Fuhhhh , tak pernah dibuat orang bhai ! result contest belum keluar tapi perasaan aku awal-awal lagi dah tergolek . Maksud tergolek bagi aku ialah “perasaan confident kalah” .
Sebab apa ? mengikut klu yang aku baca , tak satu dari ciri-ciri yang dinyatakan itu sangkut kat aku . Sebab tu aku dah rasa macam cacing kepanasan , sementara aku masih waras elok aku luahkan , kalau tak mau jadi kes naya .
Cuma yang bagusnya aku nih , kalau aku kecewa, aku tak pernah libatkan orang lain . Cuma orang lain tu jer yang suka terlibat dengan kekecewaan aku . Aku pun tak tau kenapa ? mungkin sebab best kot , boleh sama-sama rasa apa yang aku rasa .**ekekekeke
Siapakah Juaranya ?
Identiti juara contest ni sangat misteri , nak-nak keputusan juri luar ni hanya sorang dua sahaja yang tahu . Nak-nak pulak yang pegang keputusan dan yang bakal mengumumkan keputusan tu pernah bersama Harith Iskander selama 2 jam . Maka jangan ingat senang-senang kau boleh dapat result bocor contest tu walaupun dia diumpan dengan sate kambing kuah kicap yang sedap .
Dia punya intro nak umumkan pemenang hari nih buat aku punya jantung macam nak copot . Memang berdebar sangat . Bukan aku jer yg rasa gitu , rasanya semua yang terlibat akan rasa benda yang sama macam apa yang aku rasa . Nasib beliau jauh dari aku , kalau tak dah lama aku tikam lengan dia dengan lidi sate biar pamcit .**huhhh memang berasap jerrrr baca
Pemenang share terbanyak seperti yang diyakini sejak tamat contest ialah Cik Lisa Sepet . Dia punya gigih share entry tu memang tak boleh pertikailah .
Dan pemenang tempat ketiga pulak sangat rare orangnya sebab dia lelaki tapi dia juga dah dijangka menang kerana skill photog dia yang superb padaiyappa iaitu Siraji kalau dalam filem tamil’lah….kalau ikut team Jimmy Palikat dia ialah Razzwey . **tahniahhhh yadekkkk…kaka sudah menjangkainya
Tak habis debar tang intro dia buat game lagi kali kedua . Cuma kali ni pemenang tempat kedua telah dikenal pasti orangnya . Tahniah Shiqeen Sattar . Anda memang layak menang dan kemenangan anda juga ada dalam firasat ai . Cuma ai tak tahu nombor berapa jer .
Aku Redha Walaupun Kalah
Melihat pemilihan juri untuk pemenang tempat ketiga dan kedua pun aku dah goyah dan roboh semangat . Mesti yang tempat pertama lagi hebat . Memang mencapai target KPI para juri . **tetiba sedih tapi adatlah kan ….nasib ada Aiman Tino..boleh pujuk sikit kekecewaan hati aku ketika ini…
Tahniah Semua !
Apapun aku harap siapa yang menang tempat pertama nanti bersyukurlah , aku dan kawan-kawan lain yang join cuma ada dalam senarai peserta dan bakal menerima mesej “terima kasih kerana sudi menyertai contest ini” daripada penganjur .**sedihhhh
Yerrr memang aku reka jer pun . Jangan korang percaya pulakkk . Ahahahaha !!!
Oklah , saja jer aku buat entry propa camni . Pertamanya sebab nak hilangkan rasa gemuruh dan keduanya entry ni mampu buat aku bertenang biar apapun keputusan’nya .
Aku cuma tak sabar nak tahu siapa “pemenang bukan pilihan dan yang tak dijangka” sebab aku nak ucap tahniah dan keduanya sebab aku tak sabar nak kaji penulisan dia sehingga juri menobatkan dia sebagai juara artikel terbaik untuk contest yang dianjurkan .
Rasa sakit dan kecewa sebab kalah tu biasalah , nak suh aku cool dan acting like nothing tu memang aku tak boleh buat , nak rasa biasa-biasa pun memang tak boleh sebab dalam pertandingan penulisan bagi aku memang takder istilah main-main atau acuh tak acuh .
Aku dah perah segala keringat , aku dah letak keyakinan dan harapan agar penulisan aku disukai juri . Cuma di akhirnya aku kalah sebab sudah takdir ada yang lebih hebat dari aku . Dan aku kena terima seadanya .
Jika aku kalah itu biasa , jika aku menang itu yang luar biasa .
mana kau campak kan entryku , entry yang ku submit’kan padamu juri…..
Hahahaha.. No komenggg.
Kak long ohh kak long, comei laa kak long ni, dlm debar boleh lagi buat lawak sate hahaha.
Tahniah SS..
Menang lagi kali ni..
Menang kalah adat pertandingan..
Takper boleh cuba lg dlm kontest yg lain..
anuar recently posted…Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
Nak sate Kambing gak….!!
hahaha.. harus la gigih sebab tu je ada chance.. kalau artikel terbaik mesti plih yang wp hahah tau dahhh… wekk . alaa.. sabar ye kak long. before this dah pernah menang kan 😛
moga rezeki akak lebih besar akan dtg nanti. amin..