Viral dah sekarang makanan yang bernama tauhu bergedil.
Paling bagus bila ramai yang ambik peluang jadikan tauhu bergedil ni sebagai bisnes bagi menambah pendapatan.
Macam apa yang blogger Cik Za buat sekarang nih.
Mujur dia jauh dengan aku.
Kalau dekat mahu hari-hari aku order.
Makanya , bila mulut dah mula terasa nak makan tauhu bergedil.
Aku pun keluar mencari bahan-bahan yang diperlukan.
Ada orang suka guna tauhu putih yang dibelah 4.
Digoreng dan di korek isi tauhunya kemudian campurkan dengan bahan lain untuk jadikan inti.
Ada orang pulak jadikan kentang rebus dan campur bahan lain untuk dijadikan inti.
Bahan inti tu semua ikut pilihan kita, nak buat inti sardin ker , udang ker , sosej atau nugget ker semua boleh.
Tauhu pun sama, kalau korang tak suka guna tauhu pok sila guna tauhu putih.
Ikut selera masing-masing.
Aku punya target cuma nak jadikan tauhu bergedil yang aku buat ni versi yang paling simple bahannya dan caranya.
Yang penting sedap.
**Nak lain2 resipi boleh klik kat tab category RESIPI & FOOD
( VIDEO ) CARA PALING SEMPOI BUAT TAUHU BERGEDIL
Dah tengok video?
So, tak perlulah aku nak membebel banyak-banyak yer.
Apa kata kita terus buat senarai bahan-bahan yang diperlukan.
Buat tauhu bergedil ni boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga kat dapur.
Aku minta anak-anak aku bantu sekali sediakan bahan.
Ada yang kupas bawang, potong carrot dan yang sumbat2 inti dalam tauhu pulak boleh bagi pada budak2 kecik.
Tak kisahlah rupa kejadian camner, janji diorang happy sebab dapat tolong mamanya kat dapur.
RESIPI TAUHU BERGEDIL PALING SEMPOI

selamat menjamu selera
- tauhu pok – belah/tebuk bahagian atas tapi jangan sampai putus
Bahan Inti
- daging/ayam burger Ramly – cincangkan sedikit
- bawang holland – potong dadu
- lobak merah – hiris/potong dadu
- lada hitam – yang dah di blend
- garam secukupnya
Nota: kadang-kadang aku campur dengan batang saderi yang dipotong dadu.
Cara Masak Inti
- Panaskan minyak
- Tumis bawang sehingga naik bau
- Masukkan daging beger
- Masukkan lobak dan apa2 sayur yang disukai
- Masukkan lada hitam
- Perasakan sedikit dengan garam
- Siap dan ketepikan biar sedikit sejuk
Bahan Salut Tauhu
- telur – 2 biji
- tepung gandum – 1 sudu besar
- sos L&P – 1 sudu teh
– pukul kesemua bahan sehinggat sebati
Cili Kicap Pedas Giler
- cili padi merah dan hijau ( jangan dibuang semua batang cili )
- kicap lemak manis JALEN
– blend cili dengan kicap sahaja

sengaja blend ala kadar biar masa makan dapat gigit cilinya sekali….dap oooooo
Cara-caranya
- Sumbat bahan inti kedalam tauhu pok
- Panaskan minyak dengan api sederhana panas
- Gaulka tauhu dengan bancuhan telur
- Goreng sebentar sampai telur nampak garing sedikit
- Angkat dan toskan
- Siap untuk dihidangkan dan makan dengan cili kicap pedas giler
Mesti korang tertanya kenapa cili tak buang tangkai kan ? ok, menurut pakar, batang cili tu boleh elakkan kita dari sakit perut. Pastu telur tu aku campur tepung supaya tekstur telur bila digoreng jadi macam bertali.
Haa itu jerlah penjelasan aku tentang 2 benda pelik yang korang tengok dalam resipi kejadian tauhu bergedil sempoi.
Selamat mencuba !

buat banyak2 dan buat minum petang dengan keluarga…osemm kan ?
Teringinnya nak rasa tauhu bergedil ni.
Resepi turun temurun ke tu? Namapak menarik dan simple.
hahaha taklah …ni resepi sendiri ….resepi paling sempoi
Sos L&P apa tu??