Selamat berpuasa semua !! ehhhh nanti nanti !! belum lagilah….ni baru review jer dulu . *ekekekekeke
Balik jer aku dari review Semarak Buffet Ramadhan kat Geno Hotel Shah Alam, kakak aku terus cakap dengan aku yang Geno Hotel ni memang jadi port Buffet Ramadhan sekolah diorang sejak 2 tahun yang lepas. Aku yang baru tahu ni terus rasa macam wow sangat.
Sebab aku sendiri yang ketinggalan zaman, rupanya baru tahu Buffet Ramadan kat Geno Hotel ni memang best dan ada regular mereka tersendiri. Dan aku dapat rasakan ramai yang dah tak sabar nak berbuka puasa di dalam Restorant Taste Geno Hotel pada tahun ini.
Oleh itu , rasanya tak perlulah aku nak berbasa basi dengan korang panjang-panjang sebab aku sebenarnya dah tak sabar nak bagitahu apa pilihan makanan yang ada serta harganya. Orang kata , tak dapat makan hari-hari , seminggu sekali pun ok.
Nak pergi sini pun senang, waze sahaja Geno Hotel Shah Alam dan korang akan sampai betul-betul depan hotel. Parking pun banyak.Ruang solat yang luas pun ada disediakan di bahagian basement.
Staff GEno Hotel juga sangat friendly.
DISAMBUT DENGAN KEHIJAUAN LANDSKAP
Melangkah masuk ke Restorant Taste ni , mata aku terus menangkap kehijauan landskap dari cermin besar tembus pandang diluar sana . Serta merta terus sejuk rasa mata memandang dan hati pun rasa tenang. Dalam situasi kita sedang lapar menanti masuknya waktu berbuka puasa , agak penting untuk membuat diri rasa tenang.
Dekorasi dan susun atur dalamam restoran pun menarik, simple dan sangat selesa.

terbaikkk…!!! kata blogger Saidila ( iaitu aku…)

simple and cosy…
Kalau ikut gedik aku hari tu mau aku buat video ala-ala nustang kat situ. Tapi confirm basah sebab diorang tengah siram pokok-pokok yang ada biar kekal segar.

oleh itu kita segarkan tekak dulu dengan air bandung soda
SIGNATURE DISH
Ok , sekarang aku nak perkenalkan dengan korang signature dish Buffet Ramadan Geno Hotel yang korang patut cuba jika korang bercadang nak berbuka puasa disini. Menurut Chef Jamal , pengunjung amat menyukai hidangan lauk-pauk seperti Asam Pedas, Sup Ekor, Kari Kambing, Masak Lemak Cili Api Teluk Itik dan RAJA BUFFET setiap hari iaitu Kambing Bakar .
Untuk pencuci mulut pula, Bread Butter Pudding with Vanilla Sos dan Apple Crumbled adalah top choice pengunjung ke Buffet Ramadhan Geno Hotel.

Asam Pedas gabungan dari pelbagai negeri

Bread Butter Pudding with Vanilla Sos

Apple Crumbled ni 2 kali aku restock sebab sangat sedap

aneka sambal pilihan yang di padankan dengan menu bakar-bakar
Bagi aku, semuanya sedap walaupun bukan dalam kategori signature dish. Kata Chef Jamal lagi , lauk pauk disini akan sama setiap hari kecuali untuk section mee sahaja yang bertukar kerana untuk mengelak rasa kecewa para pengunjung yang akan datang kembali untuk menikmati hidangan yang sama.

Sup Ekor ni sedap makan cicah dengan roti perancis
Ada betulnya juga konsep seperti ini, lets say minggu ni aku dah datang, pastu minggu depan nak datang lagi sebab teringat hidangan minggu sudah, sekali dah sampai takder pulak menu tu, mesti aku akan rasa frust. Aku kalau dah frust mesti kena nyanyi lagu Aiman Tino berjudul Ku Rela Di Benci, anda pula bagaimana ?

kambing dia lembut ya ampunnnn….pastu mix dngan 2 sos yang disediakan iaitu Black Pepper dan Rosemary
ANEKA LAUK PAUK CITARASA KAMPUNG

nasi dan lauk pauk pilihan
Pilihan Buffet Ramadhan kat Geno Hotel ni bagi aku sangat simple dan tak memeningkan pengunjung seperti aku yang suka benda-benda simple. Nak makanan tradisi kampung pun ada, nak makan cara western pun ada.

sayur tu aku makan gitu jer pun sedap…
PELBAGAI MANISAN SEBAGAI PEMBUKA SELERA
Aku suka makan pelbagai dessert kat sini sebab bagi aku hampir semua yang aku rasa menepati selera. Manis tapi tak terlalu manis. Jeruk-jeruk macam jeruk Pak Ali tu pun ada tau. Kalau dah makan benda-benda berlemak dan berminyak wajib makan asam-asam untuk penghadaman. Fungsinya supaya makanan cepat hadam dan korang tak rasa sebu perut sebab makan banyak.

kuih muih tradisi dan terkini

menara nikmat kehidupan…

sate pun ada…yummehhh
Dan aku enjoy sangat dapat makan mee kari dia yang kuahnya pekat dan berkrim . Aloooo dah ngences balik sebab teringat rasanya.

jemput makan semua…
TAWARAN PEMBELIAN BAUCAR “EARLY BIRD” SEMARAK BUFFET RAMADHAN
Haa yang ni korang kena pay attention sikit eh, sebab SEMARAK BUFFET RAMADHAN hanya akan bermula pada 17 MEI hingga 12 JUN 2018 sahaja . Tapi GENO HOTEL ada menawarkan pembelian harga early bird sehingga 30 APRIL ni sahaja.
Boleh jer beli sekarang tapi guna nanti-nanti. Emm …harga warga emas tu menarik kan ?
Alamat : Geno Hotel , Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas , Shah Alam, Malaysia
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak!
Wow kak! Bikin meleleh air liur! Baru tengok gambar je tu! Huhu
Laparr…… Sedapnya lah tgk lauk pauk tu
Fuhhh dessert dia tu, mengancam!
Sedap yer semua. Ada air favourite huda, bandung soda tu..cantik susunan kek bertingkat tu. Rugi yer tak dpt dtg sini hari tu
Terus ngences jugak teringat kambing bakar dengan bread butter pudding dia..
kalau buka puasa kt sni mesti menaik badan kitaa.. nampak sedap sedap wakkkk
Adududuhhhhh… Menyelerakan. Dah laaa tengah lapar ni. Harga nya ok laaa… Nanti kita buka puasa sini jom…
Apple crumble tu sedapnya ya ampunnn. Jom pi lagi….
Menarik!!
First time dengar nama Hotel ini. Ketinggalan zaman juga rupanya ..
Saya teringin makan kuih muih dan sate. Hmmm Sedapnya…
sedap-sedap semuanya…..