Sedar tak sedar…rupanya dah masuk setahun abah pulang ke maha pencipta….tapi wajah abah kelibat abah masih aku ternampak dimana-mana sahaja…setiap kali itu juga hati aku bagai dihimpap perasaan sesak dan senak…mengunjungi pusara abah jumaat yg lalu…baru aku sedar baru aku terima yg abah telah pergi buat selamanya…hanya kenangan ingatan serta kasihnya masih kuat bersemi dalam lubuk hati ini…tak pernah aku tak rasa sedih dan mengalirkan air mata bila terkenangkan abah…teringat jer aku sedih…tersebut jer aku pilu…terbayang jer aku nangis…
Aku tahu..abah sedang damai dan tenang disana…itu aku boleh pastikan…sebab aku tak pernah jemu meminta dam memohon doa supaya Allah akan merahmati dan menjauhkan abah dari segala fitnah kubur…aku meminta dengan bersungguh supaya Allah akan membalas setiap kasih abah pada aku ( si anak yatim piatu ) dengan sejuta kasih sayang’Nya terhadap abah….dengan yakin aku harap Allah tidak akan menyuruh malaikat2 menyakiti roh abah….setiap kali aku terfikirkan abah setiapkali itu aku mohon dan bermohon agar Allah mengasihani abah sehingga dihari akhirat kelak…
” Abah….
setahun sudah pun berlalu
hati ini sering terkenang akan dirimu
sayu dan pilu sering juga datang bertamu
setiap kali aku teringat akan dirimu
Abah…
kasih mu padaku amat bermakna
membuatkan aku jadi lupa pada derita lama
perhatian mu padaku juga tak pernah berbelah
adanya dirimu buat aku rasa kasihnya seorang ayah
Abah…
damai dan tenanglah rohmu dialam sana
doa dan fatihah sentiasa kukirim sebagai gantinya
andai nanti sudah tiba masanya
aku juga akan dipanggil kembali menghadap pada’Nya
adam ikut solat jenazah untuk arwah atuk tersayang
adam menyiram air mawar atas pusara atuk



adam yg kebingungan ….adam yg masih tidak mengerti


Categorized in: