Hari ni pun debar dia sama macam hari tunggu result exam . Semua ibubapa berdebar nak tahu samada permohonan anak masing-masing untuk ke sekolah yang dipilih berjaya ataupun tidak . Aku sendiri salah seorang ibubapa yang terlibat .
Yerlah , aku bukan mak yang berpelajaran tinggi macam orang lain . Sijil PMR pun aku tak ambik sebab aku dah kena berhenti sekolah masa form 2 disebabkan tiada siapa nak biaya kos pelajaran aku . Umur 14 tahun aku dah kena kerja banting tulang jadi kuli orang .
Jadi apa salahkah aku letak sedikit harapan kepada anak-anak supaya diorang dapat menuntut ilmu sehingga ke puncak menara gading ? ramai jer yang cakap ngan aku , sekolah tinggi-tinggi pun tak menjamin anak itu jadi INSAN YANG BERJAYA .
Ehh…malaslah aku nak berdebat . Lagipun aku tak layak nak cakap apa-apa sebab taraf pendidikkan aku tak sama ngan orang yang cakap tu .
Alhamdulillah , masa kakak dapat tawaran temuduga ke MITIB ( Maahad Intergrasi Tahfiz Istana Bandar ) minggu-minggu sudah pun , aku sekeluarga dan kawan-kawan semua dah rasa teruja walhal temuduga jer pun . Dan hari ni aku benar-benar gembira sebab yang ni dah confirm dalam tangan .
Satu masa dulu ada seseorang cakap ngan aku yang anak aku takkan berjaya diterima masuk mana-mana asrama sebab aku sendiri pun tak sekolah tinggi mana berbanding orang lain yang memang nampaklah dia punya hebat .
Tau tak masa tu perasaan aku macam mana ? Aku mampu telan air liur jer masa tu . Aku cuma berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat anak-anak aku . JIka masuk asrama itu baikmaka baiklah . Jika takdir menentukan anak aku tk dapat mana-mana tawaran pun aku redha .
Aku cuma perlu didik anak aku untuk jadi anak yang soleh dan solehah juga jadi seseorang yang berguna pada agama , bangsa dan masyarakat . Itu pun dah cukup baik bagi aku .
So mana yang nak buat semakan keputusan permohonan ke sekolah menengah kawalan dan SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ) boleh mulakan semakan mulai hari ini 20 Disember sehingga 31 Disember 2016 .
Masuk ke laman sesawang ini https://public.moe.gov.my/ dan masukkan nombor ic dan password yang telah korang daftar masa buat permohonan online .
Jika berjaya korang akan dapat seperti ini .
Untuk pemohon SABK yang berjaya korang boleh terus ke laman sesawang http://semakan.jais.gov.my/ pula untuk mencetak surat tawaran dan borang maklumat diri murid dan hantar secepat yang boleh . Sekalipun korang masih menunggu tawaran dari sekolah lain JANGAN sesekali tolak tawaran bukan pilihan . Kalau dah confirm dapat pilihan sekolah lain baru suruh anak pilih sekolah mana yang dia nak dan baru tolak tawaran sekolah yang lain .
Samada dapat asrama atau tak itu pikir kemudian yang enting terima dulu tawaran yang ada didepan mata .
Jika tidak berjaya akan keluar seperti ini .
Syukur kakak terpilih juga untuk ditempatkan di sekolah agama berasrama walaupun itu bukan sekolah pilihan pertama kakak . Sejak pergi temuduga kat MITIB , aku , dd dan kakak dah jatuh cinta dengan suasana kat sekolah tu . Aura tenang dan sejuk hati saat melangkah masuk ke sekolah tu .
Tapi aku akan terima juga tawaran ni . Cuma jika ada rezeki dapat ke MITIB itu lebih baik . InsyaAllah , aku yakin Allah akan beri tempat yang sebaik-baiknya untuk kakak .
Kepada korang yang nak buat semakan aku doakan semoga anak-anak korang juga akan berjaya .
Leave a Reply