Allahu ! lepas baca satu artikel pasal anak artis nih aku hanya terbayangkan anak-anak aku. Ya Allah sungguh aku faham apa perasaan Nora ketika itu.
Tapi sebagai seorang ibu, perasaan sedih, marah dan malu pasti sedang bercampur baur. Dan semestinya dia sedang menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada anak gadisnya.

Nak kata salah didikan pun tak boleh sebabnya ada jer anak Nabi yang engkar pada suruhan Allah SWT.
Apa yang aku boleh kata ianya hanyalah sebagai ujian buat Nora sekeluarga. Allah uji dia sebab Allah sayang.
Boleh jer kejadian seperti itu tidak viral jika Allah tak izinkan. Tapi sebab Allah sayang Allah nak tegur supaya tidak menjadi lebih teruk, maka inilah yang berlaku.
Hari ini anak dia salah , esok lusa mungkin anak kita pula.
Benar, iman tak dapat diwarisi tapi ia boleh diperbaiki.
So aku harap netizen semua berhentilah menghukum dan menghina Nora dan ahli keluarganya. Jangan nak melabel orang lain hanya bedasarkan kerjaya dan salah-silapnya. Paling penting jangan sesekali ambik alih kerja tuhan sampai boleh menetapkan apa pahala dosa neraka orang.
Untung sahaja Nora masih dapat memperbaiki salah dan aku kagum sebab Nora berani mengaku itu anaknya. Cuba hal ini terjadi kepada netizen yang banyak cakap tu ? Mau dibunuh kot anaknya. Walhal tak ada silap yang tak boleh diperbaiki selagi kita masih bernyawa.
Aku bukan fans Nora dan keluarganya tapi aku faham perasaan dia sebagai seorang ibu tunggal yang menjadi bapa dan tulang belakang untuk ahli keluarganya.
Kepada Nora , aku doakan semoga beliau tabah menghadapi ujian ini dan semoga Allah melindungi keluarganya.
Untuk kita yang melihatnya ketahuilah yang apabila seseorang itu diuji bukan hanya dia yang diuji tetapi kita juga turut diuji sama.
Kesilapan dan kesalahan orang lain juga adalah proses pengajaran dan pembelajaran buat kita semua.
Semoga dipermudahkan
Setuju.. Tersuratnya kita juga turut di uji…
Tak berani nak komen takut jd pada anak sendiri
Tapi jujur, ai kesian ngan Nora. Bertimpa-timpa masalah dia.