Sebelum korang bersedap-sedap ngan resipi yang aku nak bagi , meh bersedih-sedih sikit ngan aku pasal asal usul resipi nih .Masa aku duduk kat rumah anak yatim dulu kan , zaman tu pulak agak susah sikit sebab kurang sumbangan dari orang ramai apatah lagi kerajaan .
Aku sendiri pernah ikut kakak-kakak yang besar jual kicap dan kacang tanah goreng bergaram dari rumah ke rumah .Hasil jualan bagi pada penjaga dan diorang yang akan beli lauk dan bahan-bahan untuk makan kami anak-anak yatim .
Ketidakmampuan Membeli Ayam
Nak beli ayam memang taklah kot sebab banyak mulut nak kena suap . Bukan 10 bukan 20 mulut nak kena bagi makan . 50 orang ada rasanya . Tak berapa ingat jumlah tepat sebab masa tu aku masih kecik .
Seminggu makan tu payah nak dapat makan isi -isi ayam macam peha ayam ker dada ayam ker .Diorang akan beli kaki ayam berkilo-kilo dan tongkeng ayam berkilo-kilo jugak .
Kaki ayam buat sup , buntut ayam pulak goreng . Pastu buat cili kicap . Dah ..itu jer …
Nak kata jemu pun ia jugak tapi nak buat camner ? itu jer yang penjaga kitorang boleh bagi makan kat kitorang .Time makan macam tu pun berebut .
Masak seperiuk besar tengahari tu sampai ke malam terus .
Sapa lambat datang makan pas isyak gerenti habis …err akulah selalunya sebab aku yang paling kecik sekali .
Kalau dah takder lauk aku korek bekas minyak yang buat goreng buntut ayam . Pastu tuang kat nasi makan .
Jadilah sebab ada masin-masin sikit ngan kaler kuning kunyit sikit . Masa tu janji dapat makan sudah . Nasi pun kadang dapat kerak-kerak jer .
Jangan harap nak mintak nasi panas sebab takder sapa nak melayan . Sebab tu aku dulu kurus giler . Like playwood yuno ?
Sedapnya Peha Ayam Goreng Restoran Bismillah
Bila aku tadika barulah aku dapat merasa makan peha ayam setiap hari , itupun Restoran Bismillah yang dekat ngan KTM Klang yang belanja .Tiap pagi sebelum aku ke tadika , Embah Lanang akan bawak aku sarapan kat Restoran Bismillah . Macam biasa aku punya sarapan sekeping roti canai dan seketul peha ayam goreng dan secawan susu .

wujud lagi restoran ni yer , masih bertahan sebab restoran ni memang kuat sedekah makanan pada anak-anak yatim . ( gambar pinjam gugel )
Tauke Restoran Bismillah tu tahu aku anak yatim sebab tu dia kata hari-hari aku boleh makan peha ayam goreng kat restoran dia secara percuma jer .Namapun budak kan…memang bestlah . Naik sekolah rendah terus dah tak nampak batang peha ayam goreng .**sedih
Nak makan kena tunggu ada orang kaya belanja atau rumah anak yatim dapat bantuan kewangan barulah merasa tapi macam takder jer . Jadi bila ada orang bagi duit memanglah seronok masa ada duit lebih sebab dapat beli KFC kat Jalan Taiping Klang .
Masa tu tak pandai cakap nak order apa ..tapi aku tahu satu ayat iaitu drumstick maknanya peha ayam , itu jerlah kot perkataan yang aku pandai sebut kalau kat KFC..**ekekekeke
Asalkan Masih Boleh Dimakan
Kesimpulannya , ada bahagian ayam yang orang tak nak tu kadang adalah lauk untuk orang yang tak berkemampuan . Ada gak kawan-kawan yang tahu aku makan kaki ayam ngan buntut ayam terus kata aku pengotor .
Tapi aku diamlah …lantaklah , mujur aku makan kaki ayam bukan kaki kan ko terus , yer dakk ? Embah Lanang cakap , ceker ayam ni bagus sebab boleh kuatkan lutut . Nanti boleh lari laju . Buntut ayam plak kata Embah Lanang bagus makan kalau nak jadi lawyer katanya . Sebab nanti petah berkata-kata .
Samada benar atau mitos ker apa ker nak bagi kitorang jangan cerewet bab makan pun aku tak tahu .
Tapi memang aku dulu kuat lari , juara merentas desa dan wakil sekolah untuk acara 100m , 200m dan baton . Mulut pun boleh tahan pot pet pot pet cuma tak sampai tahap jadi lawyer . Setakat lawan debat dalam kelas tu jer yang aku mampu .
Info Ceker@Kaki Ayam
Tidak ramai yang makan hidangan kaki ayam . Bagi yang tidak biasa makan kaki ayam, hidangan bahagian ayam ini mungkin sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi masyarakat China, Vietnam, Filipina dan Korea, hidangan kaki ayam cukup sedap.
