Bismilahirahmanirohim dan Assalamualaikum semua,
Annyeonghaseyo!!
Peluang trip 5 hari di Korea pada musim sejuk ni sangat-sangat membuka mata hati aku untuk melihat dan menikmati dunia dari sudut yang berbeza.Maaf sebab takder pembuka bicara yang lebih manis untuk korang semua.Tup tup masuk citer pasal travel.
Bab persiapan dan kisah-kisah sepanjang perjalanan tu akan aku ceritakan kemudian.Harap korang sabar dan setia menunggu.
Lagipun aku pergi ke Korea bukan sekadar untuk jalan-jalan shopping dan makan-makan semata,tapi aku pergi menghayati,menikmati,mengangumi kekuasaan Allah SWT diatas keindahan dan keajaiban negara yang dikurniakan keistimewaan musim tertentu yang tidak ada di negara kita .
Pada dasarnya tak ada beza pun cara kehidupan orang-orang Korea dan orang Malaysia . Semua bergantung pada sikap individu tu masing-masing.Ada yang lemah lembut ada yang kasar.Tapi kalau buat perbandingan lebih bersopan-santun lagi orang-orang Malaysia kita.
Dan aku juga agak terkejut melihat keramahan orang Malaysia yang aku jumpa di Korea berbanding di negara ehem ehem.
Ada satu situasi semasa di Masjid Seoul aku hampir putus nafas,tapi alhamdulillah sebab aku dapat travel partner yang sangat caring dan perfect.
2 orang Malaysia yang berada di tempat kejadian pun hulurkan bantuan.Serius aku terharu.Sorang menghangatkan aku dengan heater sorang hulurkan aku dengan secawan air milo panas. Akhirnya aku berjaya bertenang dan bernafas dengan baik.
Kamsamhamida **tunduk tunduk
Merasa Menjadi Warga Korea Yang Sebenar
Dalam trip ni juga aku berpeluang menggunakan T-Money Card yang fungsi dia kalau kat Malaysia sama macam Touch N Go.Aku juga semakin memahami laluan-laluan train bawah tanah di Korea.Walaupun dia ada 9 line,asalkan kita tahu mana line yang patut dituju untuk keluar masuk.Semuanya akan jadi senang,sesenang menaiki pengangkutan awam di Malaysia seperti Komuter LRT MRT ERL ETS dan Train to Busan ( ok …itu aku acah mak enon jer )

t-money card yang sama macam touch n go
Trip kembara Seoul Korea Musim Sejuk dari Ayden Averroes Travel yang dibeli dari Pakej Murah Murah Kak Joyah yang aku ikuti ni memang trip terbaik,walaupun ini kali pertama aku bercuti dan berjalan keluar negara orang semasa musim sejuk,tapi pengalaman yang aku dapat tu sangat menghangatkan hati dan perasaan.
Antara sebabnya ialah,aku dapat lalui sendiri situasi harian yang warga Seoul lalui setiap hari.So kat situ dapat melihat sendiri cara dan budaya diorang.Yang baik dicontohi yang buruk jadikan pengajaran.

dasar blogger kampung jakun , dalam subway pun nak selfie….kikiki
Menggunakan pengangkutan awam seperti teksi ,bas dan keretapi sepenuhnya untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain .
Kalau nak tahu,ada beberapa tempat aku berdua dengan Hanani pergi sendiri hanya dengan menggunakan panduan yang diberikan oleh tour guide.Antaranya cara nak ke Insadong dari Gyeongbokgung,cara nak ke Namdaemun Market dari Itaewon dan dari Lotte World nak balik ke Myeongdong.InsyaAllah tak sesat walaupun kau tak pandai cakap Korea.
Nota Ringkas Trip Seoul Korea Musim Sejuk
So inilah antara nota perjalanan yang sempat aku catat sepanjang berada di Seoul , Korea . Ada masa nanti aku akan huraikan satu persatu keistimewaan tempat-tempat yang aku dah pergi.
Hari 1 ( kereta + kapal terbang )
– bertolak dari KLIA2 jam 4petang waktu Malaysia

