Maaf cakap yer gais , entry kali ni aku tak berniat langsung apatah lagi sengaja nak menjatuhkan usaha dan bisnes yang ramai kawan-kawan aku sendiri terlibat.
Tapi atas nama kebenaran aku harus tulis juga supaya korang yang belum beli kain kayangan Norwex tu tak akan rasa menyesal.
Kalau korang perasan aku pernah up kat IG dan FB yang aku menang GA sehelai kain Norwex dari Kak A***.

Aku diberi pilihan oleh Kak A*** samada nak pilih hadiah Kain Norwex sahaja atau pilih Starter Pack Nowex + Consultant .
Memandangkan aku sendiri bizi maka tak dapatlah aku nak tumpu pada peluang bisnes untuk jadi Consultant Norwex. So aku pilih untuk ambil hadiah Kain Norwex sahaja.
Apa jenis kain yang aku dapat pun aku tak tahu. Sampailah Kak A*** bagitahu yang dia mencadangkan untuk beri aku Kain Norwex yang bertugas sebagai Kitchen Cloth memandangkan aku memang rajin masak dan masuk dapur.
Aku pun men haah kata ok jer. Benda free kot bukan kena beli pun. So terima sahajalah.
Lepas terima Kitchen Cloth Norwex tu aku bukan terus guna pun tapi acah-acah nak simpan buat kenangan.
Sampailah baru-baru ni aku macam nak test sendiri lepas baca kejadian gebang secara besar-besaran oleh geng-geng Norwex kat sosmed. Aku macam “halah halah kain lap jer pun….why so kepochi meh…?”
And then ramai gak yang macam tertunggu aku review kain Norwex ni atas sebab yang aku tak pasti. Mungkin aku ni jujur sangat kot ! Ker camner sebenarnya ? Huhuhuhu
Namapun Kitchen Cloth kan ?
So aku pun gunalah dia buat lap singki , lap kepala paip, lap dapur masak yang berminyak, lap tingkap dapur , lap lantai dapur, lap hood dapur, lap meja makan, lap kabinet dan lap peti ais.
Senang cerita memang aku kerjakan dia cukup-cukup kat dapur. Ibarat aku ni mak tiri Cinderella yang sedang mengerah Cinderella buat kerja rumah. Walaupun hakikatnya yang mengarah dan yang membuat kerja semua tu ialah aku.
Jadah sungguh aih !!
KAIN NORWEX KANTOI MENIPU ?
Lepas dah lap semua tu aku terus jer rasa macam nak cakap B*** betul lah kain nih !!! Memang B**** betul siapa yang beli dan buat bisness dengan kain ni.
The end aku basuh kain tu dengan air dan gantung balik kat tempat asal.
Sekian terima kasih dan tolong jangan maki atau kecam aku pasal berterus terang.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi cerita belum habis lagi daaaa !!
BEST DAN BIJAK
Tolong jangan nak *mencarit sangat yer gais.
Yang nak tahu ayat B*** ni untuk apa dan ayat B**** ni pulak untuk apa, meh sambung baca sampai habis.
B untuk BEST dan B untuk BIJAK.
Kalaulah awal-awal aku tahu bertapa BESTnya kain Norwex ni memang aku dah mintak Kak Azni sponsor lagi sehelai dua kain Norwex ni kat aku. Ehehehe
Dan bagi aku Kak Azni dan juga kawan-kawan lain yang awal-awal dah memulakan bisnes jual Norwex ni juga telah membuat satu langkah yang BIJAK.
And aku pulak cukup BIJAK menjadi kawan yang sentiasa memberi sokongan dan ucapan tahniah atas segala pencapaian dan kejayaan kepada mereka.
Memang apa yang diorang gebang tu semuanya kebenaran bukan sekadar kepalauan untuk melariskan jualan.
Orang kata “benda” selagi kita tak guna dan tak cuba sendiri jangan banyak bunyi. Dah guna macam aku baru boleh bunyi banyak-banyak.
Antara kebenaran akan keberkesanan yang aku dapati selepas menggunakan Kitchen Cloth Norwex ni ialah :
- Biasanya bila kita lap body peti ais dengan kain biasa atau tisu basah apabila permukaan yang di lap mula kering pasti akan meninggalkan kesan tompokan air kan ? Tapi dengan Kitchen Cloth yang hanya aku basahkan dengan air sahaja then aku lap dengan begitu malas, body peti ais aku jadi licin dan bersih tanpa ada kesan tompokan air mengering. Kat situ jer aku dah mula nak rasa kagum sampaikan aku tak jadi nak habiskan lap peti ais sebab aku nak tengok berapa lama ianya boleh bertahan. Selepas beberapa hari mengelap nampak gaya body peti ais aku masih maintain solid dan bersih then barulah aku sambung kagum balik.
