Nama biar gempak tapi yang terhidangnya tetap nama nasi ayam . Agak lama aku tak masak nasi ayam sejak sindrom M bermaharajalela . Makanya dari hari khamis aku dah siap-siap order seekor ayam potong 4 dari anak buah aku punya kedai ayam .
Kali ni aku kongsi dengan korang resipi nasi ayam menggunakan periuk tekanan Noxxa . Nasi jer aku masak guna noxxa , lain-lain masih guna cara yang biasa . Dan buat pertama kalinya aku kalerkan nasi tu ngan warnan kuning bukan putih macam yang aku buat selalunya. Aku guna serbuk kunyit jer bukan pewarna . Apapun nasi ayam aku kali ni nampak berseri dan menyelerakan gitu .
Resipi Nasi Ayam Kuning Noxxa
Bahan-bahan Untuk Masak Nasi Ayam
2 pot tin susu beras
2 1/2 pot tin susu air rebusan ayam
2 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih di ketuk
2 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
2 helai daun pandan disimpul
2 – 3 sudu besar planta
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Cara Masak Nasi Ayam Dengan Periuk Noxxa
1. Set periuk noxxa pada mood stir fry
2. Kemudian cairkan planta . Tumis bahan-bahan seperti bawang putih + kayu manis + bungan lawang + daun pandan + serbuk kunyit
3. Agak-agak dah naik bau masukkan pula beras yang dah di basuh dan gaul sebati
4. Masukkan pula air dan stok rebusan air ayam secukupnya . Masukkan garam dan kacau sebati lagi
5. Tutup periuk dan set HP selama 7 minit
6. Keluarkan nasi selepas wap pressure habis dikeluarkan .
Bahan Untuk Buat Sup Dan Caranya
1 ekor – ayam belah 4 di rebus
Halia
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
1. Keluarkan ayam yang telah direbus
2. Tambahkan air untuk sup jika air rebusan ayam tadi sudah kurang kerana digunakan untuk memasak nasi
3. Renihkan sekali halia yang telah diketuk dan kiub ayam
4. Perasakan dengan garam secukupnya
5. Semasa menghidang taburkan sedikit bawang goreng,daun sup dan daun bawang jika suka
Bahan Untuk Sambal Nasi Ayam Dan Caranya
Cili Merah Basah
Cili Padi Hijau
Halia – suku inci
Bawang Putih
Cuka/Jus Limau Kasturi
Garam dan Gula secukup rasa
1. Blender semua bahan diatas dengan air kecuali cuka
2. Renehkan dalam periuk bahan-bahan blender tadi sehingga mendidih sehingga cili agak masak
3. Perasakan dengan garam gula dan perahan limau kasturi/cuka mengikut masam yang dikehendaki
Bahan Untuk Ayam Dan Caranya
Kicap Jalen Lemak Manis
Sos Black Pepper
Garam
1. Lumurkan semua bahan-bahan pada ayam
2. Perap sebentar dalam 10 hingga 15 minit
3. Panaskan minyak penuh dan goreng sebentar ayam untuk menggaringkan bahagian kulitnya sedikit
4. Angkat dan toskan minyak dari ayam selepas mengoreng
5. Ketuk dan potong sebelum dihidang
Bahan Untuk Kicap Dan Caranya
Lebihan Lumuran Dari Ayam
Kicap Jalen Lemak Manis
Jus Limau Kasturi
1. Ambil lebihan lumuran kicap untuk ayam
2. Tambah lagi kicap lemak manis Jalen , kalo pekat cairkan kicap dengan sedikit air
3. Perahkan jus limau kasturi sedikit
Siap semua bolehlah dihidang…..ini nasi ayam koboi…takder salad2….yang ada cuma timun dan tomato sahaja .
Selamat Mencuba….!!!!!
kita xde periuk noxxa.. mcmana nak buat..hukhukhuk..
rozita recently posted…Apakah ciri hard disk terbaik?
Periuk nozza tu utk cepatkan aja. Puan boleh guna ricecooker biasa
I pun kalau buat nasi ayam, mesti guna kicap jalen lemak manis tu baru sedap. Tapi dah laamaaa M dan tak buat hahaha
Mama Kembar Tiga recently posted…Boleh Hantar Barang Pos Laju di MPH Lah!
Huwaaa…sedapnyaaaa..terus teringin…
Suria Amanda recently posted…Selamat Pengantin Baru Amalina & Azizi
xde ajinomoto kan? leh la cuba ni..
YB SHEHAN recently posted…ANAK MASUK DARJAH 1.. MOMMY SENGIH PUN LAIN MACAM!
Alamakk kene buat guna periuk biase le camni, takoe..lapar punye hal..hantam sajalah