the best travel partner ever
Hari ke-2 ( train + berjalan )
– tiba di Incheon airport ( disambut oleh oppa Lee Min Ho )

saranghae oppaaaa !!
– naik bas sewa untuk ke penginapan
– keluar dari hostel jam 9 pagi untuk melawat istana Gyeongbokgung

dah sampai ke istana Gyeongbukgong

ralit tengok pemandangan sekitar istana yang berseni dan bersejarah dengan tasik yang mula membeku
– melihat rutin pertukaran pengawal istana Gyeongbukgung yang penuh adat istiadat

sempat bergambar dengan pengawal istana Gyeongbukgong
– singgah ke Muzium Istana Negara Korea
– berjalan kaki menuju ker Insadong dan makan di Authentic Indian Cuisine & Asian Fusion

Insadong street…
– mencuba baju tradisi Korea di pusat informasi dengan harga 3000won

King Joeson…
– berjalan kaki pergi ke Hanok Village
( balik dari hanok village nilah yang aku dan mamakembar tiga sesat barat terpusing bangunan yang sama 2 kali , puncanya masih tak faham cara nak balik , tapi tah kenapa hati langsung tak ada rasa takut dan menggelabah bewok , mungkin pengalaman lepas mengajar aku )

sungai di Hanok Village pun dah beku

balik dari Hanok Village lepak tepi dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang
– singgah ke Uniqlo di Myeongdong dan berjalan di Myeongdong Street untuk aktivi window shopping secara free and easy
Hari ke 3 ( train + teksi + feri )
– seawal jam 5:30 pagi dah berkumpul untuk trip Namisan atau Nami Island
– naik subway tukar 3 stesen sampai ke Gapyeong pastu naik teksi sampai ke Nami Island yang mengambil masa 2 jam
– beli tiket dan naik feri ke Nami Island

hadiah bangun awal ….
– menjadi kumpulan pertama tiba ke Nami Island tu rupanya satu bonus yang sangat besar

with love ….
– bergambar di lokasi penggambaran drama Korea Winter Sonata yang terkenal pada tahun 2001 dan masih evergreen sehingga kini

Nami Island memang super duper lawa
– makan tengahari pankek korea dan sotong kurita di salah sebuah restaurant di Nami Island ( kat sini pun banyak restoran yang menyediakan makanan halal )
– bergerak balik stesen Gapyeong dan pergi ke Lotte World
– mencuba burger udang di Lotteria dengan harga 5600 won ( satu-satunya burger yang halal di makan )
– balik ke Namsan Hostel untuk aktiviti free and easy
– misi meninjau dan beli barang2 skin care dan mencuba makanan street food yang halal di Myeongdong seperti egg bun almoond with sunflower seed berharga 2000 won dan cheese rice cake berharga 3000won ( sebelum menyesal baik cepat-cepat balik hostel )

jangan cuba-cuba berani nak menyeberang jalan ke Myeongdong dari Namsan ,sila ikut laluan bawah tanah yang disediakan

makan panas-panas egg bun di Myeondong Street , seketul bun berharga 2000won
Hari ke 4 ( bas + jalan kaki + train )
– alhamdulillah salji tebal turun seawal jam 3 4 pagi – naik bas menuju ke Itaewon
– mendaki bukit dengan bersusah payah ke kawasan majoriti Korea muslim dimana terdapat banyak makanan halal dan satu-satunya masjid yang ada di seoul ( bas tak dapat naik ke atas kerana jalan licin disebabkan salji lebat )

berjalan mendaki ke Itaewon..semputtt weihh
– singgah makan di Makan Restaurant yang menyajikan makanan Korea yang HALAL

