Haa sapa lagi yang tak tahu pasal SELangkah ? Apa itu SELangkah ?
APAKAH ITU SELANGKAH?
SELangkah – “Langkah masuk dengan selamat” diwujudkan bagi memastikan kesiapsiagaan entiti perniagaan dan industri sepanjang aktiviti perniagaan berlangsung semasa wabak covid19. SELangkah – merupakan sistem pendaftaran keluar-masuk automatik di premis-premis perniagaan menggunakan teknologi Kod QR yang ringkas dan pantas. Ini adalah sejajar dengan seruan YAB PM semasa sidang akhbar khas 1 Mei yang menggesa agar peniaga-peniaga mendaftar rekod kehadiran pengunjung ke premis mereka.
OBJEKTIF
SELangkah akan membantu kerajaan mengenal pasti mereka yang mungkin terdedah kepada risiko jangkitan covid19 semasa menjalankan kegiatan ekonomi / jual-beli. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :
“Melindungi premis perniagaan”
“Melindungi pelanggan”
“Membantu pasukan baris hadapan dalam mengesan kontak”
Premis perniagaan akan dirubah untuk mempunyai dual-function bukan sahaja untuk menjana ekonomi, tetapi juga turut sama membantu dalam proses mengawal perebakan wabak.
Haaa , amacam ? bagus kan ? aku pun baru tahu jugak. Kisahnya masa aku pergi kat satu kedai runcit kat dalam kampung aku. Macam biasalah sekarang ni kan kita ada new norma, nak masuk mana-mana premis sekarang wajib cek suhu kepala , dan tulis butiran diri dekat buku log seperti nama , no phone dan bacaan suhu kepala.

So masa nak masuk ada abam RELA tahan aku suh aku scan barcode , kalau tak bawak phone baru tulis secara manual kat buku log.
Kat atas tu google form yang aku kena isi lepas aku scan barcode yang dipamerkan kat pintu masuk premis.
Kalau kena isi maklumat secara manual pulak risikonya begini. Cer bayangkan berapa banyak dah tangan yang dah pegang pen tu. Kalau lepas pegang terus sanitizer tangan takper gak. Kalau sebelum dan selepas pegang pen tu terus pegang muka , korek hidung , garu punggung camner ?
Dulu kita mungkin tak terfikir sangat kan ? sekarang ni semua kena amik kira weih. Sebab tu aku kurang sangat pergi keluar sebab nak kurangkan sentuhan.

BACA : KREDIT RM50 DALAM E- WALLET SELEPAS MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA
Balik dari kedai pun aku terus updet kat FB. Masa aku updet rasa kagum aku tulah ada friends FB yang komen, katanya kerajaan negeri Selangor dah siap bangunkan satu aplikasi khas untuk di gunakan bagi memudahkan pelanggan , pemilik premis dan juga frontliners.

Lepas dapat maklumat tu aku terus google apa itu SELangkah. Yang hauknya kat FB tak boleh share link tu. Katanya langgar syarat dan garis panduan komuniti FB. Apppo !!!
Bila bukak jer website ni aku punyalah kagum sebab bagi aku memang ia memudahkan. Tapi bagi yang bawa smartphone ke hulu hilirlah.
Bagi yang tak bawa phone atau pakcik makcik yang takder smartphone, cara manual masih digunakan.

Kalau phone korang agak canggih korang tak perlu pun nak ada aplikasi khas untuk scan barcode. Just bukak kamera phone korang dan hala jer ke barcode yang ada, nanti korang akan nampak kat atas phone korang tu keluar link dan korang tekan jer link tu, pastu isilah maklumat yang diminta atau pun just tunjuk kat guard menandakan korang dah check in premis.
Senang jer kan ? so jangan lupa kongsi artikel ni kat kawan-kawan dan saudara mara korang yer. Kalau boleh masa keluar tu bawa smartphone masing-masing.
Maklumat lanjut boleh ke : SELangkah
Stay safe gais !!
[…] BACA : SELangkah MELINDUNGI PELANGGAN , PREMIS DAN JUGA MEMBANTU FRONTLINER DARI COVID19 […]
selangkah saya masuk blog akak..bru ku tahu apa itu SELANGKAH, well done pd pencetus idea ni.
Senang rupanya. Belum test lagi kamera hp ni sebab tak pernah jejak kedai lagi sejak pkp. Duk bagi ketua keluarga je pegi kedai
Ardini Humaira recently posted…JANA PENDAPATAN DI PGMALL | PGMALL MERCHANT RECRUITMENT
Selangkah menuju bahagia..eh.
Bagus apps ni, senang nak bergerak
Selangkah..ingat apa tadi..
Baru tau juga pasl selangkah ni.. Sennag kalau tak oerlu download apls qr bar.. Memng memudahkan
Jenuh uiii nak kena scan. Demi kesejahteraan sejagat, ai turutkan je.
Baru tau ada apps selangkah. Bagus juga apps ni
bagus bagus. supaya kita alert dengan penularan COVID-19 ni