Asal naik tengah malam mulalah perut pun nak ber’panama dance . Bila dah jadi camtu aku juga yang serba salah nak makan ker tak ? nak makan ker tak ? kejap-kejap terpikir nasi dan baki-baki lauk yang masih ada . Kejap-kejap ada rasa macam nak burger khawin . ( burger kapit daging ngan ayam )

Dalam tengah membasuh pinggan tu otak kiri kanan tengah aku semua sama pikir apa yang aku patut buat .

Tak tahu otak yang mana suh makan nasi , otak mana yang suh makan burger otak mana yang suh pergi tidur terus dan otak mana yang suh diet . ( berapa banyak otak daaa )

Dan paling tak menahan otak mana yang suh aku bancuh Lazz Susu Kambing .

Sedar-sedar habis semua periuk kuali aku siap cuci dan aku ambik keputusan ikut kata otak yang masih tak dikenal pasti.

Aku bancuh Lazz Susu Kambing Asli 1 sudu dan Lazz Kurma 2 sudu buat dalam mug besar.

Kalau aku pilih makan nasi atau burger nanti aku kena tunggu 4 jam lagi untuk tidur sedangkan jam sekarang dah masuk pukul 12 tengah malam . Cukuplah semalam aku tak tidur akibat minum kopi . Menyesal sungguh !

Kawan aku ada kata , nak mudah tidur minum segelas susu suam .

Dek kerana aku nak masuk tidur cepat plus nak bagi perut kenyang dengan cara yang selamat dan sihat so cukuplah aku bancuh 1 mug Lazz Susu Kambing Asli + Lazz Kurma .

So perut …ko ok tak ? ehhh sonyap pulak dia . Kenyang ler tuuu .

Ok ebelibodi …good night ….

1 ekor kambing

2 ekor kambing

3 ekor kambing

4 ekor kambing

5 ekor kambinggg

6 kotak susu kambing

7 susu kambing asli

8 susu kambing kurma

9 susu kambing

10 lazz susu kambing

….zzzzzz….

Categorized in: