Assalamualaikum…

Sabtu, 8 September 2012 yg lepas…rumah aku telah mengadakan jamuan hari raya yg dikongsi oleh 5beradik yg duduk setanah kat keliling rumah aku…aku ngan ipar2 baru tiga ker empat kali adakan jamuan raya bersama….dulu2 buat rumah terbuka tapi buat kat rumah masing2 jer…tapi lepas dah 5 beradik semua kumpul kat satu tanah…baru timbul perancangan untuk buat rumah terbuka bersama-sama….so belanja bersama….ada jugak yg lepas2 tak join sebab bajet dan tah apa2 tah lagilah….tapi tahun ni memang meriah giler…semua 5 beradik sepakat sebulat suara mengadakan jamuan seperti tarikh yg ditetapkan….makanya bermulalah episod baru dimana tiap2 rumah diwajibkan membuat atau mengeluarkan modal untuk satu jenis menu kurang2…lebih takper…hihihi
Menu rumah aku…
1.Nasi Lemak – bajet nak buat sikit jer untuk sarapan lama2 jadi seperiuk besar
2.Nasi Ambeng – paling special dan menjadi rebutan tetamu
3.Lengkong Tradisi – yg perasa sirap ngan pandan jerrr
4.Aiskrim Malaysia – mencecah hingga 500 batang aiskrim dengan pelbagai warna dan rasa
5.Kek – aku tempah 2 biji satu besar satu kecik untuk sambut birthday cinta
6.Sate – 1600 cucuk…yg ni menu paling mencabar sehingga mencatat sejarah dan rekod peribadi masing2 setakat ini….tahun lepas kitorang tempah jer 1000 cucuk tapi tak puas hati dan dalam masa sejam pun dah selesai…finally kitorang decide buat sate sendiri…sebab bukan pakar maka’nya terkial-kial’lah nak buang tulang nak potong kecik2 sampai nak mencucuk’nya….memang rasa tersiksa dan payah….setelah dua hari berhempas pulas dapatlah 1600 cucuk…100cucuk simpan buat makan sendiri…
7.Mihun Sup Daging Tetel Dan Tulang – mee’nya biras aku import dari sabah…penangan kitorang makan mihun sup kat sabah tahun sudah…tekstur mihun sabah beza ngan mihun kat sini…
8. Nasi Campur – yg ni ada nasi putih,12kg daging dan paru buat masak kari,telur masin,sambal belacan dan timun jepun…
9.Lemang – yg ni pun tempah kat luar…
10.Nasi Impit Mini– dekat 200paket
11.Rendang Ayam Pencen – 35ekor ayam diamask untuk buat makan dengan lemang dan nasi impit…
12.Karipap – ambik masa dua hari untuk dapatkan 300biji
13.Nata de’coco – beli sampai 12 kotak
14.Dadih – 200 bekas pelbagai perasa
15.Otak2 Daun Nipah – 500keping berjaya dibakar dan menjadi rebutan tetamu….
16.Mee Kari – sehabis 10kg mee kuning
17.Nugget – 2kg
18.Popiah Otak2 – 80biji
19.Sosej – 60btg
20.Air Oren Sunkist – tak tahu brapa tong diorang bikin…ni kerja org lelaki…
Hurmmm aku rasa itu jer kot antara menunya….nampak banyak dan berjenis tapi alhamdulillah semuanya habis…kalo kari ngan sup tu tinggal kuah jer….isi semua dah langsai…
Pas solat isyak…aku pengsan…nak kemas2 tak boleh sebab masih ada kawan biras aku datang bertandang….pukul 10 aku terjaga pun katanya masih ada orang….alih2 aku hanyut…tapak kaki dah tak rasa apa …rasa kebas…alih2 aku pengsan betul….buat pertama kali aku tak tolong kemas lepas open house….tapi tak sapa pun bising atau panggil aku suruh tolong…aku jaga pukul 12 lebih ker pukul satu pagi…tak henggat….tau2 dah gelap dan sunyi…tau2 anak aku semua dah menyelit tidur kat tepi aku…..hihihi
Bagi aku ini adalah majlis yg terbaik aku sekeluarga pernah adakan….semua berpuas hati…dari makanan sehingga kehadiran tetamu yg dijemput…semuanya osemmmm
So sekian sampai disini…pas ni aku nak sambung dan berterima kasih atas kehadiran tetamu terutamanya kawan2 aku sejak sekian lama…dan tak lupa juga buat kawan alam maya yg pertama kalinya bersua muka….