Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2021 kepada semua pembaca blog www.saidila.com
Dulu terfikir juga kenapa mesti ada sambutan hari wanita. Apa tak cukup wanitakah kalau tidak ada hari istimewa untuk menyambutnya ?
So hari ini baru aku tahu apa tujuan dia dan aku kobgsikan disini sebagai makluman kita semua.
Di Malaysia, sambutan hari wanita disambut bagi tujuan ;
- Memberikan pengiktirafan khas kepada kaum wanita dalam pelbagai bidang.
- Memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian antara lelaki dan wanita.
- Tanda keprihatinan kerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Walau tanpa sambutan tetaplah untuk terus menghargai , menghormati semua wanita yang ada di dunia ini terutamanya wanita-wanita yang penting dalam hidup kita.
Comments