Aku tahu semua orang penasaran sangat nak tahu apa kebenda Kuih Kerbau Guling tu. Aku tahu ni pun masa tengok Majalah 3. Tak silap aku itu juadah yang ada kat bazar Ramadhan kat salah sebuah daerah di Kelantan.

kalau camnilah kuihnya aku pun seram nak makan…hahaha

Aku nak describe’kan rasa dia yang sebenar pun tak boleh sebab aku pun belum pernah rasa, cuma ada yang kata rasanya bolehlah tahan sedap macam kuih Kasui , tapi kuih Kerbau Guling ni ada pahit-pahitnya. Mungkin rasa tu datang dari air tempurung.

Sebagai memenuhi kehendak dan mungkinlah satu hari nanti aku teringin nk buat, aku boleh rujuk blog sendiri. Resepi dan gambar pun dari perkongsian kawan-kawan kat group whatsapp.

RESIPI VIRAL KUIH KERBAU GULING

( Kredit Resepi : AmirNawawi )

Bahan-bahan:

250gm tepung beras
150gm tepung jagung
3 sudu besar tepung beras pulut
200gm gula
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.
  2. Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
  3. Sediakan bekas yang bersih. Pasikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
  4. Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
  5. Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.
  6. Dah siap!

Macamana? Bolehlah cuba masakan ini sendiri nanti. Sebenarnya pembuatan lebih kurang seperti membuat kuih kasui sahaja. Cuma kali ini ianya bewarna hitam.

Selamat Mencuba !

Categorized in: