Kena buat selalu ni , aku rasa inilah rawatan yang sesuai dengan aku. Nak-nak kalau kau tu sejenis manusia yang kurang buat streching bila bersukan dan hampir tak buat streching langsung bila dirumah .
Kalau korang pun rasa-rasa diri sendiri begitu eloklah datang ke sini untuk distrechingkan oleh terapis yang memang terlatih, berpengalaman dan berpengetahuan supaya segala sendi-sendi yang ketat tu dapat difleksiblekan dan dapat berfungsi dengan baik. Badan nak pakai lama oiiii.
Lagi satu kalau memang korang ada masalah kaki cepat kebas-kebas pun elok datang ke sini untuk streching supaya perjalanan darah jadi lebih lancar.
Contohnya aku sendirilah , kebelakangan ni aku agak kerap buat latihan bowling. For sure lepas game tangan dan bahu sebelah kanan aku mesti sakit. Pastu mulalah rasa sakit tu merebak ke bahagian leher pastu tengkuk dan turun ke belikat dan ke pinggang.

go light ? medium ? or hard ?
Lepas buat 60 minit stretching kat SO Stretch serius bahu kanan aku terus rasa lega dan badan pun rasa sangat ringan. Aku buat whole body streching tau.

bahagian bahu kanan aku paling sakit sebab beban baling bola bowling…lepas streching terus lega
Kalau korang cam cuak jer nak buat whole body , korang boleh cuba ambik upper body atau lower body dulu. Trust me korang mesti takkan rasa puas buat satu part sahaja.
Aku sendiri yang buat whole body pun rasa tak puas. Tapi takperlah untuk pertama kali kan . Next time aku nak buat yang Pelvic Adjustment sebab aku rasa aku ada masalah nak strecthing kat bahagian itu.

streching hingga ke deep muscle
15 MINIT FREE STRETCHING UNTUK PERTAMA KALI DAN DISKAUN 50% UNTUK SETIAP RAWATAN SEHINGGA DISEMBER 2018 !
Berita baik ! Sekarang kat SO Stretch tengah ada promosi 15 MINIT FREE STRECHING untuk yang baru pertama kali nak cuba.
Bukan tu jer tau , bulan ni jugak ada diskaun 50% untuk setiap rawatan. So kalau korang FIRST TIME nak rasa buat streching kat sini korang akan dapat FREE 15 MINIT pastu kalau korang nak add on lagi masa korang hanya perlu bayar separuh harga dari harga rawatan yang dipamerkan.
Dengar jer offer camtu terus aku call inchik dd nak ajak dia datang sini next week. Paling penting sebelum datang buat temujanji dulu. Jangan main terjah jer tau ! sebab takut slot semua full.
First time appointment aku dulu pun gagal sebab semua slot full. Ni pun aku dapat slot lepas buat appoinment kali kedua dan tempah slot awal seminggu sebelum rawatan. Nasib-nasib jer kalau time korang nak pergi hari tu masih ada slot kosong.
Aku nak pergi sini pun senang, dari rumah naik LRT pastu tukar naik Monorel turun kat Bukit Nanas then jalan kaki lalu depan Hard Rock Cafe pastu Hotel Concorde pastu tepi jer turun ke bawah sikit nampaklah Menara IMC.
SO STRETCH
Alamat : Suite 14.8 , Level 14 , Menara IMC ( sebelah Hotel Concorde )
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu / 9pagi – 6petang
Phone : 03-20224818
Website : www.sostretch.com
Facebook : SO Stretch
Instagram : @sostretch
Email : info@sostrech.com

dalam Menara IMC sebelah hotel Cong Co Dei ( Concorde )
Cakap banyak pun tak guna , aku nak korang rasa sendiri. Percayalah yang korang mesti akan berpuas hati. Pastu kalau korang nak cuba rasa macam mana rasa harmstring korang distretchingkan sila datang ke sini.

antara part body stretching paling mencabar aku buat bahagian harmstring nilah yang paling rasa tegang dan paling auwwww
SAKIT TAK BUAT STRETCHING TU ?
So far sakit tapi sakit dia tak buat aku rasa nak menjerit pun. Stretching ada tahap2 , terapis akan tanya setiap kali dia nak stretchingkan korang. Walaupun korang pilih cara streching yang light atau medium if korang kata korang boleh tahan lagi mintak jer dia buat secara hard. Barulah betul2 kena kat deep muscle. Yer dak ? apa barang ko mintak light streching …ahahaha.
Tadi pun aku pilih stretching yang tahap medium tapi bila terapis tanya aku boleh tahan lagi ker tak ? aku kata ok boleh tahan and please go hard. After that barulah terasa dan memang berbaloi buat stretching kat sini.

me and my therapis Fatin
Oh yer sebelum aku terlupa, buat masa ini SO Strech adalah satu2nya pusat rawatan terapi stretching gaya Jepun yang masuk kat Malaysia.
If korang pergi sini dan jumpa terapis nama Fatin tolong sampaikan salam aku kepadanya. Terapis yang sangat peramah , segala pertanyaan aku memang dia jawab dengan berpengetahuan. Dia juga ada energi nak uruskan aku yang gebu nih. Senang cerita very good servis dari awal sampai balik. Nak pergi bilik air , sila minta kunci toilet kat dia.
Kehabisan bateri phone ? jangan risau , SO Strech ada sediakan powerbank dan kabel secara percuma. Dah guna sila pulangkan balik.
Apapun selamat mencuba. Pergilah sementara ada offer ni dan bagitahu kat diorang aku yang paksa korang datang. Ok ? Hahahaha !

