Kali ni aku kena serangan elergik memang tak ada ampun punya, dia serang aku kaw-kaw macam tak boleh tunggu esok-esok dah.
Hai gais , entry kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal peyakit elergik yang menyerang aku hampir seminggu lamanya. Sampai aku sendiri tak tahu aku elergik dengan makanan yang mana. Ayam ker ? udang ker ? belacan ker ? tepung ker ? kacang ker ? kerang ker ?

Serangan Elergik Dari Yang Mana Pun Aku Tak Tahu
Bila doktor tanya aku cuma kata “entahlah doktor saya pun dah tak tahu dengan makanan mana saya elergik balik“. Nasib dapat doktor perempuan yang baik, peramah, memahami maslah dan pantas buat keputusan yang tepat. Jadi bolehlah aku selak seluar tunjuk punggung untuk dilihat dan dicucuk oleh doktor.
Pernah sekali tu aku elergik dengan ayam selama setahun. Lepas tu aku tak boleh makan kacang, yang seafood tu memang dari dulu lagi. Tapi dengan ikan-ikan aku ok cuma sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan tu yang tak berapa nak bagi kerjasama.
Tapi sesekali teringin jugak nak makan. Memang akan ada serangan elergik atau side effect dia tapi biasanya aku buat derk jer sebab abis kuat pun nanti gatal-gatal dan bengkak sikit-sikit.
Lepas 2 ker 3 hari okay jer balik walaupun tak makan ubat elergik Cetirizine/Simtec/Zrytec dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Nasib sekarang dah ada option makanan sihat yang bebas dari macam-macam alahan.
Shot Streroid Atau Pil Bila Kena Serangan Elergik
Lepas doktor tengok keadaan aku yang agak teruk doktor sarankan aku ambik shot steroid. Sebab aku dah 3 hari ambil pil elergik langsung gatal dan bengkak tak surut, surut sekejap jet pastu jadi balik plus makin teruk adalah. Aku kata “on jerlah doktor sebab saya ada trip pada 2/2/2022 , kalau boleh bagi saya shot yang paling power dan boleh cepat baik”

Tapi aku tahu steroid tu asbabnya sahaja, tanpa izin Allah untuk sembuh bagi steroid 1 kapal pun tak jadi apa. Lepas kena cucuk doktor bekalkan aku dengan pil Chloramine dan ubat sapu.
Last aku ambik steroid masa tahun 2007 rasanya sebab masa tu aku kena serangan Bell Palsy. Sekali telan 8 biji tau. Terus rasa diri macam penagih dadah berlesen. Ehehehe
Kiranya dah bertahun tahun jugak aku dah tak ambil ubat streroid lagi-lagi untuk untuk elergik, tapi kali ni aku tewas. Dan lebih menjengkelkan diri aku sendiri ialah selama ini aku tak pernah ambik tahu langsung tentang kesan sampingan steroid. Tapi entah kenapa kali ni aku gatal-gatal jari pergi buat carian tentang kesan sampingan shot steroid untuk elergik.
Kemurungan kejap lepas baca. Haihh !
Kesan Sampingan Jangka Pendek Dari Shot Steroid
Kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengambilan shot steroid termasuk:
- Selera makan meningkat – ok yang ini aku boleh katakan ia jugak sebab lepas ambik shot steroid pukul 6:30 petang aku makan mee goreng mamak, pastu terus tertidur sampai pukul 10:30pm. Bangun jer tidur aku mintak Didi belikan kueteow kungfu sebab lapar. Lepas tu pukul 12:10pm aku ambik ubat dan terus tak boleh tidur sampai sekarang pukul 5:00am dan aku rasa lapar sangat.
- Kesukaran tidur (insomnia) – sedang alami balik selepas beberapa bulan aku boleh tidur malam
- Perubahan dalam mood dan tingkah laku – ini belum lagi tapi pasti akan ada
- Wajah jadi kemerahan- tak nampak lagi sebab gelap
- Kenaikan berat badan jangka pendek disebabkan peningkatan daya tahan air – huihhh kena rajin skipping camni
Ini pendapat tambahan peribadi aku , aku rasa sejak lepas kena cucuk steroid aku jadi cepat haus, tekak ni rasa kering jer. Mungkin lain orang lain kesan sampingannya.
Apa Perlu Buat Jika Terkena Alahan
Ini pula maklumat ringkas apa yang perlu dilakukan jika korang diserang alahan. Rujukan sumber dari SINI

Sometimes aku rasa macam apakah ini petanda aku semakin menghampiri dengan kematian ?
Semua orang akan mati cumanya tak tahu bila ? dimana ? dan bagaimana . Aku cuma harap kematian aku adalah sebaik baik kematian (khusnul khotimah) walaupun sedar diri ini terlalu banyak dosa dan amalan serta bekalan akhirat pun masih tak cukup.
Tapi inilah hakikat sebenarnya sebuah kehidupan didunia yang hanya bersifat sementara. Ok gais cukup sampai disini sahaja perkongsian aku semoga ada yang bermanfaat.
[…] entry Serangan Elergik nih semua markah SEO dapat good […]
[…] Baca : Serangan Elergik Kali Ini Lebih Teruk Lagi […]