Assalamaualaikum gais , akhirnya terbuka juga pintu hati aku untuk buat spek baru. Jenis aku biasanya pakai sesuatu barang tu sampai jahanam atau sampai dah tak boleh pakai.
Kalau dulu spek aku hanya mampu bertahan setahun kadang tak sampai pun ada. Sebab apa ? sebab tak sampai setahun jer jahanam. Pantang jatuh jer patah, kalau tak patah bingkai mesti lense yang pecah.
Tapi sejak 2 tahun lepas aku jumpa satu kedai spek yang bagi harga murah. Aku dah tak risau jika jadi apa-apa kat spek aku. Sebabnya ?
Spek pertama yang aku buat kat kedai ni harganya cuma Rm65 sahaja yer. Harga tu termasuk frame dan lense yang ada power.
ADA 2000 PILIHAN FRAME SPECK BOLEH CUBA DI EYE PRO VISION
Ikutkan banyak lagi pilihan yang ada ,tak silap aku ada 2000 pilihan frame kot , ni aku pilih yang latest dan yang artis-artis pernah cuba gayakan. Kalau kau nak cuba semua kau kena bekhemah dulu dengan si Nopal kat situ. Ahahahaha.
Sajer aku cuba bentuk dan kaler yang rare2 sikit.
Tapi lepas tauke kedai ni offer aku untuk upgred ke lense yang lebih baik mestilah aku tanya harganya dulu. Manalah tahu men haah haah sekali ambik total semua 1K .
Ni aku cakap pun berdasarkan pengalaman.
5 TAHUN TAK TUKAR SPECK SEBAB HARGA
Sebab ada satu spek aku tu harga harga dia memang cecah 1K lepas aku men haah kan jer apa yang dia cadangkan. Makanya walaupun dia bengkok , lense calar , aku tetap setia guna sampai dekat 5 tahun jugak.
So bila aku tahu ada kedai yang betul-betul jual spek ikut harga yang diiklankan tu yang aku nak try buat dulu. Kalau betul memang harga tu maka aku akan tak segan-segan nak promote.
Pastu bila aku tanya bila siap , katanya 1 jam jer kak. Tapi tak samapai 1 jam dah siap. Laju bhaii …kualiti memang bagus dan buat pertama kalinya aku pakai spek takder rasa pening.
So sejak hari tu kalau orang tanya aku nak buat spek kat mana murah dan best, mesti aku akan rekomen ker Eye Pro Vision. Hampir kesemua keluarga aku buat spek kat tempat yang sama.
NAK APA LAGI ? SUDAH LAH MURAH , JIMAT BANYAK PULAK TU !
Bulan bila tah hari tu lepas habis PKP dan dah boleh keluar rumah sekereta , kakak aku yang biasa buat spek tak kurang dari Rm700++ dapat jimat sampai Rm300 sebab buat kat Eye Pro Vision dia hanya perlu bayar Rm400. Kakak aku punya spek pulak jenis lense yang ada rabun dekat dan jauh pastu guna lense Alpha Blue 420 dan guna jenis lense nipis dan ada transition yang boleh jadi gelap kalau kena matahari.
Suka kakak aku sebab dia dapat jimat banyak. Anak-anak dia pun buat spek kat Eye Pro Vision jugak.
Habis sekeluarga aku dah angkut buat spek kat sini. Hahaha.
So semua dah ready ker nak tahu spek pilihan aku ? Bajet retis betul aku nih yer. Hahahahahahaha
So inilah dia…taraaaaaaa !!!!

Lawa kan ? kan ? kan ?
So jawapan bagi soalan aku kat FB tadi adalah B. Tahniah pada yang dapat teka dengan betul.
Aku pilih spek ni sebab saiz dia sama dengan spek lama aku. So ngam untuk muka. Yang A tu pun lawa jugak tapi Didi kata dia suka tengok aku pakai frame B.

Amacam ? Memang beza sangat kan ? Didi sampai terkejut sebab dia kata aku nampak lain. Tak kisahlah yer , yang penting tetap nampak cute overload. Muntahhh ijo . Wakakakaka !!
Sesekali gais , kita perlu lakukan perubahan untuk dapat lebih peluang. Peluang dapat kawan baru misalnya sebab kawan-kawan lama mungkin dah muak dan jelak tengok muka kita cenggitu jer tak berubah-rubah.
Agaknyalah yer.Ekekekekekekekeke.
STAF MESRA WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA
Staff kat sini pun sangat ramah mesra ok. If ada yang tak kena just laporkan jer dan diorang akan segera perbaiki.
Pape hal just contact sendiri dengan William , dia akan assist korang dengan sebaiknya. And pada yang ada ahli keluarga OKU macam tak boleh cakap dan dengar dan nak buat spek pun korang tak perlu risau nak translate bagai sebab William dan staff kat sini boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa isyarat.
InsyaAllah tak akan timbul isu salah faham seperti salah scan salah power semua.
So itu sahaja kisah aku pada hari ini untuk korang baca. Harap korang sudi share dan komen juga pendapat korang disini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan aku doakan semoga esok masih ada untuk kita semua.
Big thanks to William and semua staff Eye Pro Vision atas layanan mesra dari dulu hingga kini. Love sangattt ❤️
Lokasi : Eye Pro Vision
G111 Ground Floor , Sungei Wang Plaza
Phone : http://www.wasap.my/60163771304/kedaispekviral

Cun gak pilihan kak dila … Boleh la Sal try buat gak
banyak yang cun2 Sal …pening nak pilih , nasib memang dah cun semulajadi …ekekekekeke
Lawa lawa..!! Nampak lain tapi cun
Setuju, sesekali kita perlu lakukan perubahan. Nina pun ada buat spek baru kat sini jugak dan Nina pun pilih bingkai lain dari yang lain. Nak kan kelainan..
Memang terbaik kedai william ni
Kann …hidup mesti mau berani. Next time kita pi sama2 yer ….
Banyak pikihan dekat sini.. Nak buat spek mata hitam pulak la. Hahah