Entry ini dibuat untuk respon kepada video Solat Seorang Anak

inbox dalam youtube

mydila. i came across your vid yang menunjukkan Adam solat =) i cuma nak bertanya macamana nak menggalakkan supaya budak2 untuk bersolat? saya ada anak saudara lelaki yang berusia 11 tahun. menurut dia, dia sudah pandai bersolat tetapi ada satu masa maghrib, saya bertanya kepadanya, “sudah solat maghrib?” dan dia menjawab “belum.” dan bila saya bertanya kenapa tidak solat maghrib, dia membuat memek muka seperti tidak mahu. mydila boleh reply ke email saya rozl***@msn.com thank you mydila. harap sangat mydila boleh kongsi cara macamana nak menggalakkan budak2 rajin bersolat.

Asalamualaikum kepada rozl***@msn.com

Minta maaf kepada yg bertanya kerana lambat reply soalan sebab saya jarang2 online…dan bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk tapi saya ingin jadikan video ini sebagai satu memori buat adam apabila dia dewasa kelak…nak buat saya sebagai rujukan pun saya agak segan sebab saya rasa saya masih belum layak untuk dijadikan sumber rujukan…tetapi saya akan cuba sedaya yg saya tahu untuk berkongsi bersama….

Zaman sekarang adalah zaman yg paling mencabar untuk kita sebagai ibubapa mendidik anak2…untuk menerap sesuatu perkara yg baik dalam diri dan jiwa anak2 ibubapa adalah role model yg paling terbaik untuk anak2 ikuti dan pelajari tetapi tidak semestinya jika ibu bapa baik anak2 akan mewarisi keabaikkan itu…saya selalu ingat satu perkara….iman takkan dapat diwarisi dari ibubapa yg soleh kepada anak2nya….

Berbalik pada soalan yg ditanya bagaimana…saya pun tak reti sangat macamana nak menjawabnya cuma saya akan berkongsi bagaimana saya mendidik adam dari mula….cuma dalam bab solat ni saya pegang satu istilah yakni tiada istilah dia masih kecil…

Pertamanya…saya gunakan paksaan…walaupun bunyinya macam agak keras kerana dia masih kecil tapi saya tolak semua pandangan itu….saya tahu ia akan lebih sukar untuk saya didik dia bila dia semakin membesar dan mula bergaul2 dan berhadapan dengan dunia sebenar iaitu dunia luar…makanya sementara dia masih dibawah kawalan saya…saya tanamkan tiang2 agama dalam dirinya…kelak besar nanti iman’nya tak mudah goyah dan runtuh…ingat satu perkara jer….solat itu tiang agama…dan saya sentiasa harap ia akan kukuh dan utuh hingga ke akhir hayat…

Tapi dalam paksaan ada juga kelonggaran…saya tidak memaksa dia mengambil wudhu jika dia tak mahu…saya juga tak suruh dia berseluar panjang atau berkain bila dia berseluar pendek nampak lutut….yg penting masa tu bagi saya ialah saya ingin dia seronok melakukan solat…saya nak dia tahu mudahnya solat…saya nak dia gembira bila bersolat…

Saya biarkan dia bersolat tanpa dia mengetahui niat atau rukun2 solat…sebab saya ingin dia tahu berapa bilangan solat terlebih dahulu serta tertib2 yg patut dia lakukan seperti rukuk…sujud… tahiyat…duduk diantara dua sujud…

Apabila dia telah faham berapa bilangan rakaat pada setiap fardhu…baru saya ajarnya niat…caranya..saya baca dulu kemudian dia akan ulang apa yg saya baca…dari niat hingga ke tahiyat akhir…begitulah yg saya lakukan tiap2 kali masuk waktu solat….sampai satu ketika belum sempat saya baca dia dah baca dahulu sehingga akhirnya dia hafal segala bacaan didalam solat….alhamdulillah

Kemudian apabila dia telah hafal…barulah saya kenalkan dia dengan wudhu …saya katakan padanya yg kalau kita tak ada wudhu solat kita tak sah….setiap hari saya beritahu padanya tanpa jemu…

