Hai korang ! Selamat hari Isnin ! Tq pada semua yang bersusah payah like status merapu aku beberapa hari lepas . Paling berusaha sekali ialah Abam Mat Gebu yang siap up satu status khas meraih like untuk mendapatkan resipi kuih keria gula melaka untuk korang semua .
Thank you so much tau pada follower-follower Abam Mat Gebu yang baik hati sebab sudi sumbang like . Terharu sangat rasanya……harap kita boleh jadi kawan yerrr
Walaupun aku tahu ada jer yang cemuih bila aku cam batak like tapi sebenarnya aku bukanlah seorang yang sampai tahap camtu sekali . Kena kecam tu biasalah . Ramai ingat aku serius sangat , walhal aku cuma memain jer .
Tapi takperlah …..benda dah berlalu . Bak kata kawan-kawan aku , aku ni tak glamer jadi tak payahlah nak meraih like sangat . Yup , aku sedar aku bukan siapa-siapa yang mampu dapat like macam Abam Mat Gebu apatah lagi macam Kak Laila jauh sekali nak jadi cam Ben Ashaari .
Oleh kerana aku gigih maka aku tunggu jugak dari sehari demi sehari dan demi sehari sehingga jadi berhari hari . Walaupun aku tahu ianya mustahil tapi aku tetap menunggu jugak dengan sabar . Menanti dengan sabar sesuatu yang kita suka dan impikan sehingga membuahkan hasil itu sebenarnya lebih manis dari rasa kuih keria gula melaka .
Korang tak faham kan…? tapi itulah cara aku nak didik hati supaya sabar , sentiasa terima apa sahaja kemungkinan yang bakal mendatang , berusaha berdiri di atas kaki sendiri tanpa menyusahkan orang lain .
Cuma dalam pencarian 100 like ni ada beberapa benda yang aku nampak yang selama ni tersorok . Apa dia ? hehehehe…adalahhhh
Sebagai tanda menghargai dan menepati janji maka dengan senang hati aku nak berkongsi ngan korang Resipi Kuih Keria Gula Melaka . Aku tahu banyak jer resipi kuih keria gula melaka korang boleh jumpa kat internet ni termasuklah kat blog Tiffin Biru Abam Mat Gebu .
Yang aku buat ni pulak adalah hasil tunjuk ajar dari Kak Laila , kak Laila pun ada gak bagi resipi kuih keria nih tapi aku yang terlepas pandang . Kalau korang rajin nak scroll balik status kak Laila tu boleh jer
Resipi Kuih Keria Gula Melaka
Bahan-Bahan Kuih Keria
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh
Bahan-bahan Sira Gula Melaka
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada
Cara-Cara Buat Kuih
1. Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Angkat keledek , toskan airnya
3. Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati
4. Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan
Cara-Cara Buat Sira Gula Melaka
1. Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula
2. Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis
3. Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .
4. Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap
Tips Tambahan : jika adunan jadi melekit jangan tambah tepung lagi , tapi gunakan minyak masak untuk memudahkan membentuk .
Selamat Mencuba ! ( Gambar Step By Step ) Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka
akhirnya dpt jugak resepi yg dinantikan.. hehehee!
weekend nanti boleh cuba..
yeahhhhh …..dah buat jgn lupa tag ai ok
senang jer nak buat, tapi malas ya amaaaattt.. hahahahahaa.. cari kat kedai je la..
Dkna Abza recently posted…Terjah Lokasi Viral Di Melaka
betul …malas tu yang susahnya…hahahaha
Thank Dila….nanti nak suruh adik buatkan la…..
Suria Amanda recently posted…Mak Abah Terjah IKEA Cheras
wahhhh bestlah ada adikkkk ….ekekeke
assalamualaikum dila…mmg sedap kuih keria ni baik guna gula melaka or gula biasa ianya mmg jadi feveret mama…;)
walaikumsalam….haah sebab ianya keledek …..sedap jer guna apa2 gula
ok wajib cuba ni… walau byk benarrr gulanyaaa!!!
takper ss…ikut kehendak kita nak banyak atau sikit …semua boleh ejas
Ok!! Esok nak pi umah. Nak merasai sendiri. Eh?!! Hahaha
takder kat rumah sebab dah pindahhh….hahahahaha
Mcm senang je nak buat. Bila rajin nnt nak cuba lah
Mama Kembar 3 recently posted…Minyak Wangi Murah di Kenanga Wholesale City
senang jer…sekali buat dah boleh hafal step….budak 3 org tu mesti rajin nak tolong mamanya
siap jugak choq keria
dapnyer
nurmisnan recently posted…Resipi keria antarabangsa aka keria gula melaka
yeahhhh…sedap jer kak….silalah cuba
yer betul saya guna soda bikarbonat bukan baking powder , beza anataranya saya kurang pasti tapi boleh cuba buat dua guna bahan dan tengok apa yang berbeza…biasanya baking powder ni akan buat kuih kita jadi macam apam kalau adunan terperam lama sikit .
harap membantu
Assalam kak Dila, husna kongsi resepi ye..:)
walaikumsalam…sila sila…kita sama2 kongsi
thanks kak yong for resepi, dah cuba ikut step by step dari kak long ternyata terbaik dan gebu i punya keria
cik za recently posted…Resepi Mudah Kuih Keria Gula Melaka
terbaiklah cikza….tq tau sebab sudi cuba dan share
yup betul , tak dapat yang ori kat melaka ala2 melaka tapi buat sendiri pun ok….janji guna gula melaka gak
wah ini kuih yang viral tu ye.. bila akak nak buat untuk yanie lak hihih
yanieyusuf recently posted…Hampir 12 Jam Tidak Mandi Gara-Gara Travel
tq sgt2 new fren, dh buat & sgt2 menjadi ^_<
Akhirnya Nina dah buat. Yeayy…!!
Nina Mirza recently posted…Amboi amboi amboii…. Vogue gitu! Jus Dara Vogue
bila nak merasa kuih keria gula melaka kak long ni…
Pencari Makan recently posted…Anugerah Juara Lagu dan Resepi Kuih Keria Gula Melaka
thanks kak yong for resepi kuih keria gula melaka, dah cuba ikut step by step dari kak long ternyata terbaik dan saya suka saya suka 🙂
Share yer,tq..nk buat weknd ni…tq s0much..
klu tak letak baking powder pun sedap,, lebihkn keledek
Thanks cik saidila for the recipe..
Gula batu untuk peye.. klu tk de sedap tk
Ikea Cheras the bestt sebab banyak barang.