Tu diaaaa aihhh , resipi daging bakar dan air asam akak viral iaitu Kak Laila dah cecah sampai 24K kat satu page masakan .
Tapi setakat share jerlah yang korang dapat . Berbeza dengan aku yang dapat menikmatinya sendiri .
Memang serius sedap namateyyyy . Daging bakar berjus , air asam tu perfect bergabung degan rasa masam dan pedasnya .
Tapi tak apalah, mungkin rezeki korang kena buat sendiri , so buat jerlah . Resipi asal ni dari Kak Laila jugak .

juicyyyyyyy
Bahan Buat Daging Bakar
Daging
Halia
Bawang Putih
Kunyit
Garam
Perasa ( jika suka )
Cara Buat Daging Bakar
1. Perap daging dengan halia bawang putih kunyit garam dan perasa sejam atau lebih pastu bakar.
2. Potong daging nipis-nipis berlawan urat
Bahan Air Asam
Air asam
Bawang merah – dihiris / potong dadu
Cili api
Daun kesom
Tomato
Kasturi
Belacan – di bakar
Budu
Sedikit kicap
Option – nak tambah sedikit kerisik pun boleh
Cara Buat Air Asam
1. Gaulkan semua sekali bahan dengan air asam jawa , boleh tambah gula merah dan budu kalau nak
2. Jangan lupa tambah garam , gula dan perasa
3. Siap dihidangkan bersama daging bakar
Option – air asam ini boleh dimakan dengan ikan bakar jugak.
Senang jer kan cara dan bahan dia . Tapi aku lagi suka kak Laila yang buatkan sebab apa saja yang Kak Laila masak semua aku suka . Ada rasa keikhlasan dalam setiap hidangan .
So kalau korang nak support Kak Laila atau nak rasa sendiri air tangan Kak Laila , korang boleh pergi sendiri ke kedai Kak Laila di MMA Santai Corner , yang ada Sup Power , Asam Pedas dan Mee Udang .
Kalau nak try shellout dan mantou pulak korang boleh ker White Garden Food Court yang dekat dengan Masjid Kuarters KLIA .
Facebook : Norlaila Dlaila Dlaila
Selamat Mencuba !
Nak rasa yang Kak Laila buatkan juga
Aduhai terliur tgk.
Aduhhh…sedap nya…bukan aje kek cheese leleh dpt gelaran leleh tp daging asam ni pn blh jadi meleleh…slurpp slurppp…
wokeyyy…boleh cuba lepas ni…hihihi
Adihai Dila…sajer jer kan…menggoda la…terliur2 dah ni…nanti SA nak cuba buat la….kecur air liur den ni ha dila oiiiiii
Resipi Daging Bakar ini amat bernilai sbb yg I tau bukan ramai orang yg blh buat resipi ini ngan rasa yg sedap. Semua bahan dan langkah perlu disediakan ngan tepat.
Sedapnya lahaii.. terliuq dah nie 😀
perghhhhhh buatkan plessss hahahhah
Perghhh.. meleleh air liur dibuatnya!
dah lama juga tak meratah daging bakar ni.
kena dengan air asam yang sedap..
tambah nasi la jawabnya.
Sedapnyaaaaaaaaaa!