Sedikit demi sedikit baru saya jelaskan padanya tentang aurat dalam bersolat…saya terangkan kenapa mesti tutup aurat…dan tiap kali dia nak bersolat dengan seluar pendek…saya akan tegur dia supaya dia menukar seluar pendek ke seluar panjang atau berkain…lama2 kelamaan…dia tidak gemar beseluar pendek sehingga sekarang…katanya dia malas nak kena tukar seluar tiap kali nak solat…

Pernah dia demam dan sakit…saya tanya padanya…”adam sakit…jadi adam nak solat ke tak nak…sebab org sakit pun boleh solat…kalau tak larat berdiri dia boleh duduk…kalau tak larat duduk dia boleh baring…masa baring dia boleh solat guna mata atau guna hati…yg penting hatinya hanya mengadap pada Allah swt…”

Apabila dia tertidur dan tertinggal waktu solat…saya akan menyuruh dia menunaikan solatnya dengan segera apabila dia telah terjaga…saya terangkan padanya…takper kalau tertidur dan terlepas waktu…yg penting bila kita telah terbangun  dan tersedar dari tidur…kita kena segera menunaikan solat yg kita terlepas tadi…

Sesekali saya melakukan praktik solat dengan mereka..saya menyuruh mereka membaca kuat2 tiap2 bacaan dalam solat dari niat hingga ketahiyat akhir…tujuannya suaya saya boleh membetulkan bacaan mereka dan supaya mereka sentiasa ingat…

Mereka masih kanak2 dan fitrah mereka memang suka bermain…jadi tak hairanlah kalau2 mereka boleh terlupa tata tertib dan bacaan didalam solat kerana fikiran mereka ingin segera menyelesaikan solat tanpa bacaan yg betul tanpa tata tertib sebab ingin segera bermain…

Selalunya saya akan memberi nasihat dengan selembut dan sebaiknya…jika tak berjaya baru saya tinggikan suara…jika tidak berjaya jugak baru saya gunakan ugutan dan gertakkan seperti ingin rotan atau menghantarnya ketempat org kafir…dan akhir sekali baru saya gunakan cara yg paling berkesan jika semua cara diatas tidak berjaya…yakni menarik mereka keluar dari rumah dan melarang mereka dari masuk selagi mereka tak sempurnakan solat…selalunya cara itu sangat berkesan dan cara yg amat jarang saya gunakan…biasanya hanya dengan sedikit teguran dan jelingan dah berkesan…

Terapkan dan jadikan solat berjemaah bersama keluarga itu satu kepentingan…tak dapat 5 waktu dapat 2 waktu atau 1 waktu pun dah cukup baik…supaya dia tidak berfikir kenapa dia kena buat kenapa org lain tidak….

Selain bersolat dirumah…jangan lupa untuk perkenalkan mereka dengan masjid atau surau…untuk masa dua tahun ini…belum sekali adam ponteng solat jumaat…memang pada mulanya dia menolak sebab lebih inginkan bermain dirumah…tapi saya sentiasa berikan dia dengan apa saja yg dia inginkan…cuma jangan janji dengan sesuatu yg kita tak mampu…nanti dia akan rasa tertipu dan lama kelamaan sikap hormat mereka pada kita serta kepercayaan mereka pada kita akan hilang tanpa diduga…

Saya tanamkan sifat suka ke masjid dan kesurau dalam diri anak2…saya nak mereka rasa mereka sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke masjid…lama kelamaan mereka sendiri meminta agar saya membawa mereka kemasjid untuk bersolat jemaah…kerana mereka rasa sangat gembira dan rasa diperlukan apabila mereka melangkah masuk ke masjid…

Okaylah…saya rasa cukup setakat ini….hanya itu sahaja yg mampu saya lakukan untuk mendidik mereka…munkin anda boleh buat lebih baik dari saya….apa yg paling penting kita sebagai org yg bertanggungjawab mendidik mereka jangan sesekali ada rasa berputus asa….jangan mudah rasa jemu dan jangan mencemuh mereka jika mereka membuat kesalahan…

Last….jangan lupa untuk berdoa jugak….kerana doa adalah paling penting selain usaha….“berdoalah kepada Allah…nescaya Allah akan perkenankan kepadamu…”

InsyaAllah…