Tak nak ker ? Ini bukan tipu punya tau gais tapi betul-betul. Ikutkan skim ni dah lama wujud dan ramai yang buat cuma tak ramai yang nak expose benda ni sebab mungkin tak nak dilabel riak.
Walaupun aku tahu juga skim ini, tapi aku sangat-sangat jarang sedari sebab sejenis tak ambik port dengan keuntungan yang aku dah dapat. Sebab bagi aku pulangan yang aku dapat tu datang dengan pelbagai kaedah.
So gais dah ready ker nak tahu ?

Skim yang aku nak bagitahu ni ialah skim sedekah jariah. Haaa korang ingat skim apa gais ? Inilah skim paling terjamin untungnya dari dunia sehinggalah ke akhirat kelak.
Kisahnya begini , lepas aku hantar kawan aku balik rumah diorang. Aku pun gerak pulang. Dalam perjalanan pulang aku kena tahan dengan polis.
Dalam hati aku , “ahhh sudahh..aku ada salah apa yer …?”
Adakah aku kena tahan sebab tak pakai mask ? atau sebab tengok phone masa traffic light tengah merah ?
Jenuh aku pikir apa kesalahan aku.
Sebabnya selama berpuluh tahun aku memandu ini adalah kali pertama aku kena tahan dengan pegawai Polis ke pegawai JPJ yang aku sendiri kurang periksa. Tapi bagi aku semua yang pakai baju kaler biru gelap tu Polis. Lagipun dah malam kan, mana nak perasan sangat. Itupun dari jauh aku nampak lampu kelip-kelip terus aku ingat orang baiki jalan.
Lesen dan KP aku diminta dan aku ditanya dari mana. Aku jawablah yang aku baru lepas hantar kawan pulang lepas habis program dengan MAIS.
Kemudian aku diberitahu “cik, road tax kereta cik ni dah mati dari bulan Feb lagi…”
Terus dalam hati aku “deng ! .. ok aku pasrah sudah…”
“dokumen insuran dekat mana ?” tanya’nya lagi.
“kat rumah tuan , saya tak bawak sebab siang tadi suami saya kata nak pergi renew kat pejabat pos..”
Dalam masa yang sama aku try call DD nak tanya pasal insurans sebab dia cuti hari ni nak pergi renew insurans.
Entah Polis entahkan JPJ yang tahan aku tu entahlah. Yang pasti ayat sambungan dia yang seterusnya ialah “ni kalau saman Rm300 ni cik…banyak tu ..?
Aku pun jawab “ialah kan … tapi itulah” walhal dalam hati aku dah redha. Kena saman pun kena samanlah, apa boleh buat sebab memang dah aku yang salah.
Aku ditanya lagi, “cik kerja apa..?” laju jer aku jawab “saya blogger , err penulis..” aku explen sebab risau dia tak tahu apa itu blogger.
“suami kerja apa ? kat mana ?”
Aku jawab yang benar sahaja. “suami saya kerja kilang dekat Shah Alam..”
“Ni nak balik ker..?”
“haah tuan saya nak balik rumah kat Puchong depan nun…”
Lepas seketika dia mundar mandir sambil kipas lesen dan IC aku. Aku dengar ayat yang sangat melegakan.
“camnilah cik, saya lepaskan cik tapi lepas ni suruh suami renew insurans dan simpan maklumat insuran dalam phone atau dalam kereta yer…”
Aku terus jawab “yer ker ? allahuakbar ..alhamdulillah , minta maaf sangat2 yer encik…terima kasih encik, terima kasih banyak-banyak..” (aku punya kalut sampai kejap panggil Tuan kejap panggil Encik)
Dia jawab “takper…sama-sama..”
Then aku pun letak balik gear D terus pulang ke rumah dengan perasaan syukur dan lega. Dalam perjalanan aku terfikir satu jer “mesti ini rezeki lepas aku sedekah Rm50 kat dalam tabung anak yatim masa program MAIS tadi..”
Duit Rm50 tu DD bagi aku sebelum keluar, katanya buat belanja. Tapi masa program Pelancaran Tabung Amanah Rumah Anak Yatim MAIS tadi aku tak fikir panjang lansung terus masukkan duit Rm50 tu dalam tabung.

Tak sampai sehari selamat sudah Rm300 dari kena bayar saman akibat kecuaian diri sendiri.
Mungkin bagi korang Rm300 tu tak besar mana tapi bagi aku untuk membayar harga sebuah kecuaian tu amatlah besar jumlahnya. Rm300 tu aku boleh buat belanja dapur dan beli barang keperluan sekolah anak-anak.
Aku yakin sangat sedekah Rm50 aku siang tadi telah menjadi nilai yang berlipat kali ganda. Aku dapat lebih daripada apa yang aku telah bagi.
Apapun gais tolong jangan salah faham yer dengan cerita aku ini. Pegawai tersebut lepaskan aku atas budi bicara dia. Aku percaya Allah yang gerakkan hati dia untuk lepaskan aku dan maafkan kesalahan aku. It’s not pasal dia tak amanah dalam menjalankan tugas ok.
Aku amat hormati kerja seorang pegawai Polis dan aku selalu ingat pesan DD. Kalau sayang kena tahan dengan Polis sebab salah jangan menipu dan jangan kerek. Polis ni manusia juga diorang ada hati dan perasaan dan juga ada budi bicara.
Paling penting kalau dah salah just terima kesalahan dan minta maaf, jangan sesekali cuba beri rasuah semata hanya untuk melepaskan diri.
So setakat ini sahaja cerita dan perkongsian aku untuk korang semua. Aku beritahu sebab aku nak korang percaya hikmah apabila kita bersedekah tu memang wujud.
Terus terngiang-ngiang balik kata-kata YAD masa program tadi yang lebih kurang begini.
“kalau dalam poket kita ada Rm1.50 , kita sedekahlah 50 sen. Baki seringgit tu kita simpan dan guna untuk perbelanjaan kita ..”
Maksudnya jika ada sedikit berilah sedikit dan jika kita ada lebih maka berilah lebih.
Alhamdulillah.. Tak akan pernah rugi orang yg bersedekah..