Hari guru selalu buat hati aku jadi pilu , terlalu banyak pengorbanan seorang guru terhadap anak-anak muridnya , tak kisahlah murid tu camner perangainya . Mereka yakni guru-guu adalah orang kedua terpenting dan tertinggi darjatnya selepas kedua ibubapa kita .
Oleh kerana aku tak ada orang tua yang berpeluang mendidik aku maka guru-guru adalah “ibubapa” aku yang sebenar . Dalam setiap kehidupan pasti ada guru’nya .
Guru Sekolah Rendah
Menjadi seorang anak yang tak punya ibubapa menjadikan aku seorang anak yang selalu melawan arus peraturan . Tapi amat jarang aku dihukum oleh guru-guru disebabkan gelaran yang aku bawa yakni “anak yatim” . Cuma ada beberapa orang guru yang tak peduli siapa aku maka aku tetap akan dihukum dan didenda jika melakukan kesalahan . Bencinya aku pada guru-guru seperti itu hanya diwaktu itu sahaja tapi setelah meningkat usia aku nampak apa yang mereka lakukan pada aku telah membuahkan hasil . Merekalah yang sebenarnya menjadikan aku lebih baik dan lebih bersedia wlaupun mereka tahu bertapa tidak manisnya perbuatan mereka terhadap aku . Walaupun hikmahnya tak datang serta merta tapi diakhirnya aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana tidak memanjakan aku lebih dari sepatutunya . Mendidik aku dengan garang adalah tanda kasih dan sayang mereka yang sebenar terhadap aku .****nangisssss
Guru Sekolah Menengah
Sama seperti diatas….segarang-garang guru yang ada disekolah itu semua tunduk pada gelaran yang aku sandang sejak lahir . Belum pernah aku didenda dirotan atau dihukum kerana melakukan kesalahan dan sentiasa melanggar peraturan sekolah dengan sengaja . Gelaran yang aku bawa bagaikan halangan untuk mereka menegur kesalahan aku sehingga aku dengan sewenang-wenangnya melanggar peraturan sekolah . Mungkin mereka bimbang jiwa remaja aku akan memberontak hingga membawa kemudaratan yang lebih dasyat terhadap diri aku sendiri .
Padahal waktu tu aku rasa…apa guna aku kesekolah ..? kenapa orang lain buat salah cikgu tegur , kenapa ketua kelas yang bijak pun kena rotan ? kenapa orang yang datang lambat kena denda..? kenapa diorang tak nampak sedikit pun kesalahn aku ..? kenapa aku diberi peluang untuk membuat salah silap ..? boleh katakan semua guru-guru tutup mata terhadap kesalahan aku yang memang aku sengaja lakukan . Penat kawan-kawan aku mengadu perangai aku pada cikgu disiplin tapi kebiasaanya diorang akan hampa kerana tiada tindakkan akan dibuat terhadap aku.
Waktu tu aku tak ada kawan-kawan sebaya yang boleh aku lepak dan berkongsi cerita bersama . Aku bagaikan musuh dan pengaruh buruk kepada mereka semua .
Hanya pernah sekali aku diarahkan masuk ke bilik guru kaunselor . Tapi kerasanya hati aku masa tu sehingga guru kaunselor tidak berjaya mendapat sebarang maklumat dari aku . Aku keluar dengan senyuman yang amat-amat sinis sambil berkata “jangan cuba panggil saya masuk bilik ini lagi jika cikgu tak nak tengok muka saya kat sekolah …”
Sejak tu aku menjadi semakin hanyut dengan dunia emosi aku sendiri . Aku datang sekolah bila aku nak datang tanpa kira masa . Aku tak pernah siapkan kerja sekolah sebab aku tahu cikgu takkan tanya , aku boleh tidur dengan senang dalam kelas jika aku nak walaupun ketika itu cikgu sedang mengajar . Aku juga boleh bantah cadangan kawan-kawan aku dengan senang jika aku tidak suka dengan cadangan mereka . Aku boleh mulakan pergaduhan dengan kawan-kawan tanpa rasa takut sebab diakhirnya aku juga yang cikgu bela .
Pada awal Februari semasa tingkatan 2 , aku ambik keputusan untuk tidak meneruskan persekolahan . Seminggu aku tidak hadir kesekolah dengan sengaja , mungkin harapan aku akan dibuang terus dari sekolah juga akan terlaksana . Nyatanya , guru-guru bertindak mencari aku ditempat aku yang sepatutnya berada , mereka memujuk aku untuk kembali meneruskan persekolahan . Tapi hati aku dah tawar untuk kembali kesekolah . Disamping ada sebab yang aku sembunyikan aku rasa itu adalah jalan terbaik untuk semua . Aku tolak permintaan cikgu dengan baik . Ada yang sedih dengan keputusan nekad aku tapi aku yakin kawan-kawan sekolah terutamnya yang sekelas dengan aku adalah manusia yang paling gembira mendengar’nya .
Pengalaman Adalah Guru Terbaik Sepanjang Hayat
Percayalah yang sebenarnya bukan mudah untuk lenturkan hati aku , tapi biarlah segalanya Allah yang tentukan . Guru terbaik yang aku pernah ada yang aku belajar segala darinya ialah bernama PENGALAMAN .
Pengalaman telah banyak mendidik aku apa itu kehidupan , bagaimana nak teruskan hidup dan bagaimana untuk hidup . Pengalaman telah menemukan aku dengan orang-orang yang baik dan aku belajar dari mereka untuk menjadi lebih baik .
Kini aku telah menjadi seorang guru buat anak-anak aku …aku akan didik mereka dengan sebaik-baiknya . Aku ajar mereka subjek kehidupan yang tidak ada mana-mana sekolah ajarkan sehingga mereka bersedia menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.Pengalaman adalah guru terbaik sepanjang hayat .
Sempena Hari Guru 2016
Sempena hari guru ni aku ucapkan “Terima Kasih buat semua guru-guru aku dan juga guru-guru kepada anak aku .Semoga Allah membalas dengan kebaikkan diatas segala ilmu yang telah dicurahkan dan mendidik kami menjadi seorang insan .” Bagi aku…guru adalah orang yang sentiasa akan hadir dalam kehidupan kita biarpun kita tidak mencarinya .
Selamat Hari Guru…!!!!
Guruku Tersayang
Pagiku cerahku
Matahari bersinar
ku gendong tas merah ku
di pundak ( bahu )
Selamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasmu
menantikan kami
Guruku Tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku terimakasihku
Nakalnya diriku
Kadang buatmu marah
Namun segala maaf
Kau berikan
“Pengalaman adalah guru terbaik sepanjang hayat..”
Saya setuju dengan pernyataan ini…
Anuar recently posted…Program Waqaf Al-Quran 2016
rasanya itulah yang paling tepat……
****nangisssss (kelu nak komen)
YB Shehan recently posted…HDAE CREW : MOMMIES SUPER RAJIN DI HOMEMADE FOOD FOR HDAE
Setiap orang adalah guru…
asalkan kita ada sesuatu yang dapat orang lain manfaatkan ….insyaAllah kita juga boleh jadi guru
Daripada pengalaman lalu, InsyaAllah me jadikan kak long dila sebagai guru terbaik utk anak anak
Mama Kembar 3 recently posted…Akhirnya Bertukar Juga…
huhuhu…. the real story from other side kan… bila dah dah besar dah matang baru kita tahu apa yang baik untuk kita. keep on sharing ….
azni recently posted…Lima Tips Menyewa Rumah ideal Anda