Tetiba teringin pulak nak makan nasi arab . Lama tak makan nasi arab yang buat sendiri , dulu-dulu biasanya bahagian nasi , abang aku yang masak . Manakala lauk , sos dan saladnya aku yang buat . Pengsan kot kalau nak buat semua . Aku masak takder sikit-sikit macam untuk 3 4 orang tapi untuk 5 keluarga . Tapi semua pun tolong , aku jer yang mengada-ngada malas . Anak bongsu kan manja sikit …**tapi macam banyak jer….ehehehehe
Sengaja aku pindahkan entry Nasi Arab ni kat sini supaya senang untuk aku rujuk balik . Kat blog sana masih antara top 5 entry yang orang masih baca . **alhamdulillah .
Al Kisahnya Wanita Arab Berbadan Besar
Ni pun aku tetiba jer teringat lepas masa buka puasa tadi kitorang borak pasal orang arab yang boleh makan ayam seorang 1 ekor . Pehhhh ….tak leh imagine . Nampak cam mitos tapi ianya benar sebab itu adalah cerita dari abang dan kakak aku yang ada pengalaman dengan orang arab .
Katalah perempuan arab masa bujang skinny dan langsing , tapi lepas khawin diorang semua wajib gemuk dan berisi sebab kalau masih kurus itu adalah satu keaiban . Kenapa…? aku tak tahu , cuma katanya supaya si isteri tadi tidak dikata tidak diberi cukup makan oleh si suami .
Bangsa kita pun lebih kurang jugak kadang peel camtu , tapi lagi pelik . Gemuk salah kurs pun salah . Situasi kau camner pun kau tetap akan dikata . Tapi aku peduik apa…aku gemuk pun bukan aku makan nasi kat rumah kau ..!
Oklah jom baca resipi dulu , tapi resipi ni untuk beras 5kg . Untuk lauk dan lain-lain tu pandailah korang nak tambah supaya sesuai ngan nasi sebanyak 5 kg tu . Kalau korang nak masak sikit pun pandai-pandailah juga sukat beras tapi ikut bahan yang aku bagi tu yer . Aku bukan chef , jadi kalau penerangan aku tak jelas dan korang kurang faham aku minta maaf sangat-sangat .
**kejelasan gambar kurang memuaskan…sebab masa tu belum pakai iPhone….ehehehehe
Resipi Nasi Arab
Bahan-bahan
5 kg – beras Basmathi Mogul Faiza —> dibasuh dan ditos
1 tin besar – minyak sapi
1 bungkus – kulit kayu manis
1 bungkus – bunga lawang
1 bungkus – buah pelaga
10 biji – bawang besar –> hiris sederhana nipis
1 ikat – daun pudina —> dikoyak kasar
1 ikat – daun sup —> dikoyak kasar
15 biji – cili api —> boleh dilebihkan jika suka
1 mangkuk – hirisan halia
2 bungkus atau lebih – kismis
2 bungkus atau lebih – kacang gajus
garam secukup rasa
air secukupnya
saffron atau pewarna kuning
Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi dalam kuali kemudian tumis bawang besar, kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga bawang agak layu.
2. Masukkan beras basmathi dan goreng sekali ldengan bahan2 tumis lebih kurang 5 minit.
3. Pindahkan beras yg sudah ditumis sebentar kedalam periuk nasi yg lebih sesuai.
4. Masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras yg disyorkan.
5. Masukkan garam dan perasa tambahan jika suka ,gaul sebati kemudian baru taburkan sahaja bahan lain seperti halia,daun pudina,daun sup dan cili api dan jangan dikacau.
