Hai korang ! tengah buat apa tu ?
Tak sangka’kan , pejam celik pejam celik tup tup kita dah masuk pun bulan Ogos 2018 . Kita semua tahu yang bulan Ogos juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan.
Tapi , adakah sehingga kini korang masih teruja menyambutnya ?
Kalau tak , apa kata tahun ini sempena Malaysia Baharu kita tunjukkan pada dunia yang kita masih sayang dan masih teruja untuk meraikan Hari Kebangsaan negara kita.
Dan kalau ya korang masih sentiasa rasa teruja seperti aku , apa kata korang sertai kempen video menyanyikan lagu Negaraku di e-channel NegaraUmmph TV.
Sejak 8 tahun yang lalu aku sendiri sentiasa rasa bersemangat nak menyambut 31 Ogos.
Bukan disebabakan ianya Hari Kebangsaan Malaysia sahaja , tapi telah ditakdirkan pada 31 Ogos juga ianya menjadi hari ulang tahun kelahiran anak bongsu aku iaitu Cahaya Cinta Ramadhani.
Kiranya Cinta ni anak Malaysia’lah.
Maka bertambahlah rasa bangga bila setiap kali tiba Hari Kebangsaan ianya akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.
Jadi macamana ? dah sedia nak kembalikan rasa bangga dengan menyanyikan lagu Negaraku ?
Oh dah lupa lirik ke sebab dah lama tak nyanyi lagu Negaraku.
Takper, tak ada masalah. Kat bawah ni aku sertakan lirik Negaraku untuk korang berlatih.
LIRIK LAGU NEGARAKU
Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
APA NegaraUmmph TV ?
Mesti korang tertanya apa itu NegaraUmmph TV ?
Ok, kalau korang nak tahu NegaraUmmph TV adalah sebuah portal e-channel oleh jenama BOH Tea yang akan berlangsung selama 24 jam tanpa henti sempena meraikan Hari Kebangsaan.
Disitu kita akan lihat ribuan rakyat Malaysia yang gembira dan berbangga menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat dengan pelbagai pakaian tradisi masing-masing.
CARA MENYERTAI VIDEO NegaraUmmph TV BOH Tea
Langkah 1: Pergi ke http://negaraummph.tv/
Langkah 2: Rakam nyanyian lagu Negaraku dengan cara dan gaya korang yang tersendiri. Korang boleh nyanyi secara solo atau sambil bermain alat muzik , atau korang buat style acapella , atau buat secara santai-santai dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. The more the merrier kan.
Langkah 3: Tekan butang “Submit” and done
Langkah 4: Korang boleh chill , relax dan tunggu 31 Ogos. Pada hari tu korang berpeluang untuk lihat video diri sendiri menyanyi lagu Negaraku dengan rasa hormat dan bangga yang akan ditonton oleh berjuta penonton yang lain.
Atau korang juga boleh upload video korang di akaun media sosial seperti di Instagram dan Facebook . Jangan lupa untuk tag @bohteamalaysia sertakan gunakan hashtag
#BOHTea , #SayangiMalaysiaku , #NegaraUmmphTV
Amacam ? senang jerkan.
So tunggu apa lagi , rakam , upload , hashtag dan ajak juga keluarga dan kawan-kawan untuk turut sertai bersama.
moga Malaysia terus aman damai, Selamat hari merdeka!
aminnn….merdeka !!!!
wahh, uniknyaaa..
kan..lain dari yang lain cara sambutan merdeka kali ni
Nak join tapi malu nk nyanyi. Hehehe
boleh ajak kawan2 atau keluarga nyanyi sama2
Menarik.. Nnt nak suh anak2 la nyanyi hehe
haaa suh anak nyanyi lagu negaraku sama2
best nya.. menyanyi ea. Nnt nak kna bgtau kaki smule
jangan lupa bagitahu kawan2 semua tau
Rasa mcam nak nyanyi gak, tp mcm segan. Suara sumbang hahaha
nyanyi lagu negaraku jer orang tak kisah suara camner….ehehehe
menarik lah.. mcm nk cuba juga hehehe
cuba jangan tak cuba..mengimbau zaman sekolah
Ok jom nyanyi..nad dah submit video
yeahhh tahniah nad
nak nyanyi.. takut orang terus sakit telinga hahaha
jangan risau….lagu negaraku ni orang deaf tone pun boleh nyanyi
Menarik sangat idea utk semarakkan semangat kemerdekaan kan.. Semoga Malaysia terus aman sentosa
yessss ..memang terasa meriah…macam nak sambut raya kekdahnya
Thanks share kak long. nnti nak join 😀
wahhh cayalah lyssa…..tq sebab join sama
Yeahhh dah beli bendera, siap² nak nyanyi dah ni!
nanti kita duduk depan pc tengok ramai2
Kalau nyanyi ramai-ramai tak malu. Hehehe.
boleh jer nyanyi ramai2 ….lagi ramai lagi meriah
Saya dah submit!!! Yay!!
tahniah bella…tak sabar nak tengok