Korang suka kari kepala ikan ? asam pedas jenahak ? masak lomak cili api daging salai ? sotong bakar ? buttermilk prawn ? cekodok ikan bilis ? atau oden ala Family Mart ? 

Haaa kat Utan Cafe & Range Sepang ni semua ada dehh ! pendek kata dari masakan mak2 kita kat rumah , western pun ada dan ala2 street food pun ada. 

Seriusnya aku sendiri baru tahu pasal tempat nih sebab Ben Ashaari yang promote. Biasa nampak jer signboard bertulis Restoran tu dari tepi jalan tapi tak terpikir nak singgah sebab tak tahu apa yang ada. 

Signboard bertulis RESTORAN dari tepi jalan
jalan masuk menuju Restoran Utan Cafe & Range

Walaupun tepi jalan tapi nak parking senang , turun jer ke bawah ikut jalan masuk kat Singboard RESTORAN. 

Ruang makan pun banyak kalau datang dengan family atau kawan-kawan. If nak buat majlis kat sini macam candlelight dinner untuk anniversary atau birthday parti pun ok sangat. 

ruang makan yang luas dan selesa

Now dah tahu memang aku rasa akan selalu mai lah. Banyak sangat pilihan menu sampai aku rasa paling tidak seminggu sekali kena datang dan cuba satu persatu menu yang ada. 

SIGNATURE DISH UTAN CAFE & RANGE

Bila aku berpeluang merasai killer menu kat situ iaitu Kari Kepala Ikan dia , dan-dan jer aku terus rasa terjatuh hati dan terjatuh cinta dengan Restoran Utan Cafe & Range. 

Kari Kepala Ikan Nalarekek

Rasa kari dia memang nalarekek punya mabeles, lepas ko dah habis menyekik kepala ikan cuba pastu ko order cekodok bawang. Pastu ko cicah cekodok bawang yang panas-panas tu dengan belen kuah kari yang ada. 

Adududududu enak banget lorhhh, harum semerbak sungguh bau karinya dan rasanya jangan cakaplah memang rasa kari yang power. (tengah tulis ni pun dah banyak kali aku telan air liur sebab teringat-ingat…)

Selain dari Kari Kepala Ikan , menu lain yang aku sempat cuba ialah Asam Pedas Ikan Jenahak , Sotong Negro , Ayam Goreng Kampung yang akan datang bersama dengan 3 jenis sambal seperti budu , sambal belacan dan tempoyak. Tak lupa juga ulam-ulam beserta gereh pun ada dihidang sama. 

Buttermilk Prawn
Ayam Kampung Goreng
ada budu , tempoyak , belacan , ikan masin jeruk dan ulam2

Pendek kata kat sini cukup lengkap untuk makan menu style kampung macam masa mak kita ada dulu-dulu. 

Sotong Negro dengan air asam mabeles
Daging Salai Masak Lomak Cili Api powerrrrrr !!!

PILIHAN SET MENU BUJANG & DARA ATAU SET MENU MUASSASAH

Kat sini kalau korang tak nak makan style ala carte yang order seketul-seketul , korang boleh juga order ikut set.

Jika korang berdua boleh jer order set Uda & Dara sebab itu set untuk 2 orang makan. 

Pakej Bujang & Dara 

Jika korang datang dengan keluarga agak besar , korang boleh tunjuk jer set Muasasah. So tak payah dah pening nak pilih-pilih , sebab kalau pilih sendiri akan jadi sorang nak order itu sorang nak order ini.

Pakej Muassasah untuk family

Sudahnya gaduh. (aku tahu sebab aku ada pengalaman dengan anak2 kat kedai makan diorang mesti nak gaduh dulu baru dapat makan dengan aman…herherher)

AIR AISKRIM WAJIB CUBA 

Tahu tak yang kat sini ada satu air yang mengimbau zaman kanak2 kita. Rasa air dia macam aiskrim Solero. Tapi kat sini air tu diberi nama Jus Mintak Dimadu. 

Dengar jer bab madu kemahen haaa laki aku mengordernya pastu minum sorang tak pelawa aku. (ni kalau kawin lagi kompom tak berlaku adil …) Nasib baik takder Jus Mintak Kaki , kalau takkk…ahahahaha.

kemahen ko yerr bang….

Aku pulak lebih suka minum Jus Tembikai dia yang fresh dan aku rasa memang jus tembikai dia takder gula tambahan langsung. (aku tak pasti sebab tak tanya tapi takper, next time datang aku akan buat soal siasat..)

Jus Tembikai dalam jug

Lagi satu Jus Mangga Leleh , rasa dia jangan ceritalah , memang rasa mangga sungguh. Boleh kenyang kalau minum sorang sebab dalam gelas besar. 

Jus Mangga Leleh

MAKANAN UNTUK CEMIL-CEMIL 

Makanan cemil-cemil pulak lebih bersifat ringan tapi wajib ada selepas makan berat selepas hadzam. 

Antara cemilan yang ada selain fries , korang boleh cuba Crispy Banana Cheese atau 2 hingga 3 jenis Jemput2 dan juga Cekodok Pisang. Lepas dah order cemilan jangan lupa untuk order satu jug Kopi O Panas sebagai pemanas bicara sambil menyembang dengan kawan2 yang lama tak jumpa. 

Crispy Banana Cheese

Yang kemaruk pergi Family Mart semata nak makan Oden , dah tak payah pergi dah sebab kat sini pun ada Oden juga , kuah tomyam dia pun power sampai bibir boleh jadi ala2 Anita Sarawak.

Oden style Utan Cafe & Range
Jemput2 Ikan Bilis

Disebabkan aku datang malam maka tak dapatlah nak layan air tasik dan juga kehijauan padang golf disitu. Itu pasal aku kata aku akan datang repeat waktu siang pulak supaya aku lebih jelas dan senang nak menjelaskan dengan korang. 

Walaupun lokasi Utan Cafe & Range agak private tapi harga makanan dia semua boleh aku katakan murah dan berbaloi dengan apa yang dia hidangkan. 

cukup untuk makan 8 orang
me and kawan2 gaduh

So apa kata sesekali korang lanjer keluarga korang makan kat sini. Nak2 kalau bawak orang tua. Confirm diorang suka dan lepas tu kebun pisang kat kampung tu akan jadi hak korang untuk diusahakan. 

Kalau nak cari catering ,  Utan Cafe & Range pun ada sediakan perkhidmatan itu. Senang kan ? 

rupanya restoran ni pun restoran pilihan pembesar-pembesar negeri , syok tengok…

So , kalau korang nak datang sini pun senang jer sebab boleh pakai Waze. 

Waze : Utan Cafe & Range Sepang 

Phone :  019-235 4757 Chef Gemok  

Facebook : Utan Cafe & Range 

Instagram : Utan Cafe 

Categorized in:

Tagged in: