Happy Bestday Wany Hasrita ! semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Sememangnya Wany Hasrita seorang penghibur yang sangat comel , kelakar dan mesra dengan semua peminatnya.

Aku yang first time tengok dia nyanyi live pun sedikit ternganga dengan suara dia yang padu dan perwatakkan dia yang sangat peramah , periang , comel dan seperkara lagi yang aku perasan Wany Hasrita memang seorang yang kelakar.

Menggigil jugak tangan aku bila ditanya macam-macam masa nak jawab soalan , rasa best dapat bercakap dengan dia.

MERIAHNYA MAHKOTA PARADE DENGAN PEMINAT WANY HASRITA

Oh yer lupa nak info korang yang Sabtu lepas , aku dan beberapa orang blogger ke negeri bersejarah untuk tengok sendiri Sesi Beramah Mesra bersama Duta Himalaya iaitu Wany Hasrita di Farmasi Guardian Mahkota Parade , Melaka.

Sampai jer sana pentas dah penuh dengan peminat Wany Hasrita dan pengunjung Mahkota Parade. Tapi sebab bukan selalu dapat tengok artis live , aku redah jer celah2 orang yang ada dan akhirnya aku dapat jugak tempat kat depan sekali. Memang puas sangat dapat tengok Wany Hasrita dari jarak bebebrapa meter.

Bagi aku Wany Hasrita salah seorang selebriti muda tanah air yang berbakat besar dalam bidang hiburan tapi masih menjaga adab kesopanan dan tak hairan satu hari nanti dia bakal menjadi seperti Dato Siti Nurhaliza.

Jangan lupa Subscribes , Like & Komen

Yang bestnya , hari tu Wany Hasrita bukan setakat menyanyi tapi ada beberapa game dijalankan dipentas seperti sambung lirik lagu dan teka produk Himalaya. Kalau dapat jawap dengan betul hadiah pun boleh pilih sendiri. Best kan ?

Ikutkan berdebar jugak nak jawab sebab yang tanya tu Wany Hasrita. Tapi oleh kerana aku memang pengguna produk Himalaya, maka kacang goreng jer nak jawab. Dan opkoslah hadiahnya aku ambik produk kesukaan aku iaitu Nourishing Skin Cream.

Habis sesi kat pentas , semua peminat bergegas pergi kat Guardian untuk Sesi Tandatangan dan bergambar dengan Wany Hasrita. Barisan yang menanti giliran nak selfie dengan Wany Hasrita punyalah panjang.

Sapa yang beli produk kat Guardian nanti diorang akan bagi satu kad pastu beratur untuk dapatkan tandatangan Wany Hasrita dan selfie. Lepas tu korang akan dapat cenderamata dari Himalaya yang merupakan produk Himalaya juga. Wahhh best betul.

Kalau ikutkan tak sanggup nak beratur tapi demi peluang sekali seumur hidup aku sanggup jer kot.

ololololo…..sukanya dia dapat selfie dengan Wany Hasrita
gempak betul #wanyhasnizers sorang ni sebab minta Wany Hasrita sign guna smartphone

Dan akhirnya , taraaaaa…sampai lupa nak mintak sign. Rugi betul rasanya. Kalau tak mesti lagi ramai yang jeles dengan aku. Ahahaha

gambar dengan artis wajib goyang dan blur sebab nebes

PENGALAMAN BERHARGA DENGAN NOURISHING SKIN CREAM

Bercerita pasal produk yang aku pilih tadi , apa kata korang sambung baca kisah aku dengan Himalaya Nourishing Skin Cream. Aku memang pengguna Nourishing Skin Cream sejak setahun yang lepas. First time guna pun dah jatuh cinta. Sebab aku suka bau dia yang wangi , tekstur dia yang mudah menyerap ke dalam kulit. Ia juga mampu memberi kelembapan segera pada kulit kering dan paling best sebab ia juga dapat perbaiki kulit rosak macam kat tapak tangan , tumit dan siku. 

Pernah anak aku ada masalah tapak tangan melepuh tanpa sebab, sampaikan aku kena bawak dia ke klinik. So far memang ok guna krim kat klinik tapi lepas tu jadi balik . Takkan nak ulang alik ke klinik jer kan, so aku cubalah pakaikan Nourishing Skin Cream kat anak aku setiap kali selepas dia basuh tangan. Aku sentiasa kena pastikan tangan dia tak basah dan tak kering. Masalah dia bila basah pun dia melepuh nanti berair , tapi bila kering pun dia melepuh dan lepas tu macam meggelupas. Haaa camner tu ?

Dalam 3 hari guna Nourishing Skin Cream dah mula nampak perubahan. Dia kata tapak tangan dia dah tak gatal sangat , pastu aku tengok lepuh kulit dia semakin membaik. Ngam seminggu pakai aku tengok tapak tangan dia terus bersih dan balik normal macam tak ada apa berlaku. 

Alhamdulillah , aku bersyukur sangat-sangat akhirnya aku dah jumpa produk yang sesuai untuk anak aku. Sejak tu memang aku akan pastikan stok Nourishing Skin Cream adalah produk wajib ada dekat rumah. Aku siap beli yang besar dan kecik. Yang besar untuk guna kat rumah dan yang kecik pulak aku suruh dia bawa ke sekolah untuk digunakan. Bukan saja-saja suruh bawak tapi untuk standby , incase dia rasa tapak tangan dia mula kering dia boleh terus guna. 

Korang mesti tak percaya kan ? tapi tak apa sebab aku cerita ni pun atas pengalaman aku sendiri.

Kalau korang memang follow aku kat FB mesti korang pernah baca pasal kes tapak tangan anak aku yang aku up kat FB. Banyak respon aku dapat suruh guna itu ini . Thanks semua atas saranan yang diberikan. Aku hargai sangat.

CARA PENGGUNAAN SKIN NOURISHING CREAM

Krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyak, untuk memastikan kulit anda kelihatan sihat dan lembut. Aloe Vera menyuburkan dan melembapkan, manakala Ashwagandha dan Pokok Kino India membantu melindungi kulit dari pencemaran dan cuaca kering.

Sapukan Krim Kulit Berkhasiat dengan lembut pada muka dan leher dua kali sehari, selepas pembersihan. Untuk hasil yang terbaik, gunakan dengan kerap.

KENALI RANGKAIAN HERBA HIMALAYA

Himalaya Herbals adalah pelbagai produk yang selamat dan berkesan sejak 1930. Menggunakan herba khusus yang dipilih dengan teliti yang menggabungkan Ayurveda terbaik dengan sains untuk membantu menjaga kulit anda supaya kelihatan sihat seiring kecantikan.

orang kata muka aku seiras Wany Hasrita …maknanya aku comel jugaklah yer ? hahahaha

GUARDIAN X HIMALAYA

If korang seorang yang rajin ke farmasi Guardian , korang boleh dapatkan produk-produk Himalaya di situ. Tapi hanya produk Skin Care , Hair Care dan Baby Range sahaja yang ada jual di Guardian.

Website: Himalaya Herbals
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia

Nak beli Nourishing SkinCream pun korang boleh beli kat Guardian. Staff kat farmasi Guardian memang peramah tau , korang tanya jer kat mana rak produk Himalaya , nanti mesti diorang tunjuk kat mana dan kalau bernasib baik time diorang tak bizi mesti diorang serve korang sampai ke rak produk yang dicari. Hehehehe

So sampai disini dulu perkongsian aku , ada rezeki lagi InsyaAllah aku akan cerita pasal “Syoknya Jalan2 Kat Jonker Walk”