Asalamualaikum !
Apa kabar semua ? harap sihat sejahtera dan pastikan perut dah full tank sebab aku takut korang pergi cari ayam memalam buta ni semata nak buat ayam goreng ala pasar malam yang sedap sangat-sangat . Bagi akulah , bagi korang entahlah .
Aku tahu banyak lagi resipi ayam goreng yang sedap-sedap kat luar sana , aku cuma nak kasi gempak sikit jer tapi seriusnya kalau tergempak banyak apo salah ehhhh…..kan kan kan
Resepi ni resipi tak sengaja , resepi eksiden takder insuran . Sebab masa tu aku masak sup ayam , tapi takkan sup jer kan , mestilah nak ada ayam2 goreng sikit-sikit .
Tapi takkan nak goreng dengan garam dan kunyit jer , dah biasa sangat dah buat style gitu . Nak letak tepung , tepung KFC takder plak dah habis .
Nak letak tepung gandum dengan tepung beras pun dah biasa sangat .
Tiba-tiba aku nampak tepung rangup goreng pisang , ehh bolehlah guna walaupun aku bukan nak goreng pisang tapi nak goreng ayam . Nak tengok jadi camner .

tepung rangup yang digunakan
Tapi aku tak nak letak kunyit macam biasa goreng ayam , biarkan natural jer . Lepas aku campur itu ini , tu dia haaaaaa….rasa macam ayam goreng yang baru aku makan kat pasar malam .
Tak ubah sama dari segi rasa dan teksturnya sekali .
DD pun kata ,
sedap…memang ada rasa macam ayam goreng pasar malam….
Dulu aku tak pernah gak bodek resepi kat orang jual ayam goreng kat pasar malam tu tauuuu , kalau mintak pun belum tentu dapat atau dia tak nak bagi sebab takut terjejas plak periuk nasi karen dia . Tapi tak kisahlah hak masing-masing . Dia nak bagi alhamdulillah kalau tak nak bagi jangan maki-maki kata orang tu kedekut. Jangan gitu OK tak baik .
Jadi tanpa buat korang stress hingga nak ke pasar malam , sila semak apa bahan’nya dahulu .
Kalau ada buatlah sekarang , kalau takder korang buatlah jugak tapi lepas dah beli bahan-bahan’nya dulu okay !
Resipi Ayam Goreng Ala Pasar Malam
3 sudu besar – tepung beras
5 sudu besar – tepung rangup
garam – secukupnya- bahan bertanda ( * ) boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kuantiti ayam yang nak digoreng
1. Ayam yang dah dibersihkan di tos sedikit airnya
2. Tabur dan lumur tepung beras , tepung rangup dan garam ke atas ayam untuk salutan/coating yang pertama dengan rata
3. Sediakan tepung rangup sahaja untuk salutan/coating yang kedua
4. Panaskan minyak yang banyak , coating sekali lagi ayam dengan tepung rangup sahaja , pastikan salutan rata
5. Goreng ayam sehingga bewarna perang atau sehingga ayam masak dengan api sederhana kuat
6. Siap dihidangkan dan makan bersama sos thai
Tips Tambahan
– tambahkan sedikit lada hitam atau oregano atau apa saja bahan herba mengikut pilihan serta citarasa sendiri kedalam tepung untuk salutan yang pertama atau kedua.
Selamat Mencuba !
Macam sedap je , lapar ayam gunting plak hahah
alahaiiiii Dila….terus SA terasa kesedapan ayam goreng….
Thank you for the recipe. Lepas ni boleh saya cuba buat
Nak pi cari la tepung ranggup tu kak long…juju pun suka aym goreng pasar malam sedap
Nampak best ayam Goreng tu.. Nak rasa sikit boleh?
Ni kan hari Raya… Tak kan tak nak ajak kami join makan sekali ayam goreng tu…
Ok tak nak resepi,nak ayamnya ahahhaha
Kat rumah dah bertahun tak beli ayam.. Nak kata tak makan ayam…bukan.. Ayam mekdi..KFC makan jer….hehehe
Wow tgk Rupa pun tau sedap tu
Oo campur tepung beras dan tepung rangup ni.. Tak pernah try tepung rangup.
Ini namanya eksiden sedap.. next time goreng ayam bolehlah try resepi dila ni..
wahhh sedapnya… macam nk buat pulak..unni ambil resepi ya
Sedapnya..boleh try ni
Sedapnya..boleh try ni. boleh masak banyak-banyak untuk makan kat uma..
Rupa ayam dah sedap tu. Baru tau ada tepung rangup untuk pisang..hihi. nanti nak try cari
sila sila …semoga berjaya
Terima kasih share resepi ni, lepasni boleh buatkan untuk anak 🙂