Alhamdulillah….pagi ni pada pukul 10 lebih pihak hospital telefon untuk pengesahan rawatan yang kosnya telah dan akan ditanggung oleh pihak insuran…..
Tak lupa juga hari ni banyak juga mesej yang aku dapat sempena hari ibu…..
Dari hari jumaat hari tu aku dah dapat hadiah hari ibu dari anak2 yang hadiahnya ditaja oleh guru2 di PASTI…..semua anak2 murid dibekalkan hadiah untuk diberi pada ibu masing2……pertama kali aku jumpa ada sekolah begini…..
Sabtu semalam plak aku dapat senaskhah buku dari suamiku…..nanti ada masa aku upload gambar2 hadiah yang aku dapat…..
Hari ni selesai sudah masalah pasal pembayaran rawatan ……. yang tinggal kini hanya aku mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjalani rawatan nanti……walaupun doktor kata risiko agak kecil…..tapi aku masih bimbang dan resah…..
Ketakutan kadangkala datang menghampiri…..tapi bila merenung pada anak2 yang kecil…..aku nekad akan tabah demi mereka…..
Aku mesti kena yakin yang aku akan sembuh demi suami ,anak2 , keluarga dan sesiapa yang menyayangi diriku……
camat ari ibu!
semoga tabah kak
banyakkan berdoa..
boleh saya tau,akak sakit apa?
jenguklah blog saya k =>
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/