Assalamualaikum semua. Entry kali ini aku nak kongsi dengan korang satu produk iaitu satu jenama sabun mandi yang sesuai untuk orang kencing manis. Dia bukan ubat tapi ia mampu merawat kulit dengan baik terutama untuk kulit orang yang bermasalah kerana mengidap penyakit kencing manis.

Kalau difikirkan memang macam tak ada kaitan langsung kan. Kencing manis adalah masalah gula tinggi dalam darah tapi apa kena mengena dengan kulit ? Ia memang tak der kena mengena tapi sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan kulit pengidap peyakit tersebut.

Oleh kerana aku saksi yang nampak kesan perubahan pada kulit pesakit kencing manis yang sebelum ni boleh katakan nampa tak sihat, tapi sekarang memang jauh sangat berbeza.

Pesakit kencing manis itu tak lain tak bukan ialah DD. Siapa DD ? bukan Didi & Friends yer tapi DD ialah suami aku. Selain sebab kencing manis kulit DD pun alergik jugak. Dia macam tak boleh panas-panas berpeluh nanti mulalah kulit dia gatal-gatal.

Sabun Yang Sesuai Untuk Orang Kencing Manis
Yang belakang badan macam ni , kalau gatal, garu dan luka pasti berdarah. ( Gambar Google )

Bila dah gatal garu, garu-garu luka pastu jadi kudis. Lepas tu gatal lagi garu lagi sampai berdarah. So macam mana kulit dia nak elok.

Sebelum DD disahkan ada kencing manis pernah ada doktor tegur kenapa kulit dia macam tu. Dia punya kulit dekat tangan banyak kesan bintik-bintik hitam dan kat belakang badan dia pulak banyak ruam yang tak pernah kering. Bila doktor kata awak ada kecing manis ker dia cakap tak ada. Yerlah kan masa tu memang tak tahu.

Tanda Penyakit kencing Manis Di Kulit
Bintik hitam tu lebih kurang macam ni dan ia bukan sebab skin age tau tapi ini petanda orang yang ada sakit diabetis. ( Gambar Google )

Tapi masa bila dah dapat tahu dia ada kencing manis level 2 tu yang baru doktor terangkan yang biasanya orang yang ada tanda dekat kulit macam tu kemungkinan dia ada penyakit kencing manis.

So nak menyesal sebab lewat tahu pun tak berguna dah. Sekarang fikir macamana nak kawal dan rawat sahaja.

Macam-macam jenis sabun dan produk kulit dah DD guna untuk hilangkan rasa gatal dekat badan tapi semua tak berkesan.

Sampailah tahun lepas sejak aku mula gunakan sabun tanah liat dari Azyma Care untuk rawat kulit aku yang bermasalah dan juga elergik.

Kini dah lebih setahun aku jadi pengguna setia Azyma Care Clay Body Wash dan Alhamdulillah kulit aku yang sebelum ni ada masalah elergik pun dah bertambah baik dari sebelum ni. Itu yang aku suruh dia cuba guna juga tapi dia yang macam tak kisah langsung , mungkin dia dah give up guna macam-macam tapi still kulit dia macam tu.

BACA : PENGALAMAN KALI PERTAMA MENGGUNAKAN CLAY BODY WASH AZYMA CARE

Satu hari tu sabun yang dia biasa guna tu habis. Aku cakap kat dia ”abang cubalah guna sabun Azyma ni…” dan dia pun just kata ”ok..”

Bagi aku biasa jerlah sampailah dia tanya dekat aku , ” ma ada stok lagi tak sabun Azyma ? abang punya dah habis…”

Aku pun macam ” ehhh habis ? ” Rupanya dah 3 botol dia balun sabun Azyma aku baru dia cakap ”baguslah guna Azyma ni, abang perasan kulit abang makin bersih takder gatal-gatal sampai kena garu sampai berdarah.” Pastu dia sambung lagi ”mama tak perasan ke yang kat cadar tu mana dah ada kesan darah”

Aku pun macam perasan jugak yang abang tidur sekarang dah tak menggaru kulit dan cadar sarung bantal pun bersih jer takder kesan darah sebab luka menggaru.

Dan-dan aku check belakang badan dia terus aku macam ”uihh bersih dah belakang badan abang takder ruam macam dulu”

Siapa tak happykan tengok kulit suami sendiri bertambah bersih dan paling penting nampak sihat. Tapi aku suh dia guna jimat2 jugak sebab harga sabun ni boleh tahan. Hahaha !

Tu yang penyebab aku tak sabar nak tulis nak kongsi dengan semua. Cuma itulah sayangnya aku tak ambik gambar masa kulit dia teruk sebab tak sangka sesuai dan berkesan dengan dia.

Memang tak nafikan harganya agak tinggi tapi gais untuk kesihatan kulit ianya sangat berbaloi. Sebab tu ramai orang selalu kata mencegah lebih baik dari merawat.

Nampak gayanya stok sabun tanah liat Azyma Care yang aku ada selama ni aku dah tak boleh guna seorang diri sebab aku dah kena kongsi dengan DD. Tapi tak apalah, biar sama-sama sihat supaya sama-sama gembira.

So sampai disini sahaja perkongsian aku kali ini base on pengalaman bukan rekaan. Aku kongsi apa yang baik supaya semua orang yang baca dapat manfaatnya.

Nak tahu lanjut pasal produk Azyma Care ni korang boleh direct tanya pada mereka sendiri. Cara untuk hubungi diorang pula korang boleh rujuk dekat bawah.

Phone : +6010 555 0647 ( 9am – 6pm )

Website : https://www.azymacare.com/

Facebook : https://www.facebook.com/azymacareHQ

Instagram : https://instagram.com/azymacare_official