Huhuhu susahnya bila otak mula tumpul , nak tulis apapun takder idea . Ada idea pun suku jalan , lepas tu blank tak tau nak sambung apa .
Kadang-kadang aku rasa nak cerita pasal perjalanan aku pergi umrah , kadang-kadang aku rasa nak sambung cerita pasal travel ke Korea .
Ada kadang tu rasa nak tulis pasal masak-masak dan ada kadang tu pulak nak cerita pasal anak-anak .

iki panganan wong kampung , segor + asam pedas ayam + renjesan kicap jalen lemak manis
Macam ada sesuatu yang block idea aku dari terus berkembang . Huhuhu susah sebenarnya jadi penulis blog yang kurang membaca dan bergaul dengan dunia luar macam aku nih .
Kalau dulu aku mungkin tulis ikut suka , ikut hati dan ikut mood ketika itu . Tapi sekarang aku kena menulis ikut etika , jaga bahasa , jaga perasaan dan paling penting jangan tulis benda yang kita tak tahu .
Benda yang kita tak tahu tu sama macam fitnahlah jugak . Dengar sahaja dari sebelah pihak tanpa siasatan terperinci memang kalau tak betul kita mungkin akan berdepan dengan tindakkan undang-undang yang menyebabkan bukan sahaja kita sahaja yang susah tapi tak memasal keluarga pun terlibat sama akibat dari keangkuhan dan tindakkan kita yang tidak memikir akan akibat buruknya .
Etika penulisan kena juga dijaga lebih-lebih lagi bila kau ada team . Bukan sekadar nama sendiri nak kena jaga nama team pun kau kena jaga juga . Bukan maksud aku bila ada team tu bakat penulisan kau tu pun akan tersekat sama .
TIDAK SAMA SEKALI !!
Bila kau ada team kau akan belajar menghormati hak dan pandangan orang lain . Tak mahu dikecam jangan mulakan kecaman . Tapi bila kau ada aura dalam dunia yang kau ceburi itu , makanya dikecam itu adalah perkara biasa .
Macam yang berlaku pada aku tahun lepas . Ada seseorang di socmed yang aku tidak kenal gigih mengecam aku dan melabelkan aku sebagai #bloggerkampung yang #jakun hanya kerana aku menegur tindak tanduk dia yang tidak beretika di posting dia .

lepas ni aku nak keluarkan buku 99 quote blogger kampung …ahahaha ok tak ?
Kita bagi tahi belum tentu kita dapat tahi jugak .
Aku bukan tidak terima dikata blogger kampung , malahan gelaran blogger kampung yang diberikan kepada aku sangat sesuai dan tepat dengan asal usul aku .
Bukankah itu lebih baik dari ajet2 orang oversea sokmo . Kan dear ….
Eh eh eh termengata pulak …ahahahaha
Oklah tak nak sambung , kejap lagi ada pulak mangkok tingkat yang screenshot entry aku ni pastu buat laporan tak bergaji .
Fuhhh dalam diam tak ada idea otak tumpul siap jugak satu entry untik korang baca .
InsyaAllah jika ada masa aku akan updet pasal perjalanan #SaidilaPergiUmrah dan #SaidilaTravelToKorea .
Dua-dua perjalanan ini ada kisahnya tersendiri . Doakan semoga otak aku dapat berfungsi dengan baik untuk menulis dan terus menulis .
Sesungguhnya kebahagiaan tu bukan datang dari kampung ataupun bandar tapi bahagia itu kita yang rasa .
#bloggerkampungjakuituadalahaku
Ai asal kampung jugak, cuma kampung ai kat korea lah tapi… Hahahaha
wahhh tak sangka dearrr
Betul gak tu dear….ehh ehhh ehhh… Tiba2 dear…
kah kah kah …pandaiii dear nihh eh ehh eh
iols orang kampung juga.
Pedulikan gelaran tu. Itu tanda dia prihatin. Gigij dia explore kannn…?
Nina yg tak de kampung…. Huhuuu
#bloggerkampung yang #jakun nie lah dah mula nak naik untuk cipta nama. Yeayhaaaaa! Kaannn dear?
#bloggerkampung yang ikhlas berkawan. Tak mengira pangkat dan darjat. Semoga maju jaya kaklong
semua orang asalnya dari kampung, kalau orang tu asalnya dari bandar jer, bersyukurlah, jangan riak sudah kan kak?
Aii pun #bloggerkampungjakun jugakkk hehehee
i pun dear. kampung mari. auchhh
hahahaa..kita pun kampung..suka kampung dari bandar..
i pun blogger kampung jugak, yang penting tak lupa daratan. hehe
Kami pun blogger kampung juga. Proud to be Kedahan
Saya kampung tok has
Ai bangga jadi orang kampung, best dok kampung kan?
Saya pun blogger kampung juga.. relax jer… cool sentiasa..
i pun sama. Time ada idea i tulis, tak de adea i merayau blog orang. Boleh berkenalan dan cari maklumat.
I pun blogger kmpung jugak… Alhamdulilah..syukur..
Apa-apa pun, penulisan akak tetap best untuk dibaca especially tentang beribadah di Tanah Suci tu 🙂
Saya blogger kampung juga heheh 🙂