Selamat Hari Raya !!!
Masih dalam mood raya kah ? opkoslah kannn , hari ni baru masuk raya kedua ker kelima ?
Dalam sibuk-sibuk menyiapkan juadah raya untuk tetamu , jangan lupa untuk berkunjung ke rumah saudara mara , jiran dan rakan taulan .
Oleh kerana sepanjang minggu raya ni dd kena kerja . Kemungkinan takpergi beraya tu sangat-sangat besar . Tapi pergi jugalah cuma waktu perginya tu matahari dah pun terbenam .
Tapi tak kisahlah , asalkan sebelum datang tu bagitahu tuan rumah siap-siap . Jangan main redah jer walaupun itu rumah mak bapak kau punya jiran .
Raya pun raya jugak tapi tugas memasak tu macam biasalah semua letak kat bahu aku . Mungkin sebab aku masak sedap sangat atau sebab memang sebab hanya aku jer yang ada dalam rumah tu . Hahahahahaha
Menu Wajib Rumah Terbuka
Kalau korang nak tahu menu rendang daging paru ni memang menu wajib aku masak untuk raya dan setiap kali ada open house .
Dan mesti sold out sebelum waktunya . Sebab ada yang ambik buat makan dengan lemang atau pun dengan nasi himpit atau dengan nasi putih . Semua kata sedap , katanyalah ….ker sebab lapar sebenarnya . **ehehehehe
Cuma aku minta maaf sebab sukatan tu aku tak dapat nak bagi secara terperinci , Cumanya hari tu aku masak daging dan paru adalah dalam 5kg camtu .
Serbuk kari tu aku guna dalam 4 sudu besar , kerisek tu pulak dalam satu senduk kuah , santan dalam 2 kotak kecik . Yang lain-lain bahan semua ikut suka .
Daun limau ada yang aku blend sekali dengan cili bawang ada yang aku tabur gitu jer . Yang aku blend adalah lebih 20 helai . Aku blend supaya bau wangi jer rendang aku tu nanti .
Takder pahitnya , korang jangan risaulah . Memang inilah resipi aku buat sejak sekian lama . Kalau korang cuak tak payah buat . Tabur jer daun limau tu nanti kat rendang masa rendang dah nak masak .
Resipi Rendang Daging & Paru
Bahan-Bahan
daging – rebus dan potong ikut saiz yang sesuai
paru – rebus dan potong ikut saiz yang sesuai
kerisek
serbuk kari
santan
daun kunyit – ricih halus
daun limau purut
asam keping
Bahan Kisar
cili giling
bawang merah
bawang putih
halia
serai
daun limau purut
**semua bahan diatas hendaklah dikisar
Cara-Cara
1. Tumis semua bahan kisar dan serbuk jari sehingga naik minyak dan naik bau .
2. Masukkan santan , garam dan gula secukupnya .
3. Masukkan pula daging dan paru yang telah direbus dan dipotong .
4. Masak sehingga santan mendidih , kemudian masukkan asam keping , kerisek dan kacau sehingga rendang agak kering .
5. Masukkan daun kunyit dan daun limau .
6. Kacau rendang sehingga dapat tekstur yang dikehendaki .
7. Siap dihidangkan .
Selamat mencuba !
Rendang daging biasa makan.. tapi rendang daging dan paru memang jarang jumpa.. terima kasih sebab sudi berkongsi info..
suka campur daging dan paru , kadang org tua tak berapa nak makan daging tu kena letak paru…
Sedapnyaaaa. Tapi kalau tak dak daun limau purut ngan daun kunyit tu jadi sedap gak tak?
sedap jugak cuma kurang wangi ….
spesial tu ada rendang paru..bolehlah cuba nanti..
Ya ampun… Kena terjah rumah kak long begini…
sedap nya lah walaupun hanya tgk gambar
nak beraya rumah kak dila plsssss