Asalamualaikum semua ! Tahukah korang yang Snoring Laser Treatment Di Premier Clinic mampu merawat dan mengatasi masalah orang tidur berdengkur ? tak tahu kan ? kalau ada yang baru tahu tu mungkin masa tu korang ada tengok live treatment yang aku buat masa hari tu .

So dengan segala hormatnya aku persembahkan entry ni khas untuk korang semua terutamanya pada korang yang ada masalah berdengkur sewaktu tidur . Kalau bukan korang sendiri mungkin pasangan korang atau sesiapa yang mungkin korang kenal ada masalah tidur berdengkur yang luar biasa.

Tidur berdengkur itu biasa tapi ada jugak tidur berdengkur yang luar biasa . Silap-silap haribulan boleh jadi sleep apnea . Korang tahu kan sleep apnea tu apa ? sleepa apnea ni boleh jadi satu kemudaratan yang boleh mengakibatkan maut sewaktu tidur kalau tidak dirawat akibat kurangnya oksigen sampai ke otak.

Atas sebab itulah aku cuba Snoring Laser Treatment di Premier Clinic cawangan Puchong baru-baru ini sebagai alternatif untuk merawat masalah tidur berdengkur. Oh yer kawasan ni memang sesak tapi senang dapat parking . Aku sarankan nak parking yang senang korang boleh terus ke basement yang terletak betul-betul sebelah Premier Clinic.

cawangan Premier Clinic di Puchong

Apa Itu Dengkur ?

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul.

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

“Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja,” katanya.

sebelum jumpa doctor untuk consult , kita daftar dulu yer

Punca Berdengkur

Menurut Dr Vanessa yang sedia memberi khidmat runding secara percuma kepada pelanggan yang datang ke Premier Clinic , snoring atau berdengkur boleh terjadi disebabkan beberapa faktor , antaranya masalah

  • sinus,
  • perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran seseorang.
  • kerana lelangit di belakang tekak menjadi lembik dan ianya akan bertambah lembik serta kendur semasa kita tidur
  • ruang udara menjadi sempit akibat

Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alkohol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

“Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat,” katanya.

Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralkohol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.

Makanya , selain dari menjaga kesihatan ,menjaga pemakanan,mengawal berat badan dan juga mengamalkan senaman juga perlu dititik beratkan.

Berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.

“Oleh itu kanak-kanak yang kronik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal,” katanya.

Rawatan Untuk Dengkur

Dengkuran yang serius perlu dirawat kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).

Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami gangguan konsentrasi.

Terdapat rawatan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak membabitkan risiko pembedahan.

alaaa senang jer rawatan ni , nganga jer…yang lain-lain doctor buat

“Sebelum melakukan rawatan keadaan pesakit akan diperiksa terlebih dahulu. Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.

Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran,” katanya.

Rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut.

“Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud dengkuran,” katanya.

Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi rawatan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.

Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesakit akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak.

Ada yang tanya aku, tak sakit ker rawatan ni ? tak payah bius ker ?

Jawapannya tak , sebab pertama tak menyakitkan langsung . Korang hanya pelu nganga dengan seluas-luasnya . Kalau tak tahan nak nganga lama-lama korang boleh angkat tangan then doctor akan stop . Selepas tu doctor akan sambung semula selepas korang bersedia nak nganga balik .

inilah rawatan laser yang dilakukan pada aku

Rawatan hanya berlangsung dalam 20 hingga 30 minit sahaja .

Kesan dari laser tadi korang akan merasa haus sebab tekak kering. So minumlah air banyak-banyak selepas rawatan . Sehari dua macam tu tekak akan rasa normal balik.

Bagi aku bagus jugak rawatan laser ni sebab matikan selera makan dan banyak minum air kosong .

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Dr Vanessa kerana sudi merawat aku dan memberi penerangan pada aku dengan jelas sebelum rawatan dijalankan .

aku dan Dr. Vanessa yang lawa …

So pada korang yang nak cuba kurangkan atau hilangkan masalah dengkuran semasa tidur , korang boleh cuba buat rawatan laser di Premier Clinic di cawangan-cawangan yang aku dah senaraikan dibawah.

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre
BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall
PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant
KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)General
Contact Details : +6012-6625552
Facebook : www.facebook.com/Premier-Aesthetic

Instagram : premier_clinic

Tumblr:http://premierclinickl.tumblr.com/

Twitter: http://www.twitter.com/PremierClinicKL

Google Plus: http://plus.google.com/+PremierclinicKL

Youtube: http://www.youtube.com/user/PremierClinic

Dr Kee Yong Seng: http://www.KLaesthetic.com/

Dr Chen Tai Ho:http://www.drchentaiho.com/

Whatsapp:http://premierclinic.wasap.my/

Psst : kalau korang nak dapatkan special treatment dari Premier Clinic , korang jangan lupa mention nama aku “saidila blogger” yang rekeman supaya korang dapat layanan baik punyaa .

Selamat Mencuba !

Categorized in: