama.

Tapi itulah , kita merancang dan Allah juga merancang. Pastinya perancangan Allah lebih baik untuk kita. Bila founder Kembara Impian buka peluang untuk ejen2 buat praktikal di negara Korea , aku bincang dengan dd dulu. Aku tanya pendapat dia. Patutkah aku pergi atau kekal duduk sebagai ejen yang menjual pakej sahaja ?

Tapi dd kata kalau ada peluang pergi jerlah. So berbekalkan sokongan moral dan kewangan dari dd aku memberanikan diri untuk turun praktikal ke Korea since aku juga dah ada pengalaman ke Korea pada tahun 2017.

Selepas aku ambik keputusan untuk pergi praktikal, sejak tu aku study setiap route yang bakal aku ambik demi kelancaran trip. Aku baca , aku tengok dan buat nota2 berkenaan tempat2 tersebut dan aku belajar sikit2 bahasa Korea yang mudah. Sekarang ni aku bolehlah faham dan membaca sikit tulisan Korea selepas aku masuk kelas Belajar Bahasa Korea dengan Cikgu Zulhimi.

So start bulan Februari 2019 maka bermulalah tugas pertama aku sebagai seorang tour leader.

Berdebar tu jangan cakaplah, tapi aku dah sediakan mental dan fizikal untuk menghadapi segala kemungkinan. Awal2 lagi aku dah minta ampun dan maaf pada client yang jika aku ada salah silap aku mohon sangat mereka maafkan aku. Aku faham semua orang nak trip mereka berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun aku dah cuba yang terbaik tapi jika masih ada cacat cela dengan client yang tak puas hati itu benar2 diluar kemampuan dan kawalan aku.

Alhamdulillah sampai ke hari ini masih ada bekas-bekas client aku sangat rekomen aku sebagai tour leader yang bagus walaupun aku tak rasa macam tu. Aku sekadar menjalankan tanggungjawab dan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua client aku biar mereka datang dari syarikat mana pun.

Aku bukan sahaja mewakili syarikat tetapi aku mewakili diri aku sendiri. Bodohlah kalau aku nak rosakkan kerja dan nama baik aku sendiri, yer tak ?

Buat masa sekarang memang aku tak terikat dengan mana2 syarikat travel. Jadi kalau kawan aku minta tolong aku cover trip under syarikat diorang aku onzz jer. Tujuan aku satu jer, nak tambah jaringan kenalan dan pengalaman. Sungguh aku masih terlalu baru untuk semua ini.

DI TOLAK TANPA SEBAB YANG KUKUH

Haa jangan baca yang manis2 jer yer, jangan fikir macam syoknya Dila pergi travel saja. Aku mampu senyum jer sebab aku tak rasa aku pergi travel tapi aku sebenarnya lebih kepada pergi kerja dan bersedia untuk memikul tanggungjawab. Tapi jangan pulak ada yang fikir aku tak gembira ker ? mestilah aku gembira sangat sebab pertama aku dapat peluang kerja dalam bidang yang tak pernah aku impikan.

Teringat dulu aku pernah sebut dengan dd “bang …nanti anak2 dah besar dah masuk asrama bolehlah kita pi travel sesama yer…” rupanya dengan cara ini aku dan dd mampu pergi travel bersama.

Nak travel dengan duit sendiri memang tak mampu tapi Allah ada perancangan terbaik untuk aku. Bermula dengan sebagai ejen biasa yang menjual pakej yang ada kalanya disindir oleh kawan2 kerana mereka merasa zaman sekarang tak ada sesiapa yang nak beli pakej travel dan aku juga mengambil masa yang agak lama untuk mendapat 4 client pertama.

Ikutkan sebelum aku sampai ke tahap ini banyak cabaran yang terpaksa aku lalui sehingga aku bermuran durja , mengalirkan air mata dan hampir givap untuk meneruskan.

Ada salah faham , ada pengkhianatan dan ada yang tak puas hati dengan aku tanpa sebab.

Aku juga pernah mendapat komen negatif dari client yang mempersoalkan tindakan aku semasa trip berlangsung. Aku pernah dimaki dengan client kerana cuaca yang tak elok semasa trip dan aku juga pernah dituduh oleh salah satu syarikat travel yang menuduh aku nak mempergunakan syarikat mereka untuk naik dan mencuri data maklumat client mereka.

Mereka buang aku tanpa sepatah kata ayat penjelasan kenapa aku dibuang sedangkan sebelum aku masuk dalam team diorang aku dah jelaskan duduk perkara sebenar.

Saat itu aku tahu yang bukan semua orang boleh bersangka baik dengan kita dan nak melihat kita maju bersama-sama.

Selepas aku bertenang dan berfikir dengan dalam, aku mula redha dengan tuduhan mereka dan aku tak tahu kenapa aku rasa tak perlu aku jelaskan lagi kepada mereka sebab aku tak rasa mereka akan menerimanya. Bagi aku biarlah mereka rasa tindakan mereka itu betul. Dan aku pulak anggap bukan rezeki aku untuk maju bersama mereka. Percayalah yang aku bersyukur sangat kerana rupanya Allah dah sediakan sesuatu yang lebih hebat dari apa yang tak pernah aku bayangkan.

Aku bukan nak tunjuk aku lemah tapi aku rasa kita tak perlu untuk jadi fake supaya orang pandang kita dengan pandangan WOW ! walhal you are nothing. Aku lebih suka bersederhana dalam segalanya, berterus terang dan berani mengaku kelemahan serta kekurangan diri kerana itulah hakikat sifat kita sebagai seorang manusia.

So gaiss isunya disini jangan risau jangan sedih dan jangan takut dengan penolakan orang kepada kita. Yang penting kita jaga niat dalam segala perbuatan kerana Allah juga akan menjaga kita. Ikhlaskan diri , apa yang aku buat ni sebenarnya bukan untuk diri aku tapi untuk keluarga aku yang orang luar tak nampak tapi hanya pandai nak judge.

For those yang percayakan aku yang memberi peluang untuk aku buktikan yang aku mampu memberi perkhidmatan terbaik setimpal dengan upah yang diberi aku ucapkan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Pada kawan2 blogger , kawan2 alam maya juga yang sentiasa menyokong aku tanpa ragu2 , aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana selalu memberi semangat dan menggalakkan aku untuk buat yang terbaik.

Bak kata pepatah , “buat baik berpada-pada buat jahat sekali sekala…” #ehhh

Categorized in: