Korang nak baca cerita hot tak ? ini bukan citer fitnah yer . Ini benar-benar terjadi pada bff aku sendiri pasal satu admin page tshirt couple malaysia . Tak sangka weihh guna nama negara sendiri tapi perangai buruk , scammer tahap dewa jugak nih .

Cakap banyak tak guna , nanti orang kata sembang jer lebih action takder . Untuk penegetahuan korang report polis pun dah buat . Kalau admin page Tshirt Couple Malaysia baca mohon kau refund semua duit pelanggan yang kau dah ambik tapi apa yang diorang beli kau tak bagi .

ingat nombor penipu nih

Sekarang ni diorang masih giat meng’scammer netizen2 yang teruja dan tergoda dengan iklan tshirt couple diorang .

Apa yang peliknya , korang yang teraniaya ni tak reti nak buat report ker ? Jangan pikir alaa tshirt jerr , alaa sikit jer , lalu korangbuat tak endah buat tak apa . Sudahnya diorang semakin menjadi-jadi menipu orang .

Aku boleh jer nak ignore aduan kawan aku tu , sebab yang kena dia bukan aku watper aku nak kisah ! yer dak ?  Tapi kau ingat ehh , hari ni hari diorang , esok-esok mungkin hari kita sendiri kena .

Dan aku paling tak sangka dan semakin menguatkan tuduhan aku pada diorang bila posting aku pasal diorang ni kena report dan menyebabkan FB block aku selama 24jam .

janji manis tahap potong kaki

Well bhai , aku tak kisah pun kau report posting aku . Tapi lagi bertambah kuat aku kata kau penipu bila kau block aku dari kau punya page .

Memandangkan aku bukan celebriti , siapa jer nak tolong aku report page diorang ? Nak kena aku merayu menyembah korang suh report baru korang hadap nak report page penipu tu .

Yerlah kan , bukan korang kisah sebab bukan korang sendiri atau saudara mak nenek korang yang kena .

sokongan kawan-kawan fb minta buat report

Aku wasap admin dia baik-baik cakap elok-elok bukan maki-maki atau ugut apapun . Aku cuma minta dia tunaikan hak pembeli dan kalau tak mampu kau refund jer duit kawan aku tu .

Tapi admin page tshirt couple malaysia ni punya otak sama jenis dengan otak ehem ehem , maka aku punya cakap baik tu dia buat bodoh dan mungkin dia tak kisah sebab dia memang sejenis manusia bangsat dan berperangai jilaker .

report kawan aku pasal page couple tshirt penipu

Serius aku tak marah ok , aku cuma nasihat jer .

Mula-mula kawan aku kata sebab aku dedahkan no akaun detail dia semua , ok tapi kalau takder yang report kau rasa takkan posting aku kena removed buat kali kedua yang tak ada no akaun dan maklumat scammer ?

Kali ketiga aku mintak kawan aku cnp jer posting aku tanpa perlu share , bila share dia tahu posting asal tu dari siapa . Tapi malang , sebelum posting ke tiga aku publish aku dah kena blocked dari like komen dan post segala jadah mak nenek kat FB . Bodoh gak team FB nih tak reti bezakan report scammer ngan report betul . ( istilah apa yang betul aku nak guna aku tak tahu , so lantaklah )

jangan lupa click REPORT

Admin page tshirt couple tu akan delete segala komen berunsur aduan atau tak puas hati . Ada jugak yang dapat tapi hasilnya tak seperti yang dijanjikan . Dan paling malang bila ada yang tak dapat langsung .

kawan aku Nurul komen pastu kena delete dan kena blocked

Aku difahamkan dalam komen sebelum posting tu kena delete , yang asalnya page tu ada partner tapi dah berpecah . Sorang dah move on buat biz atas nama dan page lain , siap keluar disclaimer tidak bertanggungjawab dengan segala tempahan yang dibuat di tshirt couple malaysia .

februari 2017 dah tak beroperasi tapi ada scammer masih ambik order..jeng jeng jeng

Masaalahnya semua orang tahu ker ? tak kan ?

Pastu aku ushar page Ilanicious T-Shirt yang kawan-kawan fb bagitahu , korang pun boleh baca komen dan aduan kat situ . Dia pun minta sesiapa untuk huraikan masaalah pelanggan kena tipu . Cop syarikat beliau digunakan atas slip post .

so aku tolong bongkarkan …

Tapi agak suspicious bila owner ilanicious tu tetap bagi nombor phone yang sama digunakan oleh scammer tu . So aku rasalah , dia mesti tahu dan kenal dengan baik siapa pemilik terkini yang masih menjalankan urusan jual beli dari stor kedai lama diorang dan dia mesti kenal siapa  ABDULLAH AMRAN yang menerima pembayaran tshirt dari pelanggan .

siapa yang kena bertanggungjawab ?

kenapa bagi nombor penipu tu yer….?

antara bayaran yang dibuat oleh mangsa lain

Masih Rancak Menipu

Dan page tshirt couple malaysia sehingga ke hari ini tetap selamber otak penipu masih teruskan pengiklanan sambil menipu pelanggan yang bertuah . Sebab apa ? sebab kita sendiri mengizinkan mereka terus menipu kita .

Kalau seramai-ramai netizen yang ada ni report page dia , aku yakin pasni susah dah dia nak menipu lagi . Paling tidak dapat selamatkan orang lain dari terus kena tipu .

Modus operandi diorang gini .

Setiap komen dekat page akan dibalas secara auto . Scammer akan minta kita untuk wasap diorang untuk segala tempahan . Ok dah wasap kata nak tempah , diorang memang fast reply sampai ke prosuder pembelian .

aku dah tak boleh komen sebab diorang block aku

Setelah bayaran penuh dibuat . Pelanggan diminta menunggu selama seminggu . Selepas seminggu pelanggan mula wasap dan bertanya apa status order . Haaaa disitulah bermulanya admin tidak membalas , tidak melayan wasap pelanggan yang bertanya sampai pelanggan give up . Kat bawah ni perbualan wasap kawan aku dengan admin page tshirt penipu .

kawan aku wasap

dia tempah sebab nak guna masa pergi Bali nanti

kesian kawan aku beria tempah dengan penipu

no akaun penipu

kawan aku dah bayar penuh

janji seminggu …lepas 2 minggu sampai ke hari ni langsung tak reply

Tak Layan Ugutan Dan Report Polis

Namapun otak penipu , jadi setakat maki hamun dan ugutan pelanggan bertuah yang dianiaya tu memang diorang TAK KISAH LANGSUNG ! diulangi TAK KISAH LANGSUNG

Duit dah dapat beb , apa dia peduli dengan maki hamun pelanggan yang dia tipu .

Itu pasal aku buat posting tu . Aku cuma harapkan rakyat Malaysia ni lebih bersatu sikit menentang scammer . Penipu tu guna nama negara kita kot . Dahlah menipu pastu menipu guna nama negara , bukankah itu pun satu kesalahan ?

Pada yang pernah share posting aku pasal scammer tshirt couple malaysia ni aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga . Semoga korang dilindungi dari perbuatan jenayah dan tipu khianat manusia ber’otak penipu nih .

Aku dah jalankan bahagian aku , tinggal bahagian korang pulak .

Cukup-cukuplah kita ditipu menteri dan kroni-kroninya . Jangan biarkan kawan dan saudara kita pulak kena tipu dengan admin page Couple Tshirt Malaysia .

Satu lagi maklumat yang aku dapat , nombor wasap yang digunakan juga ada digunakan untuk mengiklan cookies . Macam biasa , selepas pembayaran di jelaskan barang langsung tak kunjung tiba .

Sekian terima kasih , hapuskan scammer demi masa depan negara Malaysia kita yang tercinta !!

ini aku yang wasap dia

aku jelaskan baik-baik apa masaalahnya

tapi aku tegas

dia reply sekali tu jerr

sampai ke hari ni dia tak balas ,,,,hahahaha

Nasihat aku bertaubatlah , kaya pun tapi tak bahagia sebab menipu dengan duit hasil titik peluh orang . Hidup tak lama mana kawan . Tanggungjawab aku cuba untuk cegah dan bagitahu pada semua , tinggal korang jalankan tanggunjawab korang pulak .

Sebelum aku publish entry ni aku ushar dulu page dia , uuuiiiii aktif 4 jam lepas , so tolonglah yer tolong tularkan dan report page nih demi kebaikan bersama . Sedih aku tengok manusia akhir zaman sekarang nak kaya cepat dengan cara menipu .