Semalam kawan aku wasap , dia ajak main Badminton hari Ahad ni. Aku pun ok jer lagi-lagi lepas tengok lokasinya pun dekat sangat dengan rumah aku. So aku apa lagi on jerlah.

Lagipun memang dah lama aku tak hayun raket. Start PKPP hari tu baru hayun bola bowling jer. Aku tak nak malas2 sangat dah lepas nih. Kalau boleh memang nak kena susun satu aktiviti fizikal setiap hujung minggu, tak kisahlah sukan indoor atau outdoor.

Lepas berpeluh peluh ni aku boleh rasa otak jadi lebih cergas dan fikiran kita pun lebih tenang dan aktif. Paling penting sekali aku rasa sihat.

So sebab hari ni dd kerja jadi aku ajak 3 orang anak buah aku teman. Kawan aku Ben Ashaari pulak datang sekeluarga.

So sampai sana aku pun parking helok je bawah bumbung. Parking banyak,luas dan free.

Sebelum masuk pulak check in dulu guna app MySejahtera. Then pergi ke kaunter bagitahu court yang kita dah booking. Apapun terjadi SOP wajib dipatuhi.

ADA 32 COURT BOLEH DIGUNAKAN

Kat sini ada 32 court gais. So tak yah rebut-rebut. Kat bawah ni aku bagi susunan court dia. So kalau nak booking korang just bagitahu nombor court yang korang nak dan bila waktunya.

Kalau ada team korang nak buat tournament pun ok sangat main kat sini. Dd pun dah sibuk tanya dan nak mula balik game badminton dengan kawan-kawan kerja dia.

Lagipun tempat kerja dia pun selalu gak ada buat tournament badminton nih. So ok sangat tempat ni sebab dekat dengan rumah. Aku pun boleh datang ushar.

So kalau dah booking court tu , korang datang awal 10 minit pun ok. Bolehlah buat streching dan warm up sebelum game on. Idaklah nanti cramp otot.

Macam aku tadi main santai-santai jer. Tapi rasa syok bila berpeluh. Itu tandanya kau sihat. Alhamdulillah.

Nasiblah food court kat situ tak bukak lagi. Kalau tak mau tadi habis jer game boleh terus menyekik. Tapi setakat nak beli air tu ada jer jual.

Kalau korang baru nak mula main Badminton dan takder peralatan korang boleh jer beli dekat situ.

Semua ada dari raket , shuttle , kasut , baju dan beg serta tali raket dan macam-macam lagilah aksesori untuk sukan Badminton ada jual dekat situ.

Ada gak yang aku berkenan. Mungkin nak kena beli jugak lepas nih sebab aku memang takder lagi set untuk sukan badminton. Yang bowling ada dah.

Harap dd bacalah entry ni dan bolehlah nanti dia sediakan bajetnya. *ehehehehe bijaknya aku.

SPECIAL OFFER ! RM28 UNTUK 2 JAM SETIAP HARI

Bagi yang nak test court kat sini korang boleh rebut harga special offer nih. 2 Jam Rm28 sahaj.

Wowww ! murah kot.

Geng2 badminton yang berminat kalau boleh grab’lah yer slot nih cecepat. Tak tahu sampai bila ada.

Untuk harga normal dan harga yang ada diskaun pun korang boleh tengok sini.

Waze : Puchong Sport Centre

Call / Whatsapp For Booking : http://www.wasap.my/60108296693/booking

Facebook : Puchong Sport Centre