Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah pengembaraan aku ke bumi kangaroo. Tempat yang boleh dikatakan in your dream’lah kalau dapat sampai.
Bagaikan mimpi menjadi realiti. Kalau nak tahu selepas aku membuat keputusan untuk self reward dengan trip ke Melbourne, hampir setiap hari mimpi aku dihantui dengan keindahan dan suasana disana. Padahal sampai pun tak lagi.

Ternyata rezeki tu hak mutlak Allah swt, diaturkan dengan sebaik-baik aturan. Terima kasih ya Allah sebab beri aku peluang yang terindah seperti ini.
Dan siapa sangka, dalam diam tahun 2019 ni dah membawa aku menjelajah hingga ke 3 negara. Walhal kalau aku yang dulu , nak keluar Selangor pun berkira-kira, apatah lagi keluar dari Malaysia.

SENANG TAPI TIDAK JUGA MUDAH
Membaca pelbagai pengalaman sedih pegembara lain yang tidak berjaya melepasi imigresen negara Australia pun dah cukup buat aku kemurungan berhari.
BACA : PUNAH HARAPAN NAK KE AUSTRALIA, DAH SAMPAI KAUNTER CHECK IN BARU TAHU VISA TAK VALID
Alhamdulilah sekali lagi trip Kembara Impian seramai 17 orang yang tiba di Avalon International Airport pada 15/8/2019 dapat melepasi pasukan kastam Australia dengan sangat mudah. Ditambah dengan senarai lengkap dokumen seperti itenarary ,tiket balik dan senarai makanan untuk declare dan juga rekod travel agent yang baik dan sudah dikenali maka urusan kastam menjadi senang.

Yang penting semua yang terlibat mengikuti nasihat tour leader dan mematuhi peraturan serta undang-undang negara yang ingin kita lawati terutamanya Australia yang terkenal dengan pemeriksaan dan soal siasat yang rapi dan teliti. Bawa apa yang perlu sahaja dan tinggalkan apa yang tidak boleh dibawa.
Walaupun nampak macam senang tapi sebenarnya tak juga mudah.
And gais pengembaraan aku masih belum berakhir tapi ia baru bermula. Mana tahu, tiberr jer hujung tahun ni atau awal tahun depan aku berpeluang sampai ke Osaka pulak ker.
PERSEDIAAN MENJADI TOUR LEADER KEMBARA IMPIAN
Tahun 2019 ni juga sebenarnya tahun permulaan dan persediaan bagi aku untuk belajar lebih lagi tentang pengurusan trip sekaligus mempersiapkan diri menjadi tour leader dibawah Kembara Impian.
Ikutkan layak memang aku tak layak langsung untuk jadi tour leader sebab aku masih kekurangan dari segi pengalaman. Banyak salah silap aku sepanjang trip berlangsung. ( risau dalam hati ni Allah sahaja yang tahu..)
BACA : PERSIAPAN AWAL & RINGKAS UNTUK BERCUTI KE MELBOURNE

Tapi aku bersyukur sebab Azie & Azman masih beri aku peluang untuk memperbaiki kesilapan. Sebelum pergi aku dah set dalam kepala apa sahaja teguran yang bakal aku dapat baik dari pihak kastemer ataupun founder aku jadikan ia sebagai teguran positif.
Nak berjaya ke next level kau harus terima banyak teguran. Tapi kalau teguran pun kau tak boleh terima apatah lagi kecaman , memang tak kemanalah kita.
Aku juga selalu ingat yang kesilapan adalah guru terbaik mengutip pengalaman , tanpa kesilapan kita tidak akan dibetulkan.
TERIMA KASIH ATAS PELUANG DAN SOKONGAN
Untuk pengetahuan korang ini adalah ahli group ke 5 untuk trip musim sejuk ke Melbourne. Setiap dari mereka mempunyai latar belakang yang sangat baik dan berpengalaman luas dalam dunia travel.

Mereka sangat memberi sokongan dan galakkan kepada aku untuk meneruskan apa yang aku sedang buat. Walaupun mereka tahu aku kekurangan pengalaman tapi mereka sangat positif dan tidak kisah untuk memberikan peluang kepada aku.
Cukup aku katakan yang kepercayaan mereka kepada aku itu adalah langkah permulaan untuk aku aku terus berjaya dimasa hadapan.
Pada kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan mendoakan aku juga aku nak ucapkan ribuan terima kasih.
Terima kasih semua !
Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan ucapan taniah atas kekayaan coordinate rehlah ke Melbourne Australia. Isteri dan anak anak gembira dan seronok mendapat pengalaman ke Melbourne.
Keep it up..insyaAllah plan ke Osaka pulak.
Alhamdulillah, good job kak long. Ambil segala teguran secara positif untuk penambahbaikan. Moga kak long lebih sukses lagi pasni, InsyaAllah.
Mama Kembar Tiga recently posted…Bila Larang Tak Dengar, Kan Dah Cedera!