Selera terhadap kaki ayam bukan sahaja dalam kalangan komuniti Asia tetapi penduduk Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad dan Amerika Selatan mempunyai pelbagai resepi kaki ayam yang menyelerakan.
Apa yang istimewa mengenai kaki ayam ?
Mungkin ada sebab mengapa ada peminat kaki ayam – tidak mahu membazir bahagian ayam atau tidak mustahil kaki ayam menjadi makanan tradisional bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Apa pun pandangan, kaki ayam sebenarnya baik untuk kesihatan.Salah satu kelebihan kaki ayam ialah memberi kelembapan kepada kulit. Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan mendapati kaki ayam mengandungi banyak kolagen – salah satu bahan bagi kulit kelihatan muda.
Kajian oleh universiti berkenaan juga mengesahkan kaki ayam adalah sumber alternatif untuk kolagen, selain babi, lembu dan ikan marin. ( orang islam tak boleh makan babi yer , haram )
Apakah kolagen dan kelebihannya ?
Kolagen adalah protein yang bertindak sebagai gam yang ‘memegang badan kita’. Ia bukan sahaja baik untuk kulit jantung dan juga boleh meningkatkan prestasi olahraga.
Pengambilan kolagen boleh menyebabkan :
• Kulit sihat dan kelihatan lebih muda
• Kaya dengan kalsium dan protein tanpa karbohidrat
• Meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan salur darah
• Membantu badan untuk memetabolismekan lemak, oleh itu ia baik untuk menurunkan berat badan
• melambatkan kesan arthritis.
Kebanyakan kolagen dan suplemen sangat mahal. Jadi mengapa perlu berbelanja lebih jika ia boleh diperoleh dengan mudah dan murah . Masakkan sahaja bahagian kaki ayam dalam untuk hidangan sup, malah ada yang kata kaki ayam jika digoreng pun sedap.
Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot . Ini penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan . Ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik dan membantu mengurangkan artritis dan sakit sendi.
Daripada membeli makanan tambahan dengan glukosamina dan kondroitin, gunakan kaki ayam dalam hidangan untuk kesihatan sendi . Inilah sebabnya pakar seni mempertahankan diri di China makan kaki ayam dengan begitu banyak !
Ok itu jerlah ceritanya jom tengok resipi plak .
Resipi Sup Ceker@Kaki Ayam
Bahan-bahan
1 kg kaki ayam dibersihkan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh lada hitam
1 labu bawang besar belah 4
garam secukup rasa
bawang goreng secukupnya
daun sup secukupnya
Cara-cara
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut
2. Buang air rebusan pertama
3. Rebus air baru sehingga mendidih
4. Masukkan semua bahan kecuali bawang goreng dan daun sup
5. Perasakan dengan garam secukupnya
6. Siap
7. Taburkan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang
Tongkeng@Buntut Ayam Goreng
Bahan-bahan
1kg tongkeng@buntut ayam dibersihkan
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
Tips bersihkan tongkeng ayam supaya tidak berbau : basuh dan ramas tongkeng ayam dengan sedikit tepung gandum kemudian bilas sehingga kesan tepung hilang
Cara-cara
1. Selepas tongkeng ayam dibersihkan , gaul tongkeng dengan serbuk kunyit dan garam
2. Gaulkan pula dengan tepung gandum dan beras
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kulit tongkekng agak garing
4. Siap dihidangkan bersama sup ceker dan cili kicap
Tips nak makan tongkeng ayam : masa nak makan jangan lupa buang lemak dia kat bahagian tengah , kalau orang tak tahan makan boleh pening kepala .
Selamat Mencuba !
sedapnyaaaaa…SA x pedulikan la apa orang nak cakap pasal kaki ayam ke buntut ayam ke janji sodap….
Suria Amanda recently posted…Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
sedap dan berkhasiat kan
ini kategori makanan berubat kak.. kalau demam, elok sangat bg sup kaki ayam ni.. mmg tbaik lah..
YB SHEHAN recently posted…CARA MERAWAT EKZEMA DAN PSORIASIS – CUBA BEDAK ASMAK
haah beli herba sup ayam kat kedai sensei…..dap jugak kannnn
Ema suka makan kari kaki ayam…kalau singgah satu kedai mamak ni..mesti tanya kari ayam ada…kalau ada terus nak makan roti canai. Memang gigit sampai licinlah kaki ayam tu…
ema recently posted…Dekorasi Meja Makeup Orang Perempuan Mesti Sukalah
kalo buat roti jala memang kaki ayam jer buat kari ..rebus sampai empuk…memang perghhhh
Wahhh sedapnyer tingkeng ayam…
Untuk cara nak buang lemak kat tengah tongkeng ayam tu sebelum masak boleh tengok kat
http://namakucell.blogspot.my/2014/07/makan-tongkeng-ayamnanti-mulut-x-reti.html?m=1
Kak Sue pun suka makan kaki ayam,buat sup campur sayur sikit memang mengulang makan la jawabnya..
sedih juga baca citer ni..
semoga kenangan lalu jangan dilupakan dan yang susah juga dingati