- Apa yang aku lebih kagum ialah selepas aku lap kekotoran yang berminyak. Masa aku basuh kain walaupun hanya menggunakan air tanpa sebarang sabun Kitchen Cloth aku tak berlendir macam kain-kain biasa. Memang aku biasanya akan buang jer kain yang dah belendir-lendir dengan minyak tu. Kau rendam dengan sabun beberapa hari pun kadang belum tentu lendir-lendir minyak tu nak hilang. Kalau hilang pun mesti kain kau akan jadi keras kejung bila nak guna. Then bila kain tu kena air mulalah terasa kembali lelendirnya. Norwex lain weih, memang maintain lembut sokmo dan tak berlendir.
- Dengan Norwex kau tak perlukan tenaga berlebihan untuk bersihkan kesan kotoran dilantai dapur walaupun kotoran tu dah lama melangut kat situ. Cukup sekadar kau basahkan Kitchen Cloth kau then tenyeh sikit-sikit settle sudah.
- Biasanya kalau nak kasi kilat singki dan kepala paip aku akan guna CIF. Sengaja aku cabar Kitchen Cloth buat benda yang sama. Eh eh eh helok berkilat pulak kepala paip aku ni yer walaupun tanpa CIF.
Ok cukuplah 4 point tu dulu aku kantoikan pasal Norwex yer. Nasiblah aku memang dah guna kalau tak guna sendiri memang senang-senang jer nanti aku kena tipu pasal hal sebenar kain Norwex nih.
Jadinya walaupun setakat hari ini aku hanya memiliki sehelai sahaja kain Norwex tapi bila di dapur bagi aku dialah segalanya.
Dia umpama “maid” yang turun dari kayangan atau nama selebriti dia “maid in kayangan” gittew!!
So gais if korang nak beli Kain Norwex ni korang boleh hubungi sendiri Kak Azni sebab Kak Azni ni dia bukan setakat jual and bye bye tapi dia akan guide korang gunakan produk dengan betul dan suggest pada korang produk apa yang sesuai dengan keperluan korang.
Whatsapp : https://wa.link/9swp3c
Blog : https://modernmumthingy.com/
Facebook : Eswati Azni Jaafar
Instagram : @azni
Bukan paksaan suruh beli tapi kalau nak produk yang boleh memudahkan urusan korang ditambah pulak dengan kualiti serta keberkesanan yang maksima pasti ada harga yang korang perlu bayar dan trust me gais ianya SANGAT BERBALOI UNTUK DIMILIKI !
Selamat Mencuba !
Laa…hampir tertipu dengan pengalaman negatifnya..
Hahahaha maafkan kami penunggu gua….harap yang baca dapat buat pilihan yang bijak
Ai ada 2 helai dapat hadiah birthday. Malas nak beli sendiri sebab dah paham akan sayang nak guna.
Jangan disimpan lama-lama Ai , gunalah dengan sebaik-baiknya ok …rugi tak bersihkan rumah atau dapur dengan Norwex nih….
Ya setuju! B*** giler pakai.. Nina pun ada beberapa helai, tu pun orang bagi sebab kita pun suka menghargai dan sesama support kengkawan yang niaga bzness ni.
Kannnn , dia punya B*** tu memang tak boleh bawak bincang langsung…
B**** x2
Akak tak beli lagi kain ni. So far guna kain biasa ajer tapi kalau kain kayangan ni bagus kira investment la beli tu. Kalau mahal nak guna tu biar berbaloi ye tak?.
Ramai yg puji norwex ni.. org rumah saya pun dah mula bagi hint
Saspen baca .. hahaha
Mus recently posted…4 Sebab Kenapa Salad Pahit & Cara Mengatasinya
takut baca artikel dia! hahaahah clickbait sungguh! tapi memang betul khai pun ada orang bagi kain ni untuk try cuma sampai sekarang tak basuh lagi. haha katanya ada cara dia eh kalau nak cuci? ke macam mana ? i is confuse!
I memang dah agak ada plot twist! I dah perasan cara penulisan dan artikel awak. Haha. Bagus! Yg penting sabar baca sampai habis ya. Hehe
Ni plot twist drama ke apa haaa?
Kita dah ada 6 kain Norwex hehehehe..
Siapa yang tak cubanya lagi memang rugi.. cuba dulu baru tau..
Sis Lin recently posted…SIAPA KATA ORANG BERBADAN BESAR TAK BOLEH BERGAYA?
Mmg best kain ni. Walaupun harga dia agak.mahal. tapi sangat berbaloi. Nanti nak beli tambah koleksi
Selamat tak tertipu.. . Haha kita tak terjebak lagi ni.. Sat g kalau cuba mau abes borong.. Ya ampunn..
Nasib kita belum terjebak lagi dengan kain Norwex ni hehehe tengok dah ramai orang pakai kain kayangan ni wakakakakaka jangan kita juga terjebak lak macam best jer wakakakka..
Mahamahu recently posted…3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah
uii kaklong ni. kite pulak yg berdebar baca sbb baru je brjinak dgn norwex ni. best kan kain dia