lepas rawatan dapat minum teh halia…bestt
Woaaahh.. mcm best dia punye free 15 minit tu.. siap dapat air teh halia… nak try gakkk….. kena gigih nak pegi tu..
lama dah nak try buat ni. jeles nyaa hahaha
Sure best ni.. wishlist la sebab dah lama gak tak stretching body ..
Nina dah pi SO STRETCH. Memang best lepas buat stretching. Lega
Nina Mirza recently posted…Aarrgghhhh…. Sakitnya MIGRAINE..!!
Takut dia lipat badan ai.
SA sejak sakit ni memang kena buat stretching setiap pagi…penat dah setiap minggu pergi fisio…belikat masih x ok lagi..dah 2 bulan dah…peliknya tiap kali fisio balik mesti bertambah sakit
Bestnyer buat stretching ni. Kalau urutan Thai memang ada buat stretching ni. Kadang2 berbunyi pulak tangan bagai ni. Lepas tu rasa lega ya amat. Untung la dapat buat ni kan…
hmm first time hearing SO Stretch. This is quite interesting. unlike those massage massage where this one only need less than half an hour. bagus I nak try one day too
Yang penting tetap ada sediakan powerbank. Hehe. Yela hp la ni asik habis bateri je. Badan mmg sengal3 kt belakang n bahu. Kaki pun tak boleh bersila lama. Nak berurut sampai la ni tak pergi. Bolehla cuba gaya jepun pula utk stretching.
Wow ada urutan khas untuk orang perempuan hehehe kalau pengurut lelaki ada tak kita nak yang kuat sikit kalau picit-picit ni sebab tebal lemak wakakakakaka macam best jer rasa rehat dan tenang sangat…
Mahamahu recently posted…Ingat Krismas Ingat Hotel Armada Petaling Jaya
Wah, syok tengok terapis buat streching tu. Teringin juga nak pergi sini. Otot badan-badan ni lenguh . urut biasa cam tak lega lagi. Next time g KL nak datang sini lah.
tengok macam mengerikan.. tapi dh siap mesti best nni kan.. ringan je badan.. nad nak buat jugakal.. badn ni dah lenguh sana sini. buat kerja banyak.. dapat ni meati sedap ni
Mesti rasa lega dan sedap je lepas buat ni kan. Servis pun bagus, kemudahan untuk pelanggan pun disediakan. Siap sediakan powerbank lagi tu.. Bolehlah cuba ke situ bila-bila nanti
Maisarah recently posted…BuyandShip Sediakan Servis Penghantaran Antarabangsa Lebih Murah daripada Biasa!
Bagus sangat ni! Lagi² cx ni haa, badam rasa sakit snegal² je memanjang. Lg² dok bf anak. Struktur badan pon dah lari. Eh! Alignment lari. Haa kan, rasa tk selesa. Bagus betul kalau dpt buat stretching satu badan. Dia macam urut juga lah kan tp stretching ni mcm lg best je. Tkya nk berlengas dengan minyak segala. Huhu
Wahhh cam best aje..sis ni memang tengah sakit pinggang ni..tiap2 pagi bangun tido je mesti sakit…try straching sendiri tapi tak jalan. Nanti nak cuba lah buat kat streching kat sana
wahhh sumore got style jepun? they should open one in penang too so that i can pi stretch sikit haha if not getting older, semakin tak flexible.
Stretching gaya jepun ya? Tak pernah try lagi. Biasanya, sy suka urut ala indonesia ataupun chiropractic. Sakit badan jugak terutamanya bhg bahu dan jugak lower back bone.
cant remember when was my last stretching i did…. this is one of the good one is relaxing our stressed nerves and muscle… i used to love this.. now i know where to get this again!
wow.. nampak best la. kalau la dekat, nak jugak pergi. Sedap gak dapat buat badan gitu.
Cnfirm hat lenguh2 tu pun hilang kan..
Bestnya stretching ni.. Kdg2 kita bersukan mcm main badminton ke apa..mmg bgus sukan..tp lps tu msti otot2 rse sakit kan sbb xbuat stretching dulu.. Wawa selalu kena cmtu..bila ada so stretch ni best lak..rasa lega sikit..
huhu.. TB paling takut bab urut2.. dan bab strecthing2 ni.. hahaha.. mau menjerit.. tak pun geli sebab orang pegang.. hahahaha.. elergik betul kan.. tapi untuk kesegaran badan tu memang betul.. teringin tapi alahai.. takot.. hahaha
Mesti lega lepas stretching tu kan. Saya suka stretching ni. Cuma ada la org kata tak baik utk tulang. Yada yada yada. Dah sakit belakang, kalau takda yang tekan or pijak, takleh la saya buat keje. Uhuk Uhuk Uhuk. Hahaha. Nanti nak try pi sini.
Baguslah terapi mcm ni utk hilangkan sakit badan,kalau kak mmg suka. cara ni