Makan Restaurant Korean Halal Food
– naik ke Masjid Seoul dan bersolat

satu-satunya masjid yang ada di Seoul
– pergi ke stesen 3 Itaewon untuk ke Samgakji,( waktu nilah nafas aku tak keruan,macam nak kena semput.Tapi sebab aku dapat partner travel yang sangat caring,jadi kitorang lepak tepi dulu betulkan pernafasan ) turun di Samgakji tukar line 4 dan pergi ker Hoehyon dan pergi ke exit 5 dan akan sampai ke gate 5 Namdaemun Market

exit 5 dan pandang kiri akan nampak mercu tanda gate 5 Namdaemun Market
– minta map Namdaemun Market pada pembantu pelancong yang berpakaian warna merah yang berdiri di pintu gate 5
– membeli kerongsang di floor 3 dan souveniour Korea di floor 2 ( nanti aku kongsi kat kedai mana yang memang giler oink-oink punya murah dan unni boleh berbahasa Melayu / English )
– tunggu pukul 5 petang dimana market bertingkat ditutup dan jualan tengah jalan pula dibuka

Namdaemun Street Market yang beroperasi tepat pukul 5 petang
– boleh dapatkan t-shirt i love korea 3 helai dengan harga 10000won ( tapi hanya untuk t-shirt bewarna putih dan kelabu sahaja , selain dari kaler tu diorang jual berasingan sehingga 5000won sehelai tapi masih boleh minta tawar sehingga 4000 won sehelai )
– terdapat banyak street food halal untuk dicuba di Namdaemun Market termasuklah buah-buahan yang segar dan manis-manis
– balik ke Namsan Hostel dan keluar balik untuk pergi ker Namsan Tower menaiki cable car dengan bayaran 8500won seorang

bangunan telekomunikasi tertinggi di Seoul
– menikmati panorama bandar seoul dari atas dari puncak Namsan dan disitulah terletaknya pelbagai jenis padlock love untuk digantung disekeliling pagar ( kalau tak bawak padlock sendiri boleh jer beli kat namsan tower dengan harga serendah 5000won dan keatas )

