Entry kali ni sengaja aku nak cerita tentang kejadian semalam .
Aku macam “ehh serius ker nih ?
Bila aku dihubungi Zu dari Kosmo untuk di interview aku memang tak pikir panjang untuk terima .
Bagi aku ini satu peluang besar untuk aku mengetengahkan lagi apa yang aku buat .
Kedatangan aku ke pejabat Kosmo semalam bukan membawa nama sebagai seorang blogger tapi semalam aku ditemuramah sebagai seorang usahawan .
Itulah antara title yang aku sangat suka dilabelkan dari kecik .
Sungguhpun aku punya peranan dalam “dilaila food” ni memang tak ada orang yang nampak , tapi bagi aku tak apalah asalkan hasil darinya aku dapat manfaatkan dengan sebaiknya .
Tapi itulah kan , menjadi seorang yang tidak dikenali ramai akan buatkan aku mudah dilabel sebagai kaki kipas , kaki ekon dan kaki bodek .
Walaupun aku cuba buat tak dengar tak tahu dan tak ambik kisah , sikit sebanyak adakalanya hati aku terhiris juga . Kan bagus kalau sangkaan diorang semua tu betul pada aku . Tapi disebabkan tak betul makanya hati aku agak sedih dengan label yang diberikan .
Aku tak mampu nak nafikan apa yang diorang labelkan sebab aku tahu tak ada gunanya . Yang terlihat salah tetap aku jugak .
Sejak lama dulu aku memang dah tertanya -tanya , adakah dengan berbuat baik , menyokong tindak tanduk dan menurut kata pada orang yang kita hormati itu kita boleh dilabel sebagai kaki kipas dan kaki ekon ?
Sungguhpun aku tak ada mak bapak yang didik aku tapi aku sentiasa ingat jasa dan budi baik orang kepada aku .
Dulu masa aku jadi anak angkat satu keluarga ni . Aku cukup patuh pada arahan dan cakap mak bapak angkat aku berbanding anak-ank kandungnya sendiri . Aku jadi camtu sebab aku sedar yang aku menumpang teduh dan dibagi makan minum dan pakai yang cukup oleh keluarga mereka .
Jadi hak apa yang aku ada untuk melawan atau engkar cakap diorang semua ?
Aku tak tinggal dirumah diorang dengan percuma . Aku buat kerja lebih dari anak-anaknya . Aku korbankan usia remaja aku untuk bergaul dengan rakan sebaya . Aku tak pernah mintak lebih dari yang sepatutnya aku dapat . Sebab aku sedar diri kedudukkan aku .
Aku sentiasa disisi menemani mak angkat aku bila anak-anaknya berbalah dengannya . Walaupun ada yang kata mak angkat aku beruntung sebab ada anak angkat yang setia selalu dengannya .
Tapi tetap juga aku digelar kaki kipas dan kaki bodek oleh adik beradik angkat aku . Pernah aku dimarah dan dikatanya aku nak merampas harta mak bapaknya .
Masa tu aku cuma mampu diam jer . Sebab aku tahu tak guna aku membetulkan apa yang disangka mereka dalam keadaan marah .
Bila mak angkat aku baik kembali dengan anak-anaknya aku pula kembali dipinggirkan . Tapi disebabkan jasa aku tetap setia biarpun aku dihina .
Aku tahu aku tak mampu nak balas jasa dan budi baik orang dengan harta apatah lagi kemasyhuran nama .
Yang aku dapat berikan hanyalah kesetiaan dan sokongan yang tak berbelah bahagi pada orang-orang yang berjasa pada aku .
Aku ingat takkanlah wujud lagi istilah kaki kipas dan kaki ekon dalam hidup aku . Rupanya masih ada . Rupanya masih ada yang suka melabelkan aku seperti itu .
Tapi tak apalah , aku faham . Mungkin ada yang lebih suka kalau aku tak wujud dikalangan mereka .
Kita hidup tak lama manapun , InsyaAllah satu hari nanti aku akan pergi juga .
Hurmmm sedih la baca ni. Bertabahlah kak long sbb pandangan manusia tu tak penting yang penting pandangan Allah pada kita
kaklong kuat dari dulu lagi kan? InsyaAllah ada ganjaran yang tersembunyi buat insan seperti kaklong
*ini bukan kaki kipas tau kaklong. hehe
Manusia boleh judge apa saja. Biarlah kita sntiasa berbuat baik dgn orang.. itu je kena igt..
Tabahnya kak long.. Takpelah, orang tak tau keikhlasan kita. Sabar kak.
Sabar itu ada lah sebaiknya.. kekadang kita hilang sabar dan kewarasan. Zaman Rasulullah dahulu baginda melawan segala musuhnya dengan kesabaran. Sehinggalah Islam tersebar diseluruh dunia. Lumrah manusia didunia ini ” kuman diseberang laut nampak, gajah mati depan mata dilanggarnya. Moralnya.. biarlah org diluar sana Bagaikan Anjing menyalak Gunung..he.he jgn risau gunung x kan runtuh, krn ketahanan dan kekebalan mu spt gunung tersebut”.