Bismillahirahmanirohim ,
Asalamualaikum , tinggal beberapa jam jer lagi kita semua bakal mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2017 dan selamat datang kepada tahun 2018 .
Azam ? tak pernah aku berazam setiap kali menjelangnya tahun baru dan tak pernah juga ada sesi imbasan .
Cuma tahun ni aku rasa macam nak buat sedikit summary pulak .
Suka atau tak sememangnya tahun 2017 banyak mencatat sejarah besar dalam hidup aku . Ada yang terjadi hasil dari perancangan dan ada juga yang terjadi tanpa disangka-sangka .
Tahun 2017 ni selain persahabatan aku dikhianati , hati aku juga kerap dilukai . Nak tak nak , suka atau tak aku juga terpaksa kental menghadapinya . Berat bila aku terpaksa telan dan hadapinya sendirian .
Setengah daripada tahun 2017 yang terakhir aku berjaya mencapai impian yang aku sangat impikan . Pada 21 November 2017 aku mendapat panggilan Umrah . Biar berliku pada awalnya tapi hikmahnya sangat-sangatlah besar .
Dan 2 minggu selepas pulang dari Umrah pulak aku berlepas ke Korea atas tiket sebagai seorang blogger . Ini adalah benda yang aku tak pernah rancang akan terjadi dalam hidup aku .
Tahun 2018 ?
Aku tak tahu dan tak berimpian besar sebab aku tahu setakat mana sahaja aku boleh pergi . Sungguhpun angan-angan itu percuma harganya , terlalu tinggi berangan takut jatuh sakitnya pulak tak tertahan . Tidak berimpian pulak bagaikan hidup tanpa arah tujuan .
Makanya aku serahkan pada Allah SWT untuk menentukan apa yang terbaik untuk aku .
Apa yang kita suka belum tentu ianya baik untuk kita , apa yang kita tak suka belum tentu tak baik untuk kita . Teruskan merancang , teruskan berusaha dan teruskan berbuat baik .
“wamakaru wamakarallah wallahu’khairun makirin”
Citarasa aku dan kau nyatanya berbeza . Hormati pendapat orang lain barulah kita juga akan dihormati .
Jikalau aku bukan kawan yang baik untuk kau , maka tinggalkanlah aku dan carilah kawan yang lebih baik asalkan kau bahagia .
HAPPY NEW YEAR KAK.. JANGAN BERHENTI ANGAN-ANGAN..
Happy new year kak long. Dalam angan angan dan doa utk travel lagi tu, jgn lupa travel partner u ni ye hehehehe
Semoga istiqomah dan mencapai mimpi 2018..
Alhamdulillah, moga terus murah rezeki di tahun 2018.