Berkumpul lagi kami akhirnya…..last aku jumpa ramai-ramai macam ni bulan 1 rasanya . Diorang yang lain selalu gak jumpa sebab ada macam-macam aktiviti bersama .
Malam tu aku ajak inchik dd dan 3 0rang anak aku . Sebenarnya aku bawak inchik dd supaya leh jadi spare partner aku main bowling nanti . Tahun lepas jari aku injured masa wakil Masjid Daerah Petaling…tu yang aku cuak….takut jadi balik….alhamdulillah hari tu semuanya OK sebab aku kawal pergerakkan dan tak bermain secara berlebihan .
Memang meriah sangat malam tu….jumpa kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru ….lebih sedap lagi bila sambil main bowling sambil makan unlimited butter cookies dari K.Rogers .
3 game malam tu ditaja sepenuhnya oleh K.Roger’s Butter Cookies ….dah sambil makan sambil main….siap dapat lagi beberapa tin cookies untuk dibawa pulang.
Tahniah pada yang menang malam tu….
Tewasnya Team Gagak Hitam
Team aku namanya Gagak ….hahaha kelakar giler nama team…..dalam team aku ada Yanty , Wak Jeni ( Huszaini ) dan PCL ( Nazlee )….mana yang bola masuk longkang , markah memang corot giler ditambah antara team paling lambat habis kan game ….
Kalau korang tengok betul-betul gambar ni korang mesti leh spot entiti-entiti yang coba mengganggu konsentrasi pemain Kumpulan Gagak Hitam yang hebat ini .
Tapi tu semua tak menjadi hal …yang penting semangat berpasukan , rasa enjoy kena ada itu yang penting …kerana itu aku harap hubungan antara kami semua akan semakin erat dan semakin baik . Terima kasih K.Rogers sebab menjadikan malam tu malam riadah untuk blogger KBBA9 berjumpa kawan dan bermesra dan berkenal-kenalan dengan ahli keluarga blogger yang lain.
Biskut Tak Jemu Makan
Sebenarnya dari tahun lepas aku memang dah kenal cookies K.Rogers ni ….memang aku suka sangat-sangat…tapi bukan aku jer boleh kata seluruh ahli keluarga aku menyukai dan menggemarinya .
3 Tin yang aku ambik malam tu bawak balik pun langsai sudah pada paginya ….huhuhu….perasa yang paling aku admire sejak tahun lepas ialah Cornflake & Cereal…tapi malam tu aku dapat 3 perisa lain yang aku tak pernah cuba iaitu Almond & Cocoa Chips , Raspberry & Almond Chips dan Blueberry .
Ternyata ketiga-tiga perasa itu semua sedap belaka…..tak boleh berhenti mengunyah….
Bayangkanlah…..sambil makan cookies tu dengan minum air kopi o dikala hujan…..pasti akan terasa nenek tengah duduk kat sebelah….serius tau…sebab bila aku tengok tin K.Rogers tu aku teringat arwah nenek aku …..arwah nenek aku suka simpan tin camtu untuk simpan alat-alat jahitan dia dan duit….**i miss you nenek
Jom Jadi Ejen K.Rogers
Berita gembira , tetiba aku rasa aku nak jadi ejen cookies K.Rogers Butter Cookies nih…..sebab nanti aku bolehlah makan hari-hari …hahahaha..**acah mak enon
Tapi kalau korang pun teringin nak join jadi ejen apa salahnya…ini barang sedap dan baik , stended cookies antarabangsa weihhhhh…..tak payah tunggu raya baru nak makan biskut sedap….ni aku anak beranak bedal 3 tin untuk 1 hari jer…..
Paling terkini seorang rakan blogger dah pun selamat menjadi Ejen K.Rogers Butter Cookies iaitu Lan Careno
Nak order : 013-4307848
Tahniah Lan Careno sebab gigih jadi ejen biskut sedap nih….aku siap order 8 tin terus dari Lan…sebab Lan bagi harga murah….dahlah murah pastu dapat free delivery ( COD ) …syarat dia kena beli banyak …..hehehehe
Aku riki-riki kat Encik Amin camner nak jadi ejen…..dan ini detail dia…
K.Roger’s Butter Cookies
100% pure butter
Kualiti premium
Nak cuba ? Sedap Sekali Ngap !!!
Tidak boleh didapati dikedai
Boleh order melalui pembelian online dan ejen berhampiran
Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia
Hubungi 014-3348803 untuk pembelian dan pertanyaan…
https://m.facebook.com/K.ROGERSbuttercookies/
#KRogers
#KRogersButterCookies
#SedapSekaliNgap
#ButterCookies
#KBBA9
#KelabBloggerBenAshaari
Penghargaan Untuk K.Rogers Butter Cookies
Terima kasih daun keladi dan semoga kita dapat beriadah bersama lagi dilain kali dilain hari .
( video ) K.Rogers Cookies Bowling Tournament with KBBA9
Galeri
Bestnya dapat main boaling ramai2 bersama rakan blogger… kalau dekat, boleh jer join..
anuar recently posted…Peluang menang Pakej Percutian ke Korea untuk dua orang selama 5 hari 4 malam!
Hahaha.. best video tu
wuihhh… best2
best2…..apapun ai adalah pengeluar sambal tempoyak yg tengah howt sekarang nih…..ekekekeke
wow…meriahnyaaaaaaaa….rugi tidak dapat join…huhuhu
Fuyooò layan jerlaaa …janji bola tak masuk longkang hahaha..kita tak reti main bowling laa kak..agak2 lau kita main laa kan ..mahu masuk longkang kikikikki ngan kita2 sekaki kikiki..Wahh meriah giler thk gambar2 akak. Omeyy angatt.
Lya Akif Imtiyaz recently posted…Permohonan Bantuan Aidilfitri Terengganu 2016
Tak cukup biskut tu. Sekali mengadap jer. Habis. Huhuhu
Afiq Halid recently posted…Sambal Belacan Resipi Ibu: Sedappp!!!
Nak almond dgn cocoa chips tu!!.
Mlm boling tu sy x mkn sgt.. gigit seketul due jer ambik hati… esoknya bile mkn kat rumah mcm kena pukau… hahaha… trus jd agent…