Jujur katalah yer gais, kalau aku yang dulu, program atau seminar-seminar yang melibatkan ilmu bisnes macam ni memang aku akan jauhi. Sebabnya aku rasa ianya tak perlu pun. Bagi aku kalau kau nak bisnes cukup setakat kau suka nak berbisnes lepas tu kau ada produk untuk dijual, ada sedikit modal untuk rolling, pastu tahu buat kira-kira sikit dan last sekali rajin. Bagi aku asal kaua ada kriteria tu semua dah cukup.

Selebihnya berserah pada rezeki yang telah ditetapkan. Ada rezeki dapat lebih yer bagus, kalau tak bersyukur sahaja dengan apa yang ada.
Sedang dalam pepatah ada mengatakan “kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..”. Maksudnya kat situ kalau kau tak berusaha macamana kau nak dapat hasilnya.
No wonder aku punya bisnes selalu kurang berjaya. Sebab kurang ilmu dan tak nak pulak pergi belajar. Nak berniaga semua orang boleh berniaga tapi nak kekal dan untuk nak ke next level tu memang payah kalau tiada ilmu pemasaran yang betul apatah lagi kini semuanya kena bergerak pantas seiring perubahan zaman.
Sebab itu kita kena belajar dan mencontohi Mak Limah. Dan ini kisahnya.

Kiranya Mak Limah sebelum ni dia pun bekerja juga. Disebabkan pandemik Mak Limah terpaksa berhenti kerja. Sumber pendapatan pun mula hilang. Kemudian Mak Limah pi join kawan dia berniaga jual produk secara kecil-kecilan. Tanpa ilmu perniagaan dan pemasaran yang betul Mak Limah cuma dapat untung biasa-biasa. Sampailah dia pergi belajar Zero Kos Marketing dengan RichWorks barulah Mak Limah nampak hala tuju bisnes’nya. Lama kelamaan bisnes Mak Limah semakin dikenali dan berjaya. Bila dah berjaya time raya apa lagi , Mak Limah Raya Sakan’lah.
Begitu juga dalam dunia bisnes, bukan asal boleh dan buat hanya bersandarkan suka dan minat sahaja, tetapi mesti kena ada ilmu. Dan ilmu itu bukan ada satu tapi sangat subjektif kerana ia terlalu banyak dan sangat meluas. Selepas berilmu barulah bisnes boleh bertahan dan maju ke hadapan seiring masa dan zaman.
Dan janganlah kita tergolong menjadi orang-orang yang sombong. Jangan sebab kita rasa kita punya latar belakang lebih bagus maka kita menolak mentah-mentah ilmu dan pendapat orang lain kepada diri kita.
Kini Jenama Mereka Semakin Dikenali
Semasa aku membelek-belek buku Kisah Inspirasi terjumpa pula dengan kisah 2 jenama yang cukup popular di waktu ini iaitu Butik Sellection dan Kedai Emas Hajjah Halijah. Rupanya mereka juga mengikuti program pemasaran bersama RichWorks. Terkagum kejap aku dibuatnya.
Mereka berjaya kini kerana mereka bersedia untuk dibantu dan segera mencari jalan menyelesaikan masalah pemasaran perniagaan mereka bersama dengan team RichWorks.
RichWorks Bukan Sekadar Mengajar Ilmu Pemasaran
Walaupun pada hari tersebut aku hanya menghadiri seminar pelancarannya sahaja, tapi entah kenapa hari tu aku rasa banyak pulak input positif yang aku dapat.
Mendengar kisah dan pengalaman susah payah mereka yang terpaksa berhenti kerja dan mengubah produk perniagaan sedia ada cukup menyesakkan nafas sebab aku boleh faham bertapa susahnya jika ingin memulakan kembali sesuatu perniagaan yang sangat-sangat baru dan kurang pengalaman pula.

Paling terharu bila mendengar kisah seorang wedding planner yang berjaya tapi disebabkan pandemik mereka terpaksa buat perniagaan supaya pekerja-pekerja yang sedia ada boleh terus bekerja. Haa nampak tak ? Bukanlah semua orang saja-saja nak beralih perniagaan disebabkan diri mereka sendiri tapi mereka ubah demi tanggungjawab kepada pekerja-pekerja mereka dan juga orang lain.
Lain perniagaan lainlah lah pula caranya. Sebab itu mereka datang ke RichWorks untuk belajar dan menuntut ilmu pemasaran yang betul sesuai dengan perniagaan yang mereka lakukan.
Aku sifatkan mereka sangat bersungguh dan serius terhadap apa yang mereka lakukan
RichWorks Akan Terus Berusaha Membantu Usahawan PKS
Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya menghadapi masalah yang dihadapi ramai usahawan dan PKS yang mencari jalan untuk urusan bisnes yang dilakukan supaya dapat bertahan. “Justeru itu, kami membawakan program Zero Kos Marketing (ZKM) – Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya memfokuskan soal pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes dapat terus bertahan terus berkembang menjadi lebih tinggi dengan ilmu pemasaran yang tepat. Melalui panduan ilmu pemasaran tanpa kos yang kami bawakan secara percuma pada hujung bulan ini pada 28 hingga 30 Mei nanti diharap dapat membantu dan digunakan khas pengguna di negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

