Allah selamatkan Cinta
Allah selamatkan Cahaya Cinta Ramadhani…
Allah selamatkan kamu…..”
Hari ni aku raikan ulang tahun Cinta yang pertama mengikut kalendar islam iaitu pada 10 Ramadhan 1431…..kuHadiahkan padanya doa dan harapan semoga Cinta akan menjadi anak yang solehah….akan kuisi dan kupenuhkan hatinya dengan iman dan rasa taqwa kepada Allah swt……akanku didik akhlaknya agar menjadi manusia yang berguna pada Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara Malaysia…..
“Cinta sayang…..mama dan ayah tak dapat berikan padamu seguni emas tetapi mama dan ayah akan berikan padamu selautan ilmu untuk Cinta pelajari dan menfaatkan pada diri dan keluarga….jangan dikejar harta setinggi Genting tetapi carilah dan kumpulkan segala amalan untuk bekalan diakhirat……Apabila kamu berada diatas jangan lupa melihat kebawah…..sentiasa bersifat berkasih sayang sesama insan dan alam kerana kita hanya hambaNYA yang hina yang hanya akan dibezakan olehNYA oleh IMAN dan AMAL yang soleh…..restu dan doa mama untuk yang terbaik akan sentiasa mengiringi dirimu dari dunia hingga akhirat”dari mama
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA
CAHAYA CINTA RAMADHANI
Comments