Selamat Hari Guru….!!!

Walaupun dah lepas beberapa hari tapi jumaat semalam anak aku Merah baru menyambutnya kerana sewaktu lain2 sekolah sambut anak aku sedang menjalani Peperiksaan KSSR penggal pertama….

Orait….tanpa membuang masa malam jumaat tu akau ajak anak aku ke Mydin untuk membeli cenderahati untuk guru2 yang banyak berjasa mendidik anak aku dengan ikhlas dan sabar…..

Aku tahu bukan senang nak jadi guru ni…..banyak dugaannya….kat rumah ni jer aku ada 4 orang abg dan kakak ipar yg kerjanya ialah GURU…..jadi aku faham hati dan perasaan seorang guru yg bukan sahaja tugasnya menjadi guru kepada anak2 sendiri secara otomatik tetapi menjadi guru kepada anak2 orang lain….

Selalu aku dengar keluh kesah abg2 dan kakak ipar aku tentang karenah anak2 murid yg susah nak diajar….dahlah susah nak diajar….melawan pulak tu…..belum lagi dengan karenah mak bapak yg rasa sekolah tu macam dia yg punya….sampai2 kementerian kena kasi kursus2 dan seminar untuk cikgu2 hadiri supaya boleh menghadapi tekanan perasaan dek kerana karenah murid2 dan mak bapaknya sekali….

Sedangkan aku…..aku ni yg berkategori penyabar…..tapi tang mengajar anak2 untuk jadi pandai akulah yg paling garang…..nak tak nak aku memang terpaksa menggarangkan diri demi prestasi dan masa depan anak2….sebab itu aku salute ngan guru2 yg berjaya mendidik dan memahamkan anak aku tentang sesuatu mata pelajaran….keihklasan dan kesabaran guru2 memang dalah tahap tinggi….aku harap semua guru2 juga akan berasa begitu….ikhlas mendidik anak bangsa….secara tak langsung guru telah menempah salah satu bekalan daripada 3 yg akan dibawa mati nanti….iaitu ilmu yg bermanfaat……

So tanpa membuang masa jom layan koleksi hadiah untuk guru2 SK USJ 20 kesayangan Merah….walaupun tak seberapa tapi cukup buat Merah rasa gembira kerana dia dapat memilih hadiah untuk guru2nya sendiri….tukang balut siapa lagi kalau bukan aku…maknya….bapaknya tukang bayar ajer….hahahahaha

****

 Mari membalut hadiah untk cikgu….

 Lukisan Bunga Frame untuk ustazah katanya…….

 Bunga Sabun untuk cikgu2 perempuan…..

 Pemberat Kertas untuk cikgu lelaki …..
 Dah siap balut semua….bercekang mata jugak nak menyiapknnya….

 Siap kad ucapan lagi…..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU….
JASAMU TETAP DIKENANG SELAMANYA

Categorized in: