Walaupun sebenarnya aku suri rumah sepenuh masa tapi bila time datang aku punya sibuk + malas , mau kalah orang yang kerja office .

Kalau tak memang aku lebih suka memerap kat rumah . Sebab kerja kat rumah adalah kerja yang tak pernah-pernah habis .

Dek kerana tahap malas aku tu kadang melebihi KPI , mulalah bila nak masak barang itu takder barang ini takder .  Nak-nak sekarang dd tengah tak sihat . So tanggungjawab beli barang dapur semua terletak atas bahu aku .

Mana nak jaga dd kat hospital , mana nak urus anak-anak , mana nak cek bahan-bahan masak kat dapur lagi . Tak cukup rehat pun yer sejak dd jatuh sakit . Sungguh aku sedang diuji , alhamdulillah aku OK .

Apa Itu #HonestBee

Korang tau tak atau pernah dengar tak pasal #honestbeemy ? tak pernah..? ehhh samalah kita …hahahaha . Al-kisahnya one day aku ternampak dan terbaca kat blog mama kembar tiga pasal “honest bee”

Nak tau kenalah baca sampai habis dan sapa yang berjaya baca sampai habis akan jumpa sesuatu offer menarik untuk di nikmati .

Ok , itulah yang curious nak tahu apa dia honest bee tu ? dah baca dah tanya baru aku tahu yang Honest Bee ni macam satu platform yang menyediakan perkhidmatan untuk membeli barang keperluan di dapur secara online termasuklah penghantaran sampai depan pintu rumah atau office .

Download apps honest bee di play store ( android ) atau apps store ( ios ) dan mulakan shopping .

Bukan setakat barang-barang dapur jer , barang perhiasan , jus dari kiosk terkenal macam La Juiceria pun diorang boleh belikan . Kira macam personal shopper’lah .

Aku tanya kat mama kembar tiga macam-macam , ok tak ? best tak ? senang tak ? cepat tak ? dan murah tak ?

Standard’lah kan tipikal soalan mak-mak memang gitu . Bagi aku selagi ianya mudah dan berbaloi memang ok jer . Lagipun dengan cara camni secara tak langsung kita boleh kawal perbelanjaan kita . Kecuali kau tu memang pemboros …hahahaha

Berbanding kalau kau tolak troli kat pasaraya , ambik punya ambik kat kaunter baru tahu bil . Pastu ternganga nak bayar dan tertanya aku ambik barang apa ? kan kan kan …elehhh stended lerrr tuuu

Pengalaman “honest” Aku Bersama Honest Bee

Ok stop cerita troli , sekarang aku nak kongsi secara honest dengan korang pengalaman aku menggunakan perkhidmatan honest bee .

One word “bestnyaaaaaa!!!!!! **kalaulah korang boleh tengok camner muka teruja aku kan bagus .

Mudah sangat , tinggal scroll dan klik klik jer barang yang kau nak pastu set date dan time untuk penghantaran . Waktu nak shopping pun anytime .

tak semestinya shopping hari tu nak hari tu jugak , aku minta diorang delivery hari rabu jer

Pilihan bayaran pulak boleh pilih untuk bayar pakai kad ataupun cash .

Free delivery untuk pembelian berjumlah Rm100 dan ke atas . Service charge pulak sangat-sangat murah .

murahnya service charge….memang jimat banyak

Serius beb , banyak kau boleh jimat kalau pandai pilih barang kat 26 kedai yang HonestBee sediakan .

Replacements 

Let say barang yang kau order tu habis , personal shopper akan hubungi kita untuk buat replacement order . Samada yang sama harga atau lebih harga atau tukar ke jenama yang lain .

aku pilih baki bayaran secara cash dan minta delivery call sebelum datang nak hantar

barang yang aku order takder so shopper whatsapp aku untuk replacement

Kalau kau nak-nak jugak brand tu tapi takder , kau boleh batalkan sahaja replacement tu . Tiada masaalah .

B.I.G Ramadhan Sales

Sementara kita masih berada dibulan Ramadhan ni , aku sangat syorkan korang beli barang kat sini sebab harga memang tengah murah . Ini direct link’nya : B.I.G. Ramadhan Fair & Baking 

Biasa harga sardin Ayam Brand kat pasaran ada yang cecah sehingga Rm8 setin . Bila aku tengok sardin Ayam Brand kat kedai B.I.G murah , 5 tin terus aku ambik . Termasuklah santan kotak , spaghetti dan macam-macam lagi .

pulun beli sardin ayam brand yang tengah murah

Manalah tahu tetiba tergerak hati nak buat biskut ker apa , tapi malas nak keluar . Makanya Honest Bee adalah cara dan pilihan yang terbaik . Semua bahan dari buat biskut dan kek pun ada dijual .

Diskaun Rm20 Sehingga 30 Jun

Sebagai penghargaan sebab korang baca entry ni sampai habis , ni aku nak belanja korang KOD DISKAUN bernilai Rm20 , bila korang spend kat Honest Bee sebanyak Rm100 buat pertama kali .

Korang cuma perlu masuk ker : honestbeemy

Pilih produk : dari 26 store yang disediakan

Masukkan kod promo : HBSPECIAL ( hanya untuk grocery dan food sahaja )

RM20 off with minima spend of RM100 . Valid till 30th June 2017 . One time use only . For first time users only ( Terms & Conditions apply)

Tentukan pembayaran : secara kad kredit atau tunai ( cod )

Pilih Waktu Dan Masa Penghantaran : andai kawasan korang tiada dalam coveraga honest bee , sila hubungi honestbee untuk pilihan alamat atau check point tertentu .

Selain di Malaysia , Honest Bee juga ada di Singapura , Hong Kong , Taiwan , Indonesia , Jepun , Filipina dan Thailand .

Tadaaaaa !!!! inilah dia , hasil dari shopping online di honestbeemy .

Semoga selamat memilih dan bijak berbelanja dengan honestbeemy .**smile 

2021