bandar Seoul dari puncak Namsan
– Namsan Tower buka pada pukul 10.00pagi dan tutup pada jam 11.00 malam
– balik hostel dan berkemas untuk persediaan pulang ke tanah air
Hari ke 5 ( jalan kaki + bas sewa + kapal terbang )
– keluar dari penginapan sewal jam 4 pagi dan naik bas sewa khas bergerak ke Incheon Airport
– sampai ke KLIA 2 jam 4 petang
Apa Kata Aku ?
Kesimpulanya,pakej ni memang berbaloi untuk apa yang dibayar,TAPI pakej ni hanya sesuai untuk orang yang tidak manja,tidak cerewet dan tidak mementingkan kesempurnaan.
Pakej yang sesuai untuk orang yang berani mencuba dan meneroka Korea hanya dengan menggunakan pengangkutan awam sama seperti warga Korea yang lain.Barulah syok sebab kita dapat tengok sendiri depan mata aktiviti diorang setiap hari baik nak pergi kerja,beriadah,melancong,shopping,makan dan bersosial.
Pakej dari Ayden Averroes Travel juga sesuai untuk orang yang tidak suka terikat dengan jadual perjalanan . Tapi jangan risau sebab Ayden Averroes ada sediakan tour leader yang berpengalaman dan sedia memberi bantuan mengenai route-route yang kita perlu ambil untuk pergi ke sesuatu lokasi.
Seriusnya aku dah dapat apa yang aku nak dengan menyertai trip kali ni.Overall aku sangat berpuas hati dan rasa nak repeat balik dengan partner yang sama,travel agency yang sama , pakej yang sama dan tour leader yang sama.
So berapa bintang yaaa nak bagi…?
Flight Service : 9/10
– walaupun hanya tiket ekonomi Air Asia tapi masih selesa
Accommodation : 10/10
– tempat yang strategik sebab berdekatan dengan subway dan tempat-tempat popular seperti Myeongdong , Insadong , Hanok Village dan Namsan Tower
Transportation : 10/10
– merasa jadi warga Korea bila menggunakan T-Money card sendiri untuk digunakan sepanjang trip menggunakan subway dan bas yang ditanggung oleh travel agency
Tour Experience: 10/10
– tak dapat nak diluahkan macamana rasanya sebab terlalu best dan wow
Service Agent : 10/10
– terima kasih pada Jaja sebab sentiasa updet perkembangan dan keselesaan kami semasa disana
Tour Leader : 10/10
– terima kasih pada tour leader Syahir yang sangat fun , penyabar dan berpengalaman serta sangat cepat berjalan . Penerangan dia semua boleh difahami,arrangement yang baik untuk pastikan semua orang sampai ke destinasi mengikut jadual dan tunjuk ajar jalan yang mudah difahami.Terutamanya trip ke Nami Island.Pada mulanya wondering kenapa nak keluar awal pagi,tapi bila dah menjadi team pertama sampai ke Nami Island pastu dapat ambik gambar puas-puas sebelum Nami Island dibanjiri pengunjung tu memang rasa heaven sangat.
Overall Trip : 10/10
– berbaloi,puas hati dan akan syorkan pada kawan-kawan dan keluarga yang nak rasa experience Korea yang sebenarnya.
Name : Saidila Abdul Rahman
Trip : Seoul , Korea ( winter )
Date : 15 – 19 Dec 2017
Lupa plak nak bagitahu,kalau korang nak rasa macam yang aku rasa korang bolehlah hubungi Ayden Averroes Travel atau Pakej Murah Murah Kak Joyah.Korang contact sendiri pastu cakap saya nak pakej yang sama macam Saidila Blogger,mana tahu leh dapat diskaun sikit ker…ahahahaha .
Last tapi tak last sebenarnya,nantikan cerita dan tips-tips dari aku untuk korang yang bercadang nak melawat ke Korea pada musim sejuk.Dan apaling penting aku nak share macamana iPhone aku boleh selamba bertahan dalam cuaca sejuk beku -16 .
Mungkin aku nak buat contest dan hadiahnya barang-barang yang aku borong masa lepak-lepak kat Korea . Arraso ?
Kerjasama Kembara @kelabbloggerbenashaari ke Korea bersama :
@Cosmoderm
@AydenAverroes_Travel
@PakejMurahMurahKakJoyah
FB : fb.com/Cosmoderm
FB : fb.com/AydenAverroesTravel
FB : fb.com/PakejMurahMurahKakJoyah
#saidiladotcom
#bloggerkampung
#kbba9
#kembarakbba9
#kelabboggerbenashaari
#cosmoderm
#aydenaverroestravel
#pakejmurahmurahkakjoyah
Terasa kesejukannya bila baca story k.dila..moga ada peluang utk Sal jejak ke korea…huhuhu…mywishlist !!
Bestnye..teringin nk pergi korea
Ok jeles! Hehehe
tak sabar nak baca sambungan.. best yer tengok gambar2 kat korea. doakan huda sampai sana juga nanti
Wahhh puas hati betul ngan travel agent ni yer… bila laa nak sampai korea. Abam kita anti kpop.. hahah tah apa apa kan
Huwarghhh rindu! Jom repeat kak long…
Paling penting…nak tau macam mana iphone boleh bertahan dlm cuaca sejuk beku 😀
Bestnya… siap pakai full set baju tradisi tu dah serupa macam wang (king) hehehe…
Alaaaa.. rasa nak pergi Korea mcm ni..
Hehe..bestnya kak longgg
Seronoknya, jeles ai tau! Moga ai dapat jugak rasa pengalaman ni suatu masa nanti.
suka kalau pergi trip yg xterikat sangat and yes! teringin nak rasa macam orang setempat rasa kalau pergi ke negara luar
rezeki akk dapt pergi korea..musim sejuk pulak tu..bestnya
Hi kak nak tanya T money tu harga berapa ya?and boleh beli kat mana?
t-money boleh beli dekat kiosk di subway dan topap dimana-mana kedai serbaneka seperti gs25…harga kurang pasti cuma saya andaikan ianya sama macam kita beli kad touch n go di malaysia
i pun plan nak pergi winter tapi ada baby kecik..sesuai tak u rasa bawak baby less than 1 years old?
intan recently posted…Medium Jual Shaklee-Apa Pilihan Anda?
ok jer …no problem…janji buat persiapan rapi sebaiknya….insyaAllah semua akan ok
tq for sharing…sangat membantu saya rancang perjalanan
happy travelling
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.
Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.
Salam perkenalan dari kami Team Naracards.