Salam 3 Ramadhan
Meh aku nak cerita sikit sebelum tepek resepi….aku tak ingat samada aku pernah makan ke tidak Loh See Fun ni atau Laksa Pendek…tapi yang betul-betul buat aku tak boleh lupa waktu makam pertama kali ialah masa aku ikut event Sahabat Media kat Avanni Sepang Gold Coast…
Cara penyediaan dan bahan yang digunakan untuk masak Loh See Fun ni pun sebenarnya sangat mudah….bila makan jer aku rasa aku dah boleh agak apa bahan2 yang digunakan….**rasa hebat pulak tetiba
Balik dari situ , aku pun bercita-cita nak masak yang sama . Tapi laksa pendek ni pun bukan ada jual merata kat kedai . Cuma aku rasa aku pernah nampak kat satu pasaraya ni ada jual . Bila dah ada masa lapang aku ke sana dan beli sebungkus dua Laksa Pendek ni.
Untuk pengetahuan korang , resipi ni sebenarnya aku dah letak dalam blog masak-masak aku , oleh kerana blog tu aku rasa macam nak tutup , maka aku pindahkan sikit-sikit ke sini . Rasa tak terjaga pulak semua blog yang ada . Itulah dulu acah-acah asing kan ikut kategori , sekarang bersawang jer blog tu . Bimbang bukak-bukak jer dah takder maka aku pindahkan ke sini .
Tapi aku akan selang selikan dengan entry-entry yang lain . Ok semua….bahan dah ada , tunggu apa lagi….jom kita masak .

Resipi Laksa Pendek Goreng
Bahan-bahan
1 bungkus – loh see fun / laksa pendek
3 ulas – bawang putih
1 sudu kecil – lada hitam ditumbuk kasar
3 sudu besar – kicap cair
2 sudu besar – sos tiram
2 sudu besar – kicap pekat atau kicap ABC
segenggam – taugeh
sedikit – bawang goreng sebagai hiasan
Cara-cara
1. Rebus laksa pendek sehingga kembang dan toskan
2. Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak
3. Masukkan segala jenis kicap
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
5. Masukkan taugeh , kacau sebentar matikn api
6. Taburkan dengan bawang goreng
Tips Tambahan
-loh see fun ni boleh jugak goreng macam mee goreng
-boleh tambah sayur lain seperti sawi atau kucai
-boleh gantikan lada hitam dengan cili padi jika suka
-boleh tambah fishcake atau fishball atau kepingan ayam juga
Selamat mencuba…!!
loh see fuh ni pernah makan beberapa kali.m tp sizzling.. sdp ni mkn jns gorrng.. boleh try
oooo tak pernah pulang makan yang sizzling…hehehe
Sedapnye tgk…… lebih sedap kalu dpt mkn. Huwaaaa
nur yusuf recently posted…Tips – Jimat kos semasa travel?
sana takder yer….adeh…takper nanti balik malaysia boleh masak….jangan nangis ok
First time dengaq menu nama ni.. unik! Tak pernah rasa lagi lah laksa pendek ni
Shiqeen Sattar recently posted…10 Menu Paling Sedap Di Mohammad Chow Restaurant
hotel2 biasa ada menu ni cuma tak letak nama laksa pendek …biasa diorang panggil loh see fun jer….
Boleh cuba nanti sebab macam senang nak buat.
Afiq Halid recently posted…Photoshoot KBBA : Gambar lagi satu boleh?
senang jer afiq…afiq pun memang boleh masak sendiri …dah buat jgn lupa tag kak long
Pernah makan… Tapi, tak tahu pula ni laksa pendek… Huhu
Allene recently posted…Umur 4 tahun sesuai latih anak berpuasa
hehehe…memang takder org panggil laksa pendek ….nama glamer dia kan oriental sikit iaitu loh see fun …ehehehehe