Asalamualaikum , hai korang ! ni nak bagitahu , kalau korang ada adik , anak , anak saudara yang berumur dari 4 hingga 12 tahun . Aku cadangkan korang bawak diorang sertai satu larian lebih kurang macam marathon yang dipanggil Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba , Bukit Nenas Forest Reserved .
Apa Itu Kids Eco Dash ?
Aku pun baru tahu jugak , tapi memang menariklah program ni . Kalau aku tak bizi memang nak sangat bawak anak-anak aku sertai aktiviti sihat seperti ini . Tapi sayang aku ada program keluarga yang tak dapat nak dielakkan . Family first gituuuu .
So kalau korang ada masa korang sertai sekali ok .
Untuk pengetahuan program Kids Eco Dash ni hanya untuk keseronokan KANAK-KANAK SAHAJA yang disokong penuh oleh NBOS dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia untuk menggalakkan kanak-kanak beriadah , melakukan aktiviti luar rumah dan menghargai alam sekitar .
Anak-anak juga akan dapat merasai dan melalui sendiri pengalaman dan cabaran seperti perlumbaan orang dewasa sehingga ke garisan penamat .

sumber
Perlumbaan terbahagi kepada 3 bahagian kumpulan mengikut kategori umur .
Caterpillar : untuk 4 – 6 tahun
Rabbit : untuk 7 – 9 tahun
Tiger : untuk 10 – 12 tahun
Yuran Pendaftaran : Rm35
Pendaftaran hanya tinggal berbaki 3 hari saja lagi , so baik korang cepat-cepat buat keputusan dan daftar segera sebelum tutup .
Pautan Pendaftaran : Pendaftaran Kids Eco Dash
Untuk sebarang updet dan pengumuman korang boleh ikuti di facebook : Kids Eco Dash
Setiap pendaftaran yang berjaya jangan lupa untuk collect Kit Race pada 27 Oktober 2017 bertempat di Matic Jalan Ampang mulai pukul 11.00pagi hingga 10.00malam
Daftar Sebagai Sukarelawan
Korang juga sebagai ibubapa boleh mendaftarkan diri sebagi sukarelawan dan t-shirt percuma akan diberikan .
Nota :
Sedikit tips untuk ibubapa
- bawa air extra dalam botol
- pakaikan anak dengan krim pelindung matahari
- bawa baju gantian untuk ditukar selepas perlumbaan untuk keselesaan anak
Aku doakan semoga yang terlibat dalam program ini akan berjaya , kalah menang tu tak penting yang penting adalah penyertaan . Fighting !!!
Menarik program macam ni…!!
Pasti meriah ni yahuuuu jom
bestnya..tapi tde anak lg..
sian iman tak dpt join.. ada football training
Menarik.. kalau dekat kita dah daftar anak2 dah long..tapi jauh ..
Best juga dapat join aktiviti kekeluargaan macam ni..
Erkk.. kalau dapat jadi sukarelawan lagi best.. boleh dapat T-shirt percuma..
anuar recently posted…Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Bagus aktiviti mcm ni, selain keseronokan untuk kanak2, mereka boleh belajar untuk hargai alam sekitar 🙂
meriah eko kids dash ni , nak sangat saya join but my daughter baru je umur 3 tahun, tak dpt nak join. huhu