Harap-harap Resipi Kerabu Kerang Pantai Remis Ala Thai Mudah Dan Sedap ni pun boleh capai sasaran viral gak hendaknya…aminn aminnn….**ahahahaha…acah jerrrrr . Aku ikhlas dan suka jer pun nak kongsi ngan korang .
Dah lama kot teringin nak buat tapi sebab aku nak jugak guna kerang dari pantai remis makanya aku tunda dan tunda terus tunda sampai masuk tahun 2017 gitu . Nampak tak betapa penyabar aku…..**ekekekeke
Semalam masa aku ngan kakak aku ke Jeram sebab nak hantar ikan mak aku yang tertinggal kat Puchong . Alang-alang sekali datang melawat mak kat sana maka aku sempat singgah ke Pantai Remis jap nak usha kerang fresh .
Sampai jer kat gerai jualan . Makcik tu kata kerang ngan remis baru jer naik . Apo laie , aku borong 2 kilo . Aku beli kat makcik yang jual 1 kilo Rm5 . Kakak aku pulak beli kat makcik yang jual 1 kilo Rm4.50 . Nampak ? Bijak tak aku ? ahahahaha
Aku dengar jer makcik tu kata kalau beli 2 kilo dia bagi Rm9.00 tapi sengaja aku tak beli kat makcik tu sebab aku dah beli remis kat dia 3 kilo Rm5 . Yang makcik sebelah lagi tu pulak takder orang kat gerai dia . Tu yang aku rasa cam kesian , so beli kat makcik yang jual kerang 1 kilo Rm5 .
Lebih 50 sen jer dari makcik sebelah . Tak apalah kan ….kira adil dan saksama gitu . Sama-sama dapat rezeki hari tu .
Oh yerrr kerana mulut aku lancang sangat nak 100 like baru bagi resipi , sekali ambik kauuuu ..betul-betul dapat lebih 100 like . Tu yang bercengkang mata gak menulis . Sepatutnya aku kena tidur awal untuk kekal cantik gitu .
Janji mesti ditepati kalau tak aku sama jer cam parti cap sauh tu . **menitik-nitik peluh nak kutuk parti orang weihhh ….agagagaga
Oklahh…kesian korang dah seharian ngencesss . Meh cek resipi….sonang yo ….sekali buat pasti nak buat lagi dan lagi . Gatal-gatal tu tolak tepilah yer . Yang penting makan , tapi jangan makan selalu ok ..sebulan 2 kali tu kira oklah .
Resipi Kerabu Kerang Ala Thai
Bahan- Bahan
2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Cara -Cara
1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar . Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
3. Hiris kasar cili api dan tomato
4. Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
5. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
6. Akhir sekali perahkan limau nipis , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati
7. Siap . Ratah gitu pun sedap
Nota :
- Kalau semua masam , pedas , masin , manis semua dah cukup rasa itu maknanya dah siaplah kerabu kerang kita .
- Kurang pedas tambahlah cili , kurang masin tambahlah sos ikan atau garam , kurang manis tambahlah gula , kurang masam tambahlah jus lemon satang atau yang fresh punya pun boleh . Kurang kerang poielah beli lagi .
- Boleh juga tambah udang dan sotong rebus . Tapi dia akan jadi kerabu seafood lahh…yang ni khas kerabu kerang sahaja .
Selamat Mencuba !
Kalau sudi sharelah yer resipi nih …tanpa korang suramlah blog aku ini ….tq korangggg , mehh muah cikettt **wink winkk
Tak terkata nak komen, menaip je mampu hahahahaha
sedapnya lahaaaaiiii
tu diaaaa aihhh sampai camtu sekali…..ekekeke
woww sedappp nih
shiqeen sattar recently posted…Faiz Subri Julang Nama Di FIFA Puskas Award 2016
sedap sedapppp tapi pastu sendiri mau ingattt…hahaha
Bila nak jemput open house lah ni kak long? Hehehe
Mama Kembar Tiga recently posted…Seronok Si Kembar Naik MRT Percuma
Sedapnya kerang tuu
Sedap..saya dah cuba tapi kerang sekarang susah cari dan mahal pulak tu.