Kecoh dah kan pasal bapa saudara yang disebut oleh kakaknya sendiri sebab makan harta anak saudara yang dah yatim piatu . Walaupun bukti demi bukti dah didedahkan …tetap si bapa saudara tersebut tidak mahu mengaku malah mengambil tindakkan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah .
Siapa betul dan siapa yang salah pasti akan terjawab akhirnya . Siapa-siapa pun takkan terlepas daripada Mahkamah Hakim yang Maha Adil .
Tapi bukan pasal diorang aku nak bincang . Kes diorang tu aku harap yang bersalah akan segera dihukum dan hak anak-anak yatim piatu tersebut dapat dikembalikan .
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin. Maka celakalah orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap shalatnya, yang berbuat riya’, dan enggan (memberikan) bantuan.”(Al-Ma’un 1-7)
Lama dulu aku sendiri pernah menghadap situasi yang sama dengan anak-anak arwah . Umur aku pun baya-baya diorang jugak masa hal harta peninggalan mak aku direbutkan . Harta nak direbut tapi aku dan kakak aku dibuang .
Walaupun aku masa tu kecik lagi tapi setiap kali arwah nenek datang melawat aku kat asrama anak yatim mesti arwah nenek aku akan bercerita tentang harta peninggalan arwah mak aku . Harta pusaka yang takkan sampai ke tangan aku dan kakak aku sampai bila-bila .
Dahlah aku diorang tak nak jaga , besarkan apatah lagi nak sekolahkan . Balik bercuti pun aku dikulikan diorang . Masa tu aku cuma mampu pendam perasan pedih bersendiri . Nak mengadu pada arwah uwan aku rasa kesian pulak sebab dia pun terpaksa menumpang rumah anak-anak yang sudi selepas rumah peninggalan arwah mak aku dirampas dan ditukar geran pemilik oleh seorang jiran yang menipu arwah nenek aku .
Arwah wan cerita kat aku yang selepas makbapak aku meninggal . Ada seorang jiran ni selalu datang buat baik pada kitorang bertiga , setiap kali datang dia akan bagi makanan dan hadiah macam-macam pada aku dan kakak aku . Arwah wan pikir jiran ni baik mungkin sebab kasihan kan aku dan kakak aku yang dah jadi anak yatim piatu . Rupanya sejak aku jadi anak yaitim piatu , jiran tu dah merancang sesuatu yang sangat-sangat kejam dan tak berperikemanusiaan .
Dalam masa dia buat baik tu dia suruh arwah nenek aku turunkan cap jari pada satu kertas kosong , bila arwah nenek aku tanya untuk apa , katanya nak bela nasib aku adik beradik ker nak tuntut hak untuk aku dan kakak aku pada amanah raya ..lebih kurang camtulah…dah tak ingat sangat . Arwah nenek aku kata dia anggap jiran tu dah macam anak dia sendiri . Geran rumah yang nenek aku simpan dalam tong biskut pun dia dah curi awal-awal . Apa yang penting niat jahat dia yang sebenar rupanya nak troll arwah nenek aku . Pastu dia bagi Rm1000 pada awah nenek aku kononya untuk buat belanja .
Mungkin selepas semua dokumen pertukaran dia buat dan sah barulah dia tunjuk syaitan dia yang sebenar . Kertas kosong yang nenek aku turunkan cap jari tu rupanya telah mengesahkan yang konon’nya arwah nenek aku telah menjualkan rumah peninggalan arwah mak aku tu pada dia dengan harga Rm1000 .
Rumah yang aku duduk tu arwah mak aku beli dari seorang cina yang nak melarikan diri masa tragedi 13 mei 1969 . Rumah tu masa tu kira tahap banglo , besar dan ada 1 tingkat . Yang aku ingat lagi lokasi rumah tu kat Puchong Batu 10 . Kalau aku dapat alamat dalam surat beranak aku yang asala memang itulah alamatnya yang tepat . Tapi surat beranak aku pun dah hilang entah kemana .
Aku masih ingat yang aku dan kakak aku ada turun menggelongsor dari tangga tingkat 1 . Dan aku rasa aku masih ingat yang aku tanya arwah nenek aku , kenapa kita tak balik rumah kita ? Atau mungkin semua ingatan yang aku ada tu ada sebab nenek aku sentiasa cerita balik pada aku apa yang berlaku ? mungkin juga kan…?
Lepas kitorang semua diarahkan keluar dari rumah tu , arwah nenek aku mula merayau ke rumah anak-anaknya yang lain minta tumpang teduh dan kalau boleh bela aku dan kakak aku sekali . Aku ingat yang aku ada naik turun bas ikut arwah nenek ke sana ke sini . Aku ingat air mata kekecewaan awah nenek aku yang mengalir setiap kali keluar dari rumah orang-orang yang dia harapkan . Walaupun masa tu aku masih kecik tapi entah kenapa aku rasa aku cukup memahami kesedihan dan penderitaan arwah nenek aku .
Aku tahu arwah nenek aku kecewa dengan sikap anak-anaknya yang terlalu berkira dan mementingkan diri sendiri . Walhal diorang boleh dikatakan terlihat sebagai orang-orang yang kuat agamanya . Anak setuju menantunya tidak , menantu setuju anak sendiri tidak dan macam-macam alasan yang diorang bagi pada arwah nenek aku .
Akhirnya arwah nenek aku bawa aku dan kakak aku ke asrama anak-anak yatim . Aku tahu beratnya perasaan arwah nenek aku ketika itu . Dia terpaksa tinggalkan disitu dengan keadaan aku yang masih berbotol susu…yang masih perlu dibobok untuk tidur …yang masih kena dimanja dan dijaga .
Waktu ni …
Aku rasa sebak . Walaupun segalanya telah berlalu . Tapi rasa pedih dengan perbuatan mereka semua tetap akan aku terasa sehingga ke hari ini .
Aku faham sangat perasaan budak-budak tu , cuma aku tak gusar sebab nasib diorang sekarang jauh lebih baik dari aku yang dulu . Ramai yang membantu menuntut keadilan untuk mereka . Diorang masih ada makcik yang baik yang rela serta sanggup menjaga serta membesarkan mereka .
Nak dibandingkan dengan aku yang dulu terpaksa hadam semuanya sendirian . Waktu tu aku cuma ada Allah swt sahaja sebagai penjaga aku .
Allah..termenangis pulak aku dibuatnya . Memang benarlah , Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan sejuta harapan dan seluruh hidup .
Tunggulah aku sambung cerita , apa yang terjadi selepas aku dihantar ke asrama anak-anak yatim pulak . Macamana wang amanah arwah mak aku disalah guna . Macamana diorang singkirkan aku dan kakak aku dari menerima bahagian harta yang sepatutnya milik arwah mak aku .
MasyaAllah… manusia ni bila dah terlalu kejam lupa siapa sebenarnya lebih berkuasa keatas dunia ni.
InsyaAllah dear.. Allah pasti memberi pengajaran dan balasan pd mereka. Kak no doakan ur cita2 akan tercapai dan lebih sukses
nurmisnan recently posted…Dahsyatnya Kiamat
Hukhuk. Sebak sekali
YB Shehan recently posted…PLAY-DOH GIVEAWAY : SENANG JE NAK MENANG PERCUMA!!
tisu…rupanya dari riak muka yang sentiasa ceria ni,ada duka didalamnya..Takpelah,yang menganiaya tu,,serahkan pada Allah swt..Hidup mesti diteruskan..Buat yang terbaik kerana Allah sentiasa ada disisi orang yang teraniaya..
Siyes ternangis plak kita baca entri akk ni.
Tabahnya akak.. sebak baca.
yoorin recently posted…Wafiy Dah Enam Bulan Kosong Hari
Ya Allah Kak Dila, beratnya dugaan akak..teringat kisah sepupu cn mcm ni gak, tp bezanya sedara belah mak dia byk membantu
Harap tabah selalu.. Insya’allah.. X lama lg nak jd tokey dah. Huhu
Hadoiiiii… sape pulak potong bawang malam2 ni..
Sabar dan bertabahlah kak. Allah SWT Maha Mengetahui. Kat dunia mereka lepas, kat akhirat takde sorang pun boleh lari.
Sebak.. Allah..
Sedihla baca kisah ni kak.. moga yg aniaya akak n anak2 yatim lain tu cepar sedar dan insaf