RichWorks julung kalinya meraikan usahawan dan wakil persatuan PKS bersama media sempena pelancaran program ZKM bagi terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping mengetahui dengan lebih mendalam isu atau masalah yang sedang dihadapi.
RichWorks yang begitu dekat dengan PKS sejak 2008 telah membimbing lebih 1.1 juta orang dengan 400,000 orang dilatih secara kompilasi maya sejak bermulanya pandemik pada tahun lalu .
RichWorks Mencari Usahawan Untuk Ditaja Dalam Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama
Sekalung tahniah kepada pemenang Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama iaitu Puan Erdayu Rosli yang merupakan ejen Chocodaps. Beliau akan mendapat tajaan permentoran Spire selama 12 bulan yang berharga RM25,000 secara PERCUMA.

Mereka masih mencari 9 orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti bisnes telah dijalankan selama 3 tahun dan lain-lain lagi. So gais tunggu apa lagi. Mungkin korang yang dicari oleh mereka.

So gais jangan lupa untuk sertai program Zero Kos Marketing (ZKM) Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya pada 28-30 Mei 2021 kerana ianya PERCUMA !
Daftar di www.BinaBisnesBerjaya.com
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya, boleh layari : www.BinaBisnesBerjaya.com
Tentang RichWorks
Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat melalui Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar secara langsung dan dalam talian (maya dalam talian).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi usaha dan bimbingan program, RichWorks berjaya membantu beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan hasil dan penyelesaian yang digunakan di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Tentang Datuk Wira Azizan Osman
Jurulatih Perniagaan, Pemasaran & Kepimpinan Terakreditasi, Mentor & Pakar Strategi, Pengusaha Bersiri & Pengarang Paling laris.
Dia seorang Pelatih Perniagaan Kelas Dunia dan Pelatih Perniagaan, Pemasaran & Kepemimpinan No 1 di Asia yang terkenal dengan kemampuan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah menggunakan strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah penjualan berjuta-juta ringgit.
Antara Usahawan PKS Yang Mendapatkan Bimbingan Bersama RichWorks International :
Puan Suraya Abdul Halim – Grannies (F&B-Nasi Dagang Premium)
- Bekas banker.
- Nekad berhenti kerja dan beniaga nasi dagang kerana tak nak kerja sampai pencen.
- Dahulu dikenali sebagai Nasi Dagang Mok Yah. la diambil daripada nama panggilan ibu Puan Suraya- Mok Yah’ malah resepi nasi dagang dibuat pun daripada ibunya iaitu nenek Puan Suraya.
- Branding bertukar kepada Grannies’.
- Mula hanya rumah. (Persediaan barang, memasak dan pembungkusan).
- Dulu hanya usahakan bisnes bersama suami dan kini sudah mempunyai 11 orang dalam team.
- Alhamdulillah beliau berjaya ganti income yang hilang malah lebih lagi, yang paling membanggakan kini mampu berikan 4 angka kepada kedua ibu bapa beliaul


Puan Nurul Aini – Shimah Boutique ( Fesyen- Pakaian Muslimah)
- Mewarisi bisnes ibunya pada 2016, Puan Norhasimah Ismail yang diusahakan sejak 1995.
- Banyak perkara perlu dibuat dan uruskan terutama hutang yang perlu dilunaskan. Apatah lagi bila pandemik COVID-19 merebak, cabaran diharungi bertambah besar.
- Banyak langgar dinding yang memberi kesan kepada dirinya hingga hari ini malah tak ada perancangan bagi setiap keluaran barunya.
- Bisnes yang dulunya menumpukan kepada offline sekitar 80% diubah kepada 80% online ketika PKP.
- Mereka telah masuk ke Go Shop disamping menawarkan peluang bisnes melalui dropship.

Tuan Muhamad Nazrul Nazaruddin – Bajanas (Agroculture)
- Bekas wedding planner.
- Seorang wedding planner yang berjaya dengan jualan jutaan ringgit namun pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu benar-benar memberikan kesan kepadanya.
- Ekoran tidak dapat beroperasi berbulan-bulan sejak 18 Mac 2020, beliau tiada pendapatan hinggakan duit deposit pelanggan perlu dipulangkan hinggakan habis duit simpanannya.
- Beliau mengutip sampah setiap malam untuk dijadikan baja.
- Kini Bajanas yang diusahakan sudah nampak hasilnya dengan kepakaran dalam membantu manusia untuk jimat belanja dan jana pendapatan dengan merawat alam semula jadi tanpa bahan kimia.

Dalilah – (Wedding Planner)
- Lepasan graduan dalam jurusan Accounting and Finance dari UK.
- Bisnes diambil alih daripada mertua.
- Alami masalah kos operasi yang lebih tinggi daripada jualan.
- Kelas pertama beliau hadir adalah Zero Kos Marketing yang diadakan pada April 2018.
- Selepas join Richworks, lagi expand mindset saya untuk capai kejayaan demi kejayaan.
- Mindset berubah 360, Lebih positif, tenang dan lebih banyak memandang kearah peluang dan jalan.
- Lebih fokus kepada bina bisnes bukan sekadar jual bell sahaja.
- Bisnes bukan untuk pencapaian diri sendiri tetapi untuk team dan banyak bantu selesaikan masalah orang.
- Duit baru nampak, akaun semakin cantik dan bank semakin yakin untuk bagi facilities.
- Baru-baru ini approve untuk beli Mercedes (101 impian yang ditulis semasa Last IMKK 2018).
- Lebih clear dalam merancang hala tuju business goals dan personal goals 5 – 10 tahun akan datang.
- Lebih istiqamah dalam buat perkara-perkara yang bermanfaat untuk target saham akhirat.

Bagusnya program macam ni. Dah baca baru tahu. Usahawan patut rebut peluang yang ada supaya bisnes lebih dikenali.
Menuntut ilmu tak pernah ada salahnya. Nak buat sesuatu semunya kena ada ilmu. Seminar marketing kak Ti yang pertama pun bermula dengan Richworks tahun 2012 kalau tak silap. Rugi siapa yangvtak ambik peluang ni utk belajar ilmu marketing..
Glad that we can learn marketing without actually spending a fortune. Gotta thanks the organizer for willing to do this virtually.
Tekkaus recently posted…Dyson Supersonic Hair Dryer For Mother’s Day Gift
Zero cost Makwrting attract my attention. But never give up a business easily. Is never to late to learn the Makwrting skill. Thanks for sharing.
Dulu-dulu ada mindset macam tu juga macam kenapa nak kena pergi kursus nih semua kan? Tapi percaya lah bila sekali dah pergi tuh macam-macam ilmu yang boleh kita dapat. terbuka minda dengan jumpa biz circle yang betul.
Baguslah siapa yang nak mula business ni engikuti richwork vitual online ni, boleh meningkatkan kefahaman dalam ilmu perniagaan, Nanti saya kongsikan info ini pada kawan-kawan sejak PKP ni ramai yang buat business sebagai pendapatan sampingan secara tak langgung membantu mereka yang malas nak keluar rumah just shopping online jer
Betul tu. Nak buat apa sahaja pun, kenalah mencari guru yang betul, mahir dan pakar. Jangan sebarangan sebab nanti hasil tak ke mana kan. Rawlins pun rasa nak mencari peluang belajar sini kelak, insyaAllah.
Rawlins GLAM recently posted…The Virtuoso [Movie Review]
Ramai yang join bengkel Richworks ni berjaya dalam bidang masing masing kan. Ilmu yang dikongsikan oleh DDr Azizan betul betul dipraktikkan oleh peserta bengkel.
apa pun yang kita nak buat , ilmu tu sangatlah penting. especially nak berniaga ni, kita rasa macam simple bila dah join seminar camni baru tau banyak yang kita kena belajar
menuntut ilmu tu penting, nak buat apa-apa kena ada mentor utk guide. Bagus program richworks ni. kawan saya pun ramai yg join.
Ruginya tak dapat join sama mendengar.. kalau tak PKP dah pergi dah.. suka pergi event motivasi gini, tak kisah laa kita ni niaga ke tak, janji sedut je ilmu mereka bebanyak kannn…
Sis Lin recently posted…HARI KEDUA PULUH LIMA BERBUKA PUASA AKU TAKEAWAY NASI BIRYANI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL
Wahhh beruntung akak dapat join event masa PKPB. Richworks program semua saya join secara digital aje. Itu pun dah seronok. Kalau pergi event, lagi best. Semangat yang mereka beri tu. Kita auto rasa boleh boleh boleh. All the best utk ilmu yang telah digali. Hehe.
Ruby recently posted…Pengalaman Khatam Quran Menggunakan Aplikasi Muslim Pro.
bagus bila ada bengkel mcm ni yg boleh membantu peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka
Bagus program macam ni dapat guide golongan terkesan yang baru nk mula berniaga.
sape yg minat berniaga ni memang sesuai la sertai kelas Zero Kos Marketing (ZKM) Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya ni..
ienaeliena recently posted…Koolit Cooling Moisturiser Mampu atasi Kulit Kering Dan Gatal
Menariknya siap ada peraduan mencapai Sejuta yang pertama… can’t wait to join this untuk gain knowledge dalam marketing la..
perasan juga ramai kawan-kawan yang join. semoga artikel ini bermanfaat buat ramai usahawan dan pengguna di luar sana, btw nak minta maaf sebab baru komen sebab ada malware issue.
[…] dijadikan rezeki masa aku pergi program RichWorks aku dapat sebungkus Nasi Dagang. First impresion pun dah menarik mata dan hati aku sebab packaging […]