6. Masukkan juga kismis dan kacang gajus baru tutup tudung periuk.
7. Nasi dah tanak baru titikkan pewarna , gaul perlahan tetapi sebati apabila siap sedia untuk dihidang.
Tips tambahan
-segala sukatan boleh dikurangkan mengikut kesesuaian
Resipi Ayam Kabsah
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong 4 dan rebus hingga 3/4 masak
4 atau 5 sudu besar – *rempah kabsah
10 sudu besar – madu
Secukupnya – garam
yogurt – jika ada dan suka
Cara-cara
1. Rempahkan ayam yang telah direbus 3/4 masak
2. Rempahkan dengan rempah kabsah , garam dan madu
3. Perap dalam 30 minit atau lebih
4. Goreng sehingga agak garing
5. Ketuk dan potong ayam mengikut saiz yang diingini
6. Siap dihidang dan makan bersama Nasi Arab
Tips Tambahan
-ayam yang dah siap dirempah boleh juga dipanggang jika rajin
-boleh guna resepi yang sama untuk kambing
Resepi Salad Salata Hara
Bahan-bahan
Timun —> buang empulur
Tomato –> buang biji
Lobak Merah —> buang kulit
Cuka
Garam Dan Gula
Cara2nya
1. Timun , lobak dan tomato dibersihkan dan dipotong dadu
2.Gaulkan kesemuanya dengan cuka dan garam secukupnya
Resipi Sos Nasi Arab
Bahan-bahan
20 batang – Cili Hijau
5 batang – Cili Api Merah
5 batang – Cili Api Hijau
5 biji – Tomato
4 batang – Daun Ketumbar
4 helai – Daun Pudina
Secukupnya – Garam Dan Gula
Cara-cara
1. Kisar semua bahan sehingga 3/4 hancur
2. Rasakan garam dan gulanya sekali
Tips tambahan
-boleh tambah lebih cili api jika suka pedas
-tomato tak perlu buang biji
Sup Nasi Arab
Bahan-bahan
Air secukupnya
2 sudu besar rempah kabsah
Garam
Cara-cara
1. Didihkan air secukupnya
2. Masukkan rempah kabsah dan garam
3. Siap untuk dimakan bersama nasi arab
Resepi Rempah Kabsah
Bahan-bahan
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Lada Hitam
Buah Pelaga
Cengkih
Serbuk Cili / Paprika
Serbuk Kunyit
Cara-cara
1. Sangan atau goreng tanpa minyak kesemua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit.
2. Siap sangan sejukkan sebentar baru campurkan serbuk kunyit dan serbuk cili secukupnya.
3. Kisar semua bahan sehingga separuh halus dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai.
Selamat Mencuba !!
wah.. bestnya dpt makan nasi arab pada bulan Ramadhan ni.. terima kasih di atas perkongsian resepi nasi arab siap dgn resepi lauk pauk sekali.
anuar recently posted…Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)
hehehe…sama2….takut lupa tu yang bagi sekali harung semua…
selamat mencuba
Terima kasih kongsikan resepi ni. Saya nak cuba …
Terima kasih, dpt mencuba buat nasi arab. Best nyer..
Nnt nk cuba lah
Shiqeen Sattar recently posted…Seronoknya 45 Orang Anak Yatim Iftar di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
yeahhhh….tak sabar nak tengok ss masak
Ohh org arab kata lepas kawin kena gemuk ehh. Konpem laa kita ni laki bg makan cukup kan kak long kan hahaha
Mama Kembar 3 recently posted…Dugaan Betullah!
haaah…begitulah katanya….dan memang betul laki kita bagi kita cukup makan **ayat sedapkan hati….hahahaha
Oooo… baru tahu diorang wajib gemok lps kawin…
Lan Careno recently posted…Target hilang buncit sebelum raya dengan serum Izeara Xtravaganza
nasib kita bukan arab…boleh pilih nak kurus atau gemok lepas khawin…..ehehehehe
Saya pun nak cuba resepi nasi arab ni. Nampak mudah je. Bahan2 pun senang didapati. Tq kongsi resepi.
Already try guna this resepi.. first time buat and nk makan for berbuka nanti..
semoga menepati citarasa…tq kerana sudi cuba
Utk buata rempah tu sukatan brape bg satu2 bahan…
Assalamualaikum dear….terima kasih bgi resipi rempah nasi Arab ni ya…mohon halal kn dunia akhirat…❤️❤️❤️
wahh meriahnye nasi arab ni… tetiba pulak rasa lapar yakmat, thank for sharing 😉
Ciken Chop recently posted…Resepi Sup Ayam (sup rare – 4pax)
utk tempah kabsah tu..setiap jenis tu banyak mana..boleh tlg advise..kut satgi silap lebih kurang..huhu..tq sanagt2 jika sudi share
Betul… nak tau brp byk specific utk nak buat rempah kabsah tu, at least dlm ratio pun ok. Kot terkurang terlebih lain terus rasa nnt
Jazakillah dgn resipi ny…sya selalu buat nasibArab tpi yg ni menarik sbb dgn resipi rempah DIY…In Shaa Allah akn mncuba