Hari tu aku dah bagi resipi Kuih Keria Gula Melaka kan…hari ni aku bagi dia punya step by step pulak . Aku tahu korang dah tahu , tapi sebab aku dah ambik gambar , agak membazir kalau tak di publishkan .

Tu belum nak edit pastu combine’kan sekali . Apapun selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi cuba dan baca .

1. Rebus keledek dengan sedikit sehingga empuk

2. Tos dan campur tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat

3. Bulat-bulatkan sebelum di bentuk

4. Tebuk tengah

5. Goreng dengan minyak

6. Toskan

7. Cairkan gula meaka , gula pasir dan air

8. Didihkan gula sehingga berbuih dan agak pekat9. Gaulkan sebati dengan keria yang dah di goreng

10. Toskan gula berlebihan dengan tapis

11. Siap

RESIPI KUIH KERIA GULA MELAKA