Pernah tak korang dengar produk jenama Himalaya ?
Himalaya adalah satu jenama produk yang boleh dikatakan agak dikenali di serata dunia. Himalaya terkenal kerana berasaskan pelbagai jenis herba yang diolah untuk pelbagai jenis kegunaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selain dari untuk kegunaan luar , Himalaya juga mengeluarkan ubatan dan supplement yang berasakan herba untuk merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit.
Haa, korang ingat lagi tak pasal entry yang aku pernah kongsi dengan korang ? ala, yang pasal masalah kencing tak lawas / kencing kotor sampai tangkap pinggang tu. Bagi aku itulah detik-detik yang sangat mendebarkan sampai aku berpeluh-peluh menahan sakit.
Masa aku pergi ke Butik Himalaya hari tu sebab nak beli Nourishing Cream , aku tanyalah pada pembantu jualannya pasal satu produk ni. Namanya Cystone.
APA ITU CYSTONE ?
Kalau aku sendiri pun tertanya-tanya , korang pun mesti sama. Jom kita sama-sama ambik tahu.
Produk Cystone dari HIMALAYA ni rupanya dah ada kat rumah aku, cuma aku belum tergerak hati lagi nak guna sebab aku sendiri tak jelas apa fungsinya. Tapi baru-baru ni selepas aku pergi ke Butik Himalaya dekat Sunway Piramid, dan bertanya sendiri pada pembantu jualan disitu barulah aku jelas dan faham akan fungsi sebenar Cystone ni.
Aduhhh !! kalaulah masa tu aku dah tahu apa kegunaan Cystone, tak adalah aku menahan sakit sampai berminggu lamanya.
Bila makin tua ni tau jerlah, semua organ dah kurang berfungsi dengan baik. Nak tak nak perlukan juga supplement supaya dapat membantu melancarkan apa yang kurang. Bukan saja-saja ambik. Dan jika jika nak ambik apa-apa sila ambik ikut keperluan dan minta nasihat doctor.
APAKAH FUNGSI CYSTONE YANG SEBENARNYA ?
Cystone adalah tablet nutrisi yang mengandung bahan alami iaitu herba terpilih yang digunakan untuk mengatasi masalah batu karang dan jangkitan kuman disaluran kencing.
Secara ringkasnya, Cystone dapat menrawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti ini :
- kencing kotor
- kencing berdarah
- batu karang
- membersihkan buah pinggang
- mengawal uric acid dari berlebihan
- gout
Menurut pembantu jualan Himalaya, Cystone dari Himalaya juga dapat mengurangkan Uric Acid dalam badan yang menyebabkan punca terjadinya punca penyakit gout.
Untuk pengetahuan Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik berlebihan di dalam badan. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Namun, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, serangan Gout sudah boleh dikawal.
Cystone juga berfungsi untuk membersihkan buah pinggang supaya kita terhindar dari penyakit batu karang. Bagi yang sedang menghadapi masalah batu karang yang tak berapa serius jugak boleh mulakan pengambilan Cystone kerana Cystone juga dapat menguraikan batu karang di buah pinggang dan menghalang jangkitan kuman pada saluran kencing.
Cystone juga membantu menormalkan pH air kencing dan mengurangkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil yang ada kalanya kencing juga berdarah. Antimikroba akan melawan patogen kencing biasa yang mengurangkan rasa sakit dan juga berfungsi sebagai anti-radang.
Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit sewaktu kencing atau kencing berdarah dan karena hyperuricemia (gout)
Antara bahan aktif Cystone yang berfungsi mengatasi masalah batu karang ialah :
- Caltrops kecil (Gokshura) membantu dalam pengelolaan penyakit uro-genital seperti batu ginjal, infeksi kandung kemih dan infeksi saluran kemih lainnya. Caltrops kecil mencegah deposisi, akumulasi dan pertumbuhan berlebih dari bahan kimia kalkulogen dalam urin. Ini adalah agen antimikroba alami.
- Pasanabheda (Saxifraga Ligulata) memiliki diuretik, tidak nyeri dan antimikroba karena kandungan lendir yang tinggi, yang mengurangi rasa sakit, Pasanabheda mengurangi dan melindungi jaringan internal gatal atau pembengkakan.
- Shilapushpa (Didymocarpus pedicellata) dikenal dengan sifat antilitrisnya, yang menghalangi pembentukan karang. Sebagai lithotriptic, Shilapushpa membantu melarutkan terumbu karang. Ramuan ini juga dikenal sebagai antimikroba.
BAHAN KANDUNGAN CYSTONE
- Didymocarpus Pedicellata
- Saxifraga Ligulata
- Rubia Cordifolia
- Cyperus Scariosus
- Achyranthes Aspera
- Onosma Bracteatum
- Vernonia Cinerea
CARA PENGAMBILAN CYSTONE UNTUK MERAWAT
Cara pengambilan Cystone untuk tujuan merawat sekali sehari sebanyak 2 tablet selepasa makan.
CARA PENGAMBILAN CYSTONE SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN
Untuk pencegahan pula ambil Cystone sekali sehari sebanyak 1 tablet selepas makan.
APA ADA DI BUTIK HIMALAYA
Selain dari mengeluarkan supplement dari herba. Di Butik Himalaya ini juga kita boleh dapatkan pelbagai jenis produk mengikut range. Ada yang khas untuk rambut , untuk bayi dan kanak-kanak, untuk lelaki dan untuk wanita semestinya. Pendek kata dari penjagaan dalaman , luaran dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki pun ada produknya.
Maklumat Lanjut
Website: Himalaya Herbals
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia
#HimalayaMalaysia #HimalayaWellness #Cystone
pernah dengar pasal himalaya tapi taktau yang dia ada supplement hehehe out dated lah sha ni
haa pasni dah tahu boleh usha supplement himlaya yang sesuai
oh utk Gout ke? Leh sajes kat abg ipar yg ada sakit tu,,
yup boleh juga, kandungan cystone terdiri dari 5 herba dan dicampur dengan ubatan yang telah diluluskan
Ooo itu fungsinya. Hari tu tengok gak kat Alamanda tu, tapi tak tanya plak untuk apa. Menarik gak ni, sbb i pun risau bab kencing kotor, seksa oii bila kena.
Mama Kembar Tiga recently posted…Nak Travel? Jom Terjah Matta Fair 2018 dan Traveloka Sale-abration!
yup…ai pun pernah kena kecing kotor , seksa giler rasanya…sekrang dah tahu ai ambik sehari sebiji selapas makan sebagai langkah pencegahan
Ooo … Baru ingat masa dulu kena kencing kotor, doktor kat Klinik bagi ni… Bagus Himalaya, doktor pun iktiraf kebaikkannya.
Nina Mirza recently posted…Alhamdulillah… Mimpi ngeri berakhir sudah! Shampoo CADEAU berkesan
produk himalaya ada kat drugstore, sebab itulah ianya terbaik dan diiktiraf oleh doctor bertauliah
Boleh belikan kat FIL ni, dia pernah ada batu karang.
cubalah mas, kita yang takder pun boleh amalkan sebagai langkah pencegahan
Nak cadangkan kat abah mertua lah untuk amalkan, sebab dulu dia pernah ada batu karang.
bagus mas, syorkan pada yang mempuanyai masalah seperti diatas, semoga dapat membantu
Bagusnya, harga pun berbaloi sangat…
yup, harga pun tak mahal…demi untuk kesihatan
Gout pun ok? Ramai nak suggest guna cystone ni.
yup bagitahu kat orang lain supaya diorang boleh cuba …insyaAllah mana tahu sesuai…kita pun boleh makan untuk langkah pencegahan
Baguslah produk himalaya ni. Boleh suggest kat saudara mara yg ada masalah buah pinggang
betul tu huda, ramai yg tak tahu…yang dah tahu boleh syorkan pada yang memerlukan
Baru tahu manfaat Cystone yang sebenar. Boleh lah suggest buat mereka yang memerlukan.
betul eiza, jangan syorkan sahaja kita pun boleh ambil sebagai langkah pencegahan
Gout eih… Leh suggest kat pakngah ai… Gout dia teruk gak…
cubalah fir , harga pun tak mahal
Baru tau pasal produk ni..pernah nampk tapi sebab tak beli, jadi tak tau pulak..bgus ni..boleh bagi dekat laki kita makan
samalah baru tahu jugak, kalau tak takderlah sampai sakit pinggang berminggu lamanya effect dari kencing kotor…
now dah amalkan sebiji sehari sebagai langkah pencegahan
himalaya squad. where you at? hihi
boleh google lokasi butik himlaya atau tengok kat FB page mereka
Kalau batu karang dah 1.3cm blh guna x
sebaiknya pergi ke butik himalaya dan tanya kepada mereka …
Adakah cystone boleh memecah Kan Batu karang..?
Mereka dipanggil Product ADVISOR kak.
Kalau di saluran ureter ada batu. Dpt kh tablwt cystone ni mkn ke.
Suami saya pernah kena batu karang selepas makan cystone kluar batu karang nya..Alhamdulilah
T.kasih Noraini Info
Sy baru tengok kat farmasi td. belum beli lg. Nk goggle2 info dulu.. baru dpt tahu ada 0.4cm dlm buah pinggang
Mbk berapa lm minum cystone keluar batu krng nya.bs munta wa.mau tanya lngsungko
Kalau terkena pada kucing boleh guna ke?
baru nak try , ada batu 2 biji 8mm setiap satu , dalam ginjal kiri ……..
batu krg dlm hempedu blh mkn x sis cystone ni
Sy ada batu karang dekat saluran kencing..sy kencing pun sedikit tersa sakit bila nak buang air kencing…sy bru mencoba
Mbk minum cystone ad keluar batu nya
maaf siska kerana lambat jawab , saya ambik cystone sebagai langkah pencegahan …siska bisa cuba dulu dan tanya pada ahli farmasi